بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah..bersyukur yang amat sangat atas kemenangan Dr Mursi yang telah memenangi jawatan Presiden selepas berpuluh-puluh tahun berada di bawah cengkaman dan kezaliman Husni Mubarak. Kemenangan yang diharap-harapkan kini menjadi realiti. Tidakkah berbaloi mereka sabar selama ini? Sabar memantapkan iman dan mengumpul kekuatan bersama ikhwah-ikhwah dalam Ikhwanul Muslimin. Bersama dalam jemaah yang dahulunya diautoritatifkan sebagai penjatuh kerajaan. Kini bebas melayarkan sayapnya dengan bergaya seluruh dunia setelah ditubuhkan tidak kurang 80 tahun dahulu. Sungguh, janji Allah itu sangatlah benar. Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar. Allah pasti akan memenangkan agamaNya. dan mereka telah membuktikannya.
Kemenangan ini barangkali mungkin akan membawa perubahan yang lebih besar dalam dunia Islam. Pembebasan Syria dan seterusnya Palestin. Malaysia mungkin? 0_o... Jalan kemenangan Islam kini semakin kelihatan. Tidak sabar rasanya ingin melihat Islam menjadi Ustaziatul Alam, rujukan dunia seluruhnya.
Persoalannya, siapakah yang akan membawa kemenangan seterusnya? Adakah kita menyerahkan seratus peratus pada pemerintah Mesir tika ini? dan kita hanya menyokong dari luar pentas? Dan bila Islam menang kelak, kita dengan selambanya men'declare'kan diri kita adalah salah seorang dari mereka yang memperjuangkan agama? TIDAK! kita juga seharusnya menjadi salah seorang yang menjadi titik tolak kemenangan Islam. Kita juga harus menjadi pemain. Bukan sekadar penyokong sampingan.
Ya!
Kita wajib menumbang..kerana kelak kita akan ditanya Pencipta...disoal apakah sumbangan kita kepada agama...apakah yang kita lakukan untuk menegakkan agama Allah ini? Maka, terkapai-kapailah kita menjawabnya...mencari jawapan untuk melepaskan diri yang tidak akan tiba.
Jom!
Kita mulakan langkah.
bermula dengan diri sendiri; buang karat-karat jahiliyah, mujahadah melawan diri sendiri
tegakkan 10 ciri-ciri seorang kader Islam...
Harus diingat juga,
kunci segalanya adalah ikhlas,
rela melakukan semuanya hanya kerana menurut perintah Allah,
kerana pasti kelak kita bahagia, sanggup bermandikan keringat dan darah
kerananya...
-playerinsyaAllah-
"Sesungguhnya Allah itu bersama orang-orang yang sabar"
(Al Anfal : 46)

No comments:
Post a Comment