Friday, 9 December 2011

antara kawan dan diri


Bismillah…

'Selemah-lemah nilai ukhuwah adalah berlapang dada dan setinggi-tinggi nilai ukhuwah adalah melebihkan orang lain daripada diri sendiri.'

Adakah kita memahami erti ikhlas dalam berukhuwah?

Adakah kita berukhwah kerana sahabat kita PANDAI?
Adakah kita berukhwah kerana dia KUAT?
Adakah kita berukhwah kerana kawan kita MESRA?
Adakah kita berukhwah kerana kawan kita KAYA?
Adakah kita berukhwah kerana kawan kita POPULAR?

Andai kita berukhuwah atas dasar islam,
Mengapa jika kawan kita meminta bantuan daripada kita, kita menolaknya dengan alasan:
‘penatlah, anta cari orang lain je la’
‘sorry bro, malas la nak pergi sana, jauh sangat..’
’x boleh la, ana ada hal lain(keluar jalan2)’..
Mengapa jika kawan kita memberi kepercayaan kepada kita, kita mengkhianatinya?
Cuba imaginasikan jika anda berada dalam situasi tersebut.

Maka, jika kita benar-benar faham makna ukhuwah islamiyyah, kita akan cuba sedaya mungkin untuk memenuhi permintaan sahabat kita walau sesimple dan sebesar mana pun pertolongan tersebut.
Itulah pengorbanan kita untuk sahabat. Dari situ, kita sekali gus dapat mentarbiyah diri kita. Kerana tarbiyah itu bukan sekadar di dalam usrah, daurah..tetapi ia ada dalam setiap detik kehidupan anda...
sama ada anda sedar ataupun tidak.

Ukhuwah fillah..:)
Wallhu A'lam





Thursday, 17 November 2011

أخوّة في الله

بسم الله الرحمن الرحيم

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara...."
(Al Hujurat:10)

Suatu hari aku di panggil oleh seorang abang ke sebuah tempat bersama beberapa orang rakan aku... 
lalu kami disuruh membuat halaqah dan memperkenalkan diri masing-masing...

Apehal la pulak ni? dah la tiba2 panggil pastu suruh perkenalkan diri pulak...

setelah perkenalkan diri, abang tersebut mengatakan sesuatu..

'ana datang ni bukan nak wat pape pun, saje nak berkenalan dengan antum'..

setelah lama berborak, kami pun bersurai..

'insyaAllah ana harap dapat jumpa antum lagi minggu depan'..

'la.... ade lagi ke? aduh!'

minggu seterusnya kami pun berjumpa semula
begitulah minggu2 seterusnya sehingga lah beberapa bulan...

'haish, malasnye nak pegi ape orang panggil? usrah eh? dah la tiap2 minggu..'

namun abang tersebut tetap datang walaupun hanya seorang sahaja yang datang

melihat betapa komitad nya abang tersebut, lalu....aku mula berfikir....

'kenapa abang ni sanggup datang tiap2 minggu eh? ade orang bayar dia ke? pelik la..hmmm
serba salah pulak x datang hari tuh.'

lama-kelamaan aku merasakan kelainan dalam diriku..

'kenapa rase macam best pulak eh benda ni?'

aku mula muhasabah kembali diri aku...
saat itu lah, aku mula mengerti tujuan hidup aku di dunia ini..

Ya Allah apa yang aku telah buat di dunia selama ini?
banyak dihabiskan dengan perkara yang sia2 sepanjang masa..




~ana x de duit la...boleh pinjam x?~

Nah, amik la...klu ade nnti, bayar la balik eh..:)

~malam ni nak tidur mane eh? nak balik dah x sempat...~

x pe la, anta tidur la dulu kat rumah ana, esok pagi balik la...:)

aku merasa sungguh indah hidup ini..
hatiku menjadi tenang dan gembira
timbul pula persoalan dalam diriku..

apakah semua ini?

itu lah ukhuwah

jadi selama ni berkawan bukan ukhuwah??

akhirnya baru ku sedar ukhuwah yang sebenar adalah pertalian atas dasar akidah
susah dan senang dihadapi bersama
dengan satu matlamat
agar islam tertegak kembali di muka bumi ini..




Ayuh la wahai ikhwah!!

bersama kita teguhkan langkah kita di jalan tarbiyah ini...
sehingga mencapai Ustaziatul Alam
janganlah sesekali antum lari dari jalan ini..
kerana inilah satu2 nya jalan yang benar
tiada jalan yang lebih baik daripada jalan ini..

jangan gentar atau takut pada musuh-musuh dihadapan
kerana ingat lah ALLAH bersama orang-orang yang benar...الله معنا

Allahu Akbar!

"Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya."
(Ali Imran:103)





Wallahu A'lam





Sunday, 13 November 2011

Pengembaraan ku

بسم الله الرحمن الرحيم

Cuti Hari Raya Korban hampir bermula. 
Berlegar-legar di fikiran ana.. 
apa yang patut ana buat ya? 
Main game?
Tidur?
Jalan2 Mesir?

Tapi Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untukku.. suatu malam seorang ikhwah telah meminta pertolongan untuk menjadi musyrif di Alexandria... ana pun terimalah, mungkin Dia telah merancang sesuatu untukku.


Alex seperti dunia lain dalam negara Mesir. Jika di Cairo, jalan rayanya penuh dengan debu dan sampah... tetapi berbeza sekali di Alexandria. Jalan nya bersih sebersihnya. Sejuk mata memandang. Nilai Islam lebih terserlah di tempat ini.


Kehijauan muhafazah ini telah menghilangkan sedikit keserabutan fikiran ini tentang study... Cantiknya ciptaan Allah ini. Betapa bijaksananya Allah mencipta alam ini.

Suatu malam sedang akhawat mengadakan program di tepi pantai , ketika kawan-kawanku ku sibuk makan dan mengeratkan silaturrahim, ku termenung sendirian, memandang Laut Mediteranean, memerhatikan ombak yang menghempas pantai...ku terfikir begitulah fitrah ombak...dan ia x kan melawan fitrah nye itu...dia sentiasa patuh suruhan Allah. Cuba bayangkan apa akan terjadi jika ombak melawan arusnya ataupun berhenti daripada menghempas pantai? apa yang akan terjadi? 
bagaimana pula dengan manusia? mengapa manusia yang mempunyai akal begitu keras dan berani melawan fitrah mereka?... mereka jelas jauh dari tujuan hidup mereka, berani melawan hukum Allah, berani melakukan maksiat secara terang-terangan... 
mengejar nafsu dunia.
Ingatlah semula tujuan kita diciptakan..


Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.
                                                              (al Dzariyat: 56)


Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".
                                                                             (al Baqarah: 30)


Ingatlah dunia ini hanya tempat persinggahan. Sama-samalah kita nasihat-menasihati antara satu sama lain... Moga Mardhatillah yang kita buru tercapai kelak, insyaAllah... Ameen



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...