Saturday, 20 July 2013

Macam Mana Ramadan?


بسم الله الرحمن الرحيم


Sedar tak sedar dah 11 hari kita berpuasa. Bermakna kita dah masuk fasa kedua dalam bulan Ramadhan yakni fasa pengampunan. 


Jadi, bagaimana Ramadhan kita? Rasa seronok kah? Atau anda sudah tidak sabar ingin memilih warna tema baju raya tahun ini? Hmm.

Sudah berapa juz anda tilawah al Quran?
Sudah berapa kali kita bangun malam menghina diri di hadapan Tuhan Yang Menguasai langit dan bumi?
Sudah berapa kali air mata kita menitik-nitik, menangis kerana menyesal dengan dosa kita dan takut akan azabNya? 
Bagaimana pula dengan amalan sunat kita?
Setiap malamkah kita solat tawarih? Eh, tarawih?
Sudah janggalkah kita untuk berkata nista dan bersembang kosong?
Sudah jinakkah nafsu syahwat kita?
Berapa jam kita tidur dalam sehari? Makin sikit dari hari-hari biasa atau makin lama tidur kita?



Kita selalu minta Allah memberi kita peluang untuk kita berubah menjadi lebih baik.
Tapi bila Allah bagi kita peluang itu, kita buat-buat tidak peduli saja.
Bila mana Allah datangkan Ramadhan, peluang terbesar yang sepatutnya menjadi titik tolak perubahan diri kita, 
Bilamana bulan yang dikhususkan untuk kita mendidik ini kita sia-siakan,
Apa lagi yang kita mahu minta dari Allah?
Tak malu kah kita?



Syaitan sudah dibelenggu di bulan ini.
Anda mahu kata mereka yang menghasut anda membuat dosa? Pfft
Jadi, hakikatnya anda sedang berperang dengan diri sendiri selama ini
dengan nafsu anda yang liar itu.

Solusi, hadapilah dengan diri anda itu dengan berani
Takkan anda mahu dikalahkan dengan diri anda?
Kerana lemahnya diri anda?



"Ana dah semangat awal-awal dulu tapi lepas seminggu dah hilang semangat ana nak baca Quran"

"Entah la, Man. Rasa tak larat pulak buat Qiam hari2. Tak tau kenapa"



Sebab itu lah, kita ini perlu beramal kerana kefahaman kita. Kerana bila kita faham, apa punyang menghalang kita tetap akan berusaha untuk beramal. Bukan taqlid buta. Bukan juga sebab semangat yang semestinya akan turun naik ini. Bila semangat hilang, hilang la amal kita. 

Sebab itulah juga, rukun bai'ah yang pertama karangan IHAB adalah rukun FAHAM.

Sabda Rasulullah s.a.w.,

"Seorang faqih lebih menyusahkan syaitan berbanding seribu abid"
(At-Tirmizi)

Umar bin Abdul Aziz berkata pula,

"Sesiapa yang beramal tanpa ilmu, dia lebih banyak merosakkan berbanding mengislah"



Jadi persoalannya,
anda faham ke kenapa kita kena puasa?
Adakah anda faham kenapa kita digalakkan menunaikan solat tarawih?
Anda sudah faham fadhilat2 bulan Ramadhan?
Bulan Ramadhan ini sebenarnya untuk apa?

*Jawapan yang anda perlu cari sendiri

Sedikit tips untuk melawan diri sendiri (nafsu):



Akhir kalam,
Selamat menambah amal di bulan Ramadhan ini.
Rebutlah peluang yang masih berbaki ini sehabis baik
Teruskan melawan diri sendiri. 
Cari punca penyakit, diagnose, cari rawatan yang bersesuaian, dan rawatlah diri anda yang tenat itu.
Jangan biarkan penyakit anda itu merebak yang akhirnya membawa padah.
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada guna.

Mudah-mudahan anda mengerti hakikat kehidupan anda
Mudah-mudahan anda adalah salah seorang yang thabat dalam memperjuangkan agama ini



Yang sentiasa cuba bertahan,
Ninja Osem
Beit Fateh



Thursday, 18 July 2013

Matematik Kehidupan

بسم الله الرحمن الرحيم


Exam dah lama pergi. Yeah! Semua excited. Ye lah, mana ada orang yang rindu nak duduk ambil exam balik. Pelbagai status muncul di muka buku dan pengicau burung. Mengekspresi kegembiraan kepada dunia. Sekarang, kebanyakan students sudah tiba di Malaysia melepaskan rindu pada keluarga masing-masing di samping alasan tidak tahu apa yang ingin dibuat di Mesir ini. Saya? Masih menunggu jawapan risikan yang belum pasti dari si dia. Eh. Berdebar rasanya.


Satu fenomena yang sedih berlaku dalam kalangan kita bila habis je exam, kebanyakan maklumat yang kita command kepada otak untuk disusun supaya tidak hilang sewaktu exam kini hilang. Macam hysterical amnesia. Berapa banyak ilmu yang kita hafal dulu masih kita ingat? 


Berapa banyak pula ilmu yang masih kita ingat dipraktikkan dalam kehidupan seharian kita?
Ilmu yang kita tuntut sepanjang kita di universiti dan sekolah bukan bertujuan semata2 untuk digunakan dalam alam pekerjaan. 
Seharusnya tujuan kita itu perlu diperluas dan dimanifestasikan dalam setiap detik kehidupan kita. 
Agar manfaat dari ilmu yang kita miliki itu bukan hanya dirasai oleh patient sahaja, anak murid sahaja tapi seluruh masyarakat yg mampu dicapai oleh kita.

Bukankah?






Kerana ilmu itu bukan hanya perlu disimpan di kotak memori, tapi perlu dihayati dengan hati. 
Bila mana Matematik itu, kita mampu untuk tadabbur, maka akan melahirkan kefahaman TnD.
Bila mana Medik itu pula, mampu kita tadabbur, tersingkaplah dan jelaslah bahawa tanda kekuasaan Allah itu terlaaalu banyak. Malah boleh diaplikasikan dalam mentarbiyah diri kita dan menarik perhatian mereka di luar sana ke arah Islam.


Berapa banyak, ilmu yang kita belajar hanya untuk dimuntahkan dalam dewan peperiksaan? dalam temuduga? hafalan hanya untuk lepas grade? hanya untuk digunakan semasa bekerja nanti?


Belajarlah untuk berfikir lebih dari itu
Belajarlah untuk lakukan bukan hanya untuk masa depan anda
Belajarlah untuk faham sesuatu yang tersirat disebalik semua ilmu yang kita belajar.


Anda ingin lihat contoh mereka yang memaksimakan penggunaan ilmu untuk kebaikan masyarakat?...
Cubalah tonton siri2 'Numb3rs'. Ada 5 seasons kesemuanya. Ilmu matematik yang dia miliki digunakan untuk menyelesaikan jenayah yang tak mampu diselesaikan oleh manusia biasa. 




Ninja Osem
Beit Fateh


Sunday, 14 July 2013

Menambah Berat

بسم الله الرحمن الرحيم

040713...

Alhamdulillah. tamat sudah exam Anat kami tahun ini. Tinggal satu paper lagi, Psychology. Sebagai meraikan penat lelah selama ini di samping mengeratkan ukhuwah, kami (budak2 Johor) bersepakat untuk  menjamu makan tengah hari di restoran Spectra. Restoran yang agak mewah dengan jubin2 dinding yang diukir rapi beserta alunan muzik barat yang agak moden.


Sebagai orang yang tak pernah keluar ke restoran mewah, aku terpinga2 apabila menu disajikan. Agak lama juga untuk membuat keputusan yang tepat. Tak mahu lah bila peluang yang hanya jarang datang, hancur kerana tersilap memilih hidangan. Akhirnya, Grilled Chicken Shrimp Sauce. Antara termurah berbanding kawan2 ku yang lain. Tapi, kita lihat nanti.


Di sepanjang tempoh penyediaan makanan, kami berborak sakan, Mana tidak nya, lama tidak bersua. Aku, hanya perhatikan sahaja gelagat kawan2 ku ini.  Ceria. Senyuman mereka yang menawan terserlah. Dengan lawaknya yang boleh tahan. Budak keluaran Maahad Johor itu menjadikan suasana agak hidup. Dengan kamera handphone yang senyap2 menangkap gambar kami. HTC la katakan.

Johorians


Satu per dua jam berlalu. Hidangan tiba satu per satu. Mampu kah aku habiskan semua ini? Mampu kah mereka habiskan semua ini?  Hmm.

<<Fast forward>>

Semua nampak kekenyangan, tapi makanan tak surut-surut kat atas meja. (Tu lah. sape suruh order lebih2).
Aku masih tekun menghabiskan setiap butir nasi. Kawan-kawan lain perhati je aku. Kata mereka perut aku seperti perut jin ==". Aku hanya tersenyum. Bukan apa. Teringat pula pesan ummi yang selalu ingatkan supaya jangan biarkan nasi tu menangis sebab kita tak makan dia. Haha. Agak pelik tapi membekas. Selalu juga ummi mengingatkan supaya sentiasa fikirkan nasib mereka yang tidak berpeluang seperti kami di luar sana. 
Ah, nasihat mereka kadang baru kita mengerti bila kita meningkat dewasa. 

Petang tu, pinggan aku antara yang licin. Kebanyakan yang lain ditapau ke rumah. Hajat aku nak makan 
Red Velvet petang itu tak kesampaian. Huh. Kesian pulak mereka menunggu aku nanti. Mungkin lain kali. Lagipun, petang tu ada misi yang dah lama dinanti.


Cukuplah pengalaman pertama merasa kemewahan restoran di Maadi ini. Terpikir macam mana mereka boleh pergi dua tiga restoran dalam satu masa. O_o. 


"Jika kamu bersyukur, pasti akan Aku tambahkan nikmat kepadamu." 
(Ibrahim: 7)


"Nikmat mana lagi yang kamu dustakan?"
(ar-Rahman:13)


Terngiang-ngiang ayat ini di cochleaku. 



p/s: Pelik pula bila lelaki post pasal makanan. Err. -,-


040713
Ninja Osem
Beit Fateh


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...