بسم الله الرحمن الرحيم
"Hidup dalam suasana exam membuatkan anda hampir tidak siuman.. Betulkah? Mana tidaknya, entah apa-apa tajuk entri anda kali ini...hihi"
Mungkin itu lah salah satu andaian anda berkenaan tajuk saya kali ini. Untuk pengetahuan kalian, Kyuubi Jinchuriki adalah nama seorang kawan saya yang berada di Jepun. Baru sahaja berkenalan dengannya. Anda percaya? hmm, sah la anda tidak pernah menonton cerita animasi Naruto, cerita yang boleh dikatakan sangat terkenal bagi peminat cerita anime.
Pernah suatu ketika dahulu, seorang ikhwah menegur saya kerana sering melihat ku di hadapan laptop menonton cerita Naruto,
"Akhi, kenapa anta tengok cerita Naruto ni? Best ke? Jahiliyah kot semua tu..anta lupa ke, baru je pergi SJ semalam"
= ="
Teguran yang agak direct itu berasas jugak kalau dipikirkan. Kerana dahulunya, saya agak benci juga melihat cerita-cerita mengarut seperti ini. mungkin kerana ayahku juga benci. Tetapi setelah terlihat seorang kawan menontonnya pada suatu hari, saya ternampak banyak maksud tersirat yang boleh di ambil dari cerita ini. dan salah satunya adalah Kyuubi Jinchuriki..haha
(Biarlah saya ceritakan serba sedikit)
------------------------------------------------------------------
Kyuubi itu merupakan seekor raksasa yang sangat ganas, liar, menakutkan dan juga sangat kuat. Sewaktu Naruto baru dilahirkan, raksasa ini telah dimasukkan ke dalam badannya oleh ayahnya. Dek kerana raksasa ini, Naruto sering disisihkan oleh penduduk kampungnya. Mereka takut untuk mendekatinya kerana takut akan disakiti olehnya. Kesepian yang dialami Naruto berpanjangan sehinggalah dia meningkat remaja. Kini, jika Naruto dalam keadaan marah, raksasa itu akan mampu menguasai badannya sepenuhnya...yang akan menjadikan Naruto menjadi sangat kuat, tetapi juga tidak terkawal. Oleh kerana tidak terkawal, dia tidak dapat membezakan antara kawan dan lawan sehingga hampir sahaja dia membunuh sahabatnya sendiri, Sakura.
 |
| Kyuubi yang menguasai Naruto |
Oleh sebab dia tidak mahu tragedi mencederakan kawannya sendiri berulang kembali, dia belajar untuk mengawalnya sehabis mungkin. Akhirnya, dia mampu menguasai Kyuubi itu. Apabila dia bertembung dengan pihak lawan yang kuat, dia akan gunakan kelebihan itu untuk menjatuhkan pihak lawannya.. Menakjubkan, Kyuubi itu kini tunduk kepada Naruto, menjadikan dia lebih kuat tanpa hilang kawalan.”
Saya mula mengaitkannya dengan alam realiti, bahawasanya setiap manusia mempunyai Kyuubinya masing-masing..
"Apa anda merepek ini wahai helang yang hebat? sudah-sudah la tu..."
Hmm.. betul apa.. kita juga ada Kyuubi.. Ia sangat membahayakan, sangat kuat, mampu mengawal diri kita dan mampu membunuh atau mencederakan orang yang kita sayangi. Kyuubi manusia tidak mampu disingkirkan mahupun dihapuskan selama-lamanya, kerana ia telah diletakkan oleh Tuhan sejak ruh memasuki jasad. Namun, manusia hanya ada dua pilihan sahaja iaitu sama ada menguasai Kyuubi itu atau membiarkan ia menguasai kita..
Untuk menguasainya dan menjinakkannya, seseorang itu memerlukan ilmu, perjuangan dan semangat yang kuat..dan apabila Kyuubi itu berjaya dikawal sepenuhnya, manusia itu akan menjadi yang terbaik dan terkuat. Dia mampu menggunakan Kyuubinya itu untuk kebaikan dan kebajikan, malah mungkin lebih hebat daripada itu.
(anda mula terfikir dan melihat sesuatu yang boleh dikaitkan dengannya. Adalah Kyuubi itu equal to......)
Aiwa. N.A.F.S.U. Kita semua mempunyai nafsu yang sudah ditetapkan oleh Allah. Setiap dari kita memilikinya. Bezanya kita dengan seseorang yang lain adalah berjayakah kita mengawal nafsu yang ada dalam diri kita. Jikalau seseorang itu mampu menjinakkan nafsu عمّارة nya kepada nafsu مطمئن, maka sudah pasti dia akan menjadi orang yang hebat.
Sehebat Nabi yang menjadikan seluruh hidupnya untuk menegakkan Islam,
para sahabat yang sanggup meninggalkan kemewahan untuk menyertai peperangan,
ulama-ulama kabir,
atau mungkin contoh paling dekat pemimpin Ikhwanul Muslimin, Sheikh Dr Badi'e.
dan banyak lagi. jenuh nak tulis semua
Tidak dapat dinafikan, untuk mengawalnya memang payah, kerana ia memerlukan mujahadah yang sangat kental dan himmah yang tidak putus.
Bukankah payah?
melawan nafsu yang berat solat untuk turun berjemaah
melawan nafsu yang ingin menonton Law of Ueki kepada menonton ceramah
melawan nafsu yang ingin menayangkan rambut kepada berjilbab
melawan nafsu yang suka lagu cintan cintun kepada lagu islamik dan al-Quran
Namun, ianya tidak mustahil. Lihatlah sahaja contoh para sahabat yang bersusah payah memperjuangkan iman mereka seperti Bilal bin Rabah yang sanggup dihempap batu mempertahankan iman, Khabab bin Aratz yang dibakar hidup-hidup sehingga lemaknya dapat memadamkan arang yang membara dan puluhan sahabat-sahabat yang lain..Kalau diikutkan nafsu, boleh sahaja mereka berbohong murtad untuk menyelamatkan diri....tetapi mereka tidak
"Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku; sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah dia dari hasutan nafsu itu). Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
(Surah Yusuf : 53)
"Kita baru kembali dari satu peperangan yang kecil untuk memasuki peperangan yang lebih besar. Sahabat terkejut dan bertanya, "Peperangan apakah itu wahai Rasulullah?" Baginda berkata, "Peperangan melawan hawa nafsu."
[Riwayat al-Baihaqi]
 |
| Pergilah kamu wahai nafsu |
Tidak mahukah anda menjadi seperti mereka?
mampu menundukkan nafsu
mendidik jiwa
membentuk iman
memperhebat taqwa
memperjuangkan agama
mempertahankan Islam...
Ayuh,
hilangkan karat-karat jahiliyah
bersihkan titik-titik hitam
sucikan dosa dan noda
yang tersorok di hati
bermula dari sekarang
untuk melangkah ke bulan Syaaban yang akan tiba sehari dua lagi
menuju Ramadhan seterusnya
agar di bulan yang barakah itu nanti
hanya perlu fokus melipatgandakan ibadah
mengumpul pahala sebanyaknya
carilah isi sebenar... naruto itu hanyalah analogi yang merapu...~
-smartheart-