بسم الله الرحمن الرحيم
Sometimes, kita fikir kita yakin apa yang kita azamkan itu suatu perkara yg benar. Segala perancangan telah kita persiapkan, segala petunjuk telah kita analisa. Untuk menambahkan lagi keyakinan kita, istikharah juga telah kita lakukan setiap hari. Tetapi, Allah lah yang lebih mengetahui. Sebaik-baik kita merancang, Allah lebih hebat perancanganNya.
Hakikat yang perlu kita sedar sebagai hamba yang meminta kepada Pencipta, bahawa jawaban bagi apa yang kita minta bukan hanya ada satu iaitu diberi seperti apa yang kita mahukan.
Boleh jadi, Allah kabulkan serta merta.
boleh jadi, Allah tangguh untuk menguji kesabaran kita atau waktunya belum tepat.
boleh jadi, Allah beri suatu yg lain kerana Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.
Andai kita tidak sedar akan hakikat ini, amat mudah untuk kita berputus asa dari berdoa meminta kepadaNya. hilang harapan. Hingga akhirnya kita akan bergantung segala apa yang kita mahukan kepada usaha kita semata-mata. Tidak percaya lagi dengan doa dan tawakkal padanya.

قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللَّهِ
“Katakanlah: “Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.
Apa jua yang sedang dihadapi, moga dimudahkan semua urusan.
ReplyDeleteوبشر الصابرين
Sampaikan berita gembira pada orang-orang yang bersabar!