Bismillah
Looking back at myself really make me feel how empty my life today. Mengenang masa lalu yang membuatkan aku seperti kemurungan. Kemurungan dan keresahan atas satu masalah atau ujian hidup ketika itu. Tidur tak lena, makan tak selera, resah sepanjang masa, rasa tak berguna dengan diri aku yang boleh dikatakan paling islamik pernah aku rasai ketika itu. Kehidupan yang aku cuba jalani dengan berserah dan berharap padaNya sehabis mungkin hanya kerana suatu yang aku inginkan. Atau mungkin kerana itu lah sahaja yang aku mampu lakukan kerana kenaifan diriku.
Hari ini, aku rindukan diriku yang benar-benar berharap padaNya. Mutabaah amal yang hampir perfect ketika itu. Aku cuba bangkit hari demi hari, bulan demi bulan, tahun demi tahun. Walaupun apa yang aku hajati telah Engkau kabulkan, sepertinya aku semakin jauh dariMu Ya Rabb. Tidak bersyukurkah aku atas apa yang Kau berikan padaku selama ini?
Semakin lama kita jauh dari amal soleh, semakin payah kita mahu menjadikannya amalan rutin kembali. Hingga saat ini, aku cuba.
Permudahkanlah.
No comments:
Post a Comment