بسم الله الرحمن الرحيم
Pernah tengok tak cerita Jimmy Neutron? Dalam satu episod tu, dia ada cipta satu mesin masa. Mesin yang membolehkan dia pergi ke masa lampau untuk memperbaiki kesalahan dan kesilapan ia pada masa lampau supaya keburukan yang muncul hari ini dapat di-reverse-kan.
Atau pernah tidak anda menonton cerita bersiri 'Heroes', di mana watak Jepun, Hiro Nakamura mempunyai kuasa yang dapat merentasi masa lampau dan masa depan. Dengan kuasa ini lah, dia dapat pergi ke masa silam untuk memperbetulkan atau mengubah keadaan/ situasi supaya masalah pada masa kini tidak berlaku.
Dia juga berkebolehan untuk merentasi masa depan untuk melihat adakah tindakannya masa kini merupakan tindakan yang benar. Jika tidak, dia akan mengubahnya supaya kejadian yang tidak diingini hasil tindakannya itu tidak terjadi.
![]() |
| Kredit |
Fuhh! Best kan kalau kita dapat merentas masa macam tu? =)
Ah, kau ni! Merepek la.
Sudah pasti anda tahu bahawa perkara ini mustahil akan berlaku pada kita yang hidup di alam realiti ini. Kenapa Allah tak jadikan je mesin masa ni? Boleh la kita pergi time tahun satu dulu. Ubah perangai jadi rajin. Pastu, tak payah la ulang tahun satu kan?. Tak payah la kena dur thani.
Oh tidak. Sama sekali tidak.
Kalau lah ada mesin masa, tentu lah tiada kesalahan yang berlaku di bumi.
Sebab semuanya boleh diundur semula.
Kalau lah ada menusia yang boleh merentas masa,
tentu lah akan berlaku penyelewengan sesuka hati kerana mereka dengan selamba mengubah keadaan mengikut nafsu mereka.
Kalau lah ada mesin masa,
sudah pasti dunia tunggang terbalik
hancur, rosak dengan tangan manusia.
Semalam, berlaku kecurian yang melibatkan pelajar Malaysia di Mounira. Kehilangan 3 laptop, ipad 2, handphone, hampir 400 USD dan 1000++ LE.
Innalillah.
Kepada mangsa kecurian, bersabar lah walaupun aku tahu ianya bukan perkara yang mudah. Duit yang penat kita kumpul untuk membeli aset2 tersebut, elaun yang diamanahkan hilang itu bukannya sedikit.
Tapi Allah kata:
"Wahai orang2 yang beriman, mohon lah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah bersama orang2 yang sabar"
(Al Baqarah: 153)
Setiap kejadian ada hikmah yang sengaja disembunyikan Allah.
Carilah.
Mungkin ianya berlaku kerana dosa-dosa kita.
Denga berlaku perkara tersebut, Dia expect kita lebih banyak beristighfar kepadaNya.
Mohon ampun kepadaNya atas dosa-dosa kita selama ini.
Dia rindukan rintihan hamba-hambaNya.
Mungkin juga Dia ingin menguji keimanan kita.
Dia ingin melihat adakah sama syukur kita tatkala kita senang dan susah?
Dia barang kali ingin mengangkat darjat iman kita menjadi lebih tinggi, mungkin?
"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan , kami telah beriman, dan mereka tidak diuji?"
(Al-Ankabut: 2)
Cara Allah tu terlampau banyak.
Yakinlah Allah sedang sediakan yang lebih baik dan yang terbaik untuk anda! =D
Untuk kita yang masih diberi nikmat ini, bersyukur lah. Gunakan nikmat yang Allah beri dengan sebaiknya. Gunakannya untuk Islam. Kerana orang yang bersyukur itu, Allah akan tambahkan nikmat ke atasnya. Jangan sampai Allah tarik semula nikmat2 ini, baru kita nak menyesal dan bersyukur.
Sungguh, malang itu tidak berbau. Even yang wangi pun tak berbau kalau hidung tersumbat.
Sentiasa lah berjaga-jaga.
Hidupkan rumah denga ibadah.
Hidupkan rumah dengan sunnah.
Hidupkan rumah dengan al Ma'thurat.
Ma'thurat? nampak simple tapi tu la usaha kita untuk melindungi diri kita.
Pernah suatu ketika dulu, ada seorang yang mengamalkan ma'thurat. Suatu hari dia terlupa mengamalkannya. Dengan takdir Allah, pada hari itu lah dia dijemput Allah dalam satu kemalangan. Ini cerita benar okeyy. Pernah dengar dari seseorang, tapi tak ingat sape.
Keep your eyes open.
Peace ^_^
Wallahu A'lam.
Ninja Osem
Beit Al Fateh
Cairo U
p/s: selalu la refleksi diri. jangan disalahkan orang lain. Ingat, Allah sangat sayang pada anda! =)
Belajar lah jadi detektif. Tengok cerita detektif conan boleh membantu. Sangat berguna dan mustahak di Mesir. :p



No comments:
Post a Comment