Sunday, 20 January 2013

METABOLISMA


بسم الله الرحمن الرحيم



Allahu Akbar… Sedarkah anda bahawa kita adalah sebaik-baik kejadian? Manusia yang jauh lebih baik daripada seluruh alam dan seisinya. Tahu kenapa? Kerana satu je. Iaitu AKAL.

Ye akal.

Dengan akal, kita boleh jadi lebih kuat daripada gajah.

Dengan akal, kita boleh menjadi sepantas cheetah.

Dengan akal, kita boleh cipta macam-macam alat untuk kemudahan diri kita.

Jika dahulu kita perlu ber-surat-menyurat. Tapi, kini kita hanya perlu taip dan dalam masa beberapa detik, mesej sudah sampai ke pihak yang menerima. Ajaib. Kalau dahulu kita perlu berjalan kaki untuk pergi dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Kini, kenderaan canggih telah dicipta yang sangat memendekkan tempoh perjalanan.

Dengan akal kita boleh bezakan mana baik dan mana buruk.

Namun, amatlah teruk jika kita tidak menggunakan anugerah yang Tuhan berikan ini untuk mengenal dirinya malah tidak untuk mengenal Pencipta nya. Tidak digunakan untuk berfikir tentang matlamat sebenar manusia diciptakan. Tidak diperah untuk berfikir mengenai bukti-bukti kebesaran Allah Yang Maha Teliti. Yang Maha Memiliki. Yang Maha Penyayang  dan Pengasih. Malah tahap keterukan itu lebih teruk daripada binatang.

Eh, ini bukan saya kata okeyy.

“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi.  Mereka itulah orang-orang yang lalai.”
                                                                                                                                         (al A’raf:179)


Kerana akal ini tidak mengenal Tuhan, segunung masalah sosial melata berkeliaran di seluruh dunia.
Ah. Lihat di Malaysia sudah cukup. Keadaan sebelum, semasa dan selepas sambutan tahun baru dan sambutan merdeka. Punoh. Meloncat-loncat ‘kegembiraan’. Berbotol-botol arak bersepah di jalanan. Tercalarnya maruah wanita oleh janji janji kaum dari Marikh ini. Dan perkara ini tidak akan selesai jika kita hanya goyang kaki sambil minum teh melayan drama Korea  selepas tamat exam..err. Dengan kata lain, nothing will change if we do nothing. Seperti kata orang, Silence is Betrayal! Fulsetop.



______________________________


Di suatu malam yang dingin, sedang asik membaca buku Biokimia dan memahami setiap butiran-butiran ilmu yang kompleks tentang metabolisma dalam badan manusia, tiba-tiba terasa ada sesuatu yang menyentap hati saya. Ya. Betapa teliti, halus dan bijaksana nya Allah mentadbir sistem tubuh badan kita. Sebagai contoh, makanan yang kita makan setiap hari bukan tiba-tiba menjadi darah daging kita. Tetapi perlu melalui berbagai-bagai proses pengecilan, perubahan struktur molekul, melalui pelbagai laluan, penggabungan dengan elemen lain. Elemen ini pula sesetengahnya perlu dibantu oleh elemen2 lain untuk mengaktifkan fungsinya. Cuba anda bayangkan setiap jenis nutrisi pemakanan mempunyai proses2  nya yang tersendiri. Bukan kah banyak kalau begitu? Tidak pula cerita jika nutrisi tersebut berlebihan, maka akan ada mekanisma maklum balas (feedback mechanism) lalu akan disimpan di dalam organ dan ada pula yang akan dibuang daripada badan. Lebih hebat lagi, setiap proses nutrisi2 ini saling berkaitan antara satu sama lain! Wah.Subhanallah!


Ini baru cerita bab penyerapan makan oleh tubuh. Belum cerita bab sistem saraf, sistem respirasi dan lain lain.



Pernahkah anda terfikir sejenak bagaimana Allah melakukan semua ini tanpa perlu dibantu sesiapa pun, mengawal sistem2 ini untuk berbilion manusia? Tatkala anda dapat merasakan semua ini adalah tidak lain tidak bukan adalah kekuasaan dan kehebatannya, tidak semena-mena hati anda akan terasa sebak, mata mula digenangi air mata, tubuh tiba-tiba terasa longlai tidak bermaya, menghina diri yang saaaangat kerdil dan tidak berdaya ini. Namun diri kadang kala tetap mengingkari suruhan Dia. Kenapa begitu wahai diri?


Dengan  mengambil ibrah daripada kehebatan Allah ini, kita akan sedar bahawasanya tidak layak bagi kita untuk  bermegah dengan urusan seharian yang disusun, aktiviti2 yang kita lakukan dan program2 yang kita anjurkan. Kerana semuanya akhirnya, tanpa bantuan dariNya, segala yang kita rancang boleh jadi tiba-tiba menghadapi pelbagai masalah kerana tidak sesempurna aturan tuhan. Dan hanya dia lah jua yang layak bermegah kerana tiada sesiapa lagi yang lebih berkuasa di atasnya.

“Adakah orang yang mengetahui bahwasanya apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu benar sama dengan orang yang buta? Hanyalah orang-orang yang berakal saja yang dapat mengambil pelajaran”                                                                
(ar Ra’d: 19)


“Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?"        

(ar Rahman:13)



Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, mereka akan ditimpa siksa disebabkan mereka selalu berbuat fasik.”                                              

(al An’am:49)


Jangan pernah berbangga diri
kerana kita hanya hamba yang hina
Carilah ibrah di setiap situasi
kerana itulah bukti akal mu masih ada


Wallahu A'lam. 

~Ninja Osem~



Thursday, 17 January 2013

RANCHODDAS


بسم الله الرحمن الرحيم




Alhamdulillah..syukur. Exam biochem baru sahaja habis semalam menandakan habisnya midyear exam kami batch GenIIus. Tidak ku sangka dapat mengharungi hari-hari tersebut. Hanya doa dan tawakkal ke serahkan kepada Yang Memberi Kejayaan. Kini, semua pelajar sibuk melepaskan tension study mereka masing masing dengan tidur, bermain futsal, menonton cerita dan macam macam lagi.


Suka untuk aku kenangkan apa yang bermain di fikiran aku semasa mentelaah beberapa hari lepas. Dalam era mengejar kemajuan dan tempat tertinggi di mata masyarakat kini, wujudkah manusia-manusia seperti Ronchoddas yang dilakonkan oleh Amir Khan dalam cerita 3 Idiots? Cerita yang agak popular semasa aku berada di tingkatan 5. Sampaikan, rakan-rakanku sanggup memasang LCD untuk menonton cerita ini. Katanya, cerita ini banyak memberi motivasi dan aspirasi untuk terus bersemangat dalam belajar.  



Rancho dikatakan sebagai seorang yang happy-go-lucky. Mengambil jurusan engineer di universiti terkenal di India. Sebelum dia memasuki alam universiti, semangat dia untuk belajar sudah terserlah ketika mana dia mampu menjawab soalan matematik tingkatan 6 sedangkan dia baru berada  di tingkatan 4. Di alam universiti pula, dia lah orang yang paling semangat untuk belajar. Dia lah juga yang mempraktikkan apa yang telah dipelajari. Sampaikan ketika dia dihalau oleh pensyarah, dia dengan selambanya masuk ke kelas lain. Haha. Sesempoi sempoi dia, dia tetap mendapat kedudukan pertama dalam peperiksaan.


Lain nya pula dengan situasi kita. Pasti lain bukan? Enjoy sana sini. Game malam siang. Tidur siang berjaga malam. Rosak habis jam biologi. Akhirnya, stress menggunung di musim peperiksaan. Study sakan, solat entah ke mana. Kalau solat pun, belum tentu di awal waktu.


Entahlah, aku hairan. Kabur. Tidak nampak di mana silapnya. 

Kata seorang professor doktor Malaysia yang pernah belajar di Cairo University, kita (pelajar graduan Mesir) akan mampu setaraf dengan pelajar-pelajar graduan dari United Kingdom, United States, UIA, UM,  Ireland, tapi dengan syarat usaha kita mesti 3 x lebih..3 x kali lebih..3 x lebih banyak dari mereka. Wah. Aku terkedu. Melihat usaha aku sekarang, belum tentu 1 x ganda pun aku lepas.

Jujurnya, sebenarnya kita tidak ada banyak masa untuk kita sia-siakan. Sekali kita biarkan jahiliyyah menguasai diri, ia mengambil masa untuk kita cuci semula diri kita.


So, apa rahsia kejayaan dia?
Bukan lah dengan berkata ‘all iz wel’ yang menjadi manteranya, 
tapi adalah semangat dan minat dalam menimba ilmu.


Aku Kita juga harus begitu.
Tanpa semangat dan minat,
adalah amat mustahil untuk mencapai kejayaan.
Tanpa menggabungkan diri dengan bidang yang kita ceburi,
tidak akan lahirlah insan-insan hebat seperti insan-insan masa kini.
Bila kita minat, kita akan rasa tenang je semasa belajar,
Sebab belajar kita tu bukan semata-mata untuk exam,
Tapi adalah untuk diri kita sendiri dan untuk Islam amnya.


Ku harap semangat ini kekal tinggi
Andai turun, disambut kamu..

Robbuna yusahhil.


~NinjaOsem~
p/s: celoteh selepas exam. Well said then well done. But sometimes, well done then well said. Moga najah bersama orang yang memperjuangkan agamanya.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...