Monday, 24 February 2014

Final Fight for Sem One

بسم الله الرحمن الرحيم


Alhamdulillah. Tamat sudah exam yang berlangsung selamaa 2 hari pada minggu lepas. Sungguh aku katakan, debaran menduduki peperiksaan di sini jauh lebih kuat berbanding di Mesir dan ia membuatkan aku sangat sesak. Tanpa mengambil masa untuk menenangkan diri dan mentajdid kembali niat, mungkin aku akan mengalami hypertension kronik.


Sepanjang minggu belajar (baca: study week), aku perhati ramai pelajar sangat bertungkus lumus untuk mengulangkaji sebagai persediaan menduduki exam. Pelbagai style belajar yang kelihatan seperti mengurung diri di dalam bilik dan ada yang stay di perpustakaan sehingga lewat malam.


Ini lah tekad yang boleh kita lihat jika seseorang itu telah meletakkan target yang tinggi untuk sesuatu yang mereka inginkan.  Semangat, ketakutan terhadap sesuatu dan pengharapan agar usaha mereka yang gila-gila itu membuahkan hasil yang lumayan.


Tidak kah dapat kita boleh samakan usaha kita untuk mendapat 'distinction' ini dengan usaha kita untuk berdakwah kepada masyarakat di luar sana agar kita mendapat kedudukan yang tinggi di syurga nanti?
Tentu saja perasaan dan kegembiraannya jauh lebih luar biasa jika mahu dibandingkan dengan mendapat keputusan yang cemerlang.


Ayuh lah wahai diri!
Kuatkan tekad
Pasakkan semangat
Hayunkan langkah
Patahkan bisikan musuh
Kejar mimpi anda.




Ninja Osem
Beit Shuhada


Friday, 31 January 2014

Bertahan

بسم الله الرحمن الرحيم



Belajar di Malaysia sememangnya tough. Sedar-sedar, sudah 3 bulan lebih aku di MSU. And soon enough, I have to face my first midterm exam here. Whoaa. Time is running out so fast!


Cuti satu hari sempena Tahun Baru Cina ini banyak membuatkan aku  refleksi kembali diri aku. Teringat kembali bagaimana aku boleh tercampak di universiti yang tak pernah aku dengar sebelum ini. Komitmen yang sepatutnya aku beri di Mesir aku campak seperti orang yang tak ada perasaan setelah dibisik halus oleh seseorang untuk aku belajar di Malaysia. Begitu mudah aku melepaskan rezeki yang hanya datang sekali ini. Begitu mudah aku dimanipulasi. 





Dengan berbekal minda yang cuba untuk dipositifkan, aku melangkah ke dunia baru. Kononnya ingin merasa bagaimana pengalaman belajar di Malaysia. Haha. Yeah, I admit it. Totally different environment. Well, at least for me.


Dunia kini kian parah ditusuk jahiliyah
Dirasuk hiburan yang menggila
Diperdaya dengan ideologi tumpul
Lebih sedih yang teramat
Mereka tidak sedar bahawa mereka sedang menjadi mangsa.


Semua sibuk dengan urusan peribadi
Seakan tidak peduli hal orang lain
Kau kau, Aku aku
Asal tidak mencampuri urusan orang
The true meaning of ukhuwah is lost.


Kini, aku juga menjadi semakin tidak bermaya
Memasakkan langkah yang suatu ketika dulu teguh
Seakan ditiup oleh arus sesak ini
Ke dalam langit yang hitam pekat.


Dicelah hitam pekat langit
Sinaran mentari cuba ingin menyinari alam
Namun, kerana pekatnya langit
Sinaran itu tidak berjaya menembusi
Tidak terasa bahangnya.


Pernah naqib berpesan suatu ketika dahulu,
Jadilah seperti ikan
walau berenang di laut masin
tetap tawar apabila ia dimakan.


Someone should do something great
to create a whole new environment
Yeah, indeed
Someone should end this mess up.


Kekuatan iman hanya dapat diketahui apabila ia diuji
diuji dengan ujian di luar imaginasinya.
untuk mengubah dunia,
bermula dengan diri kita
yang seharusnya harus diubah dulu.
andai kau hanya ingin berada ditakuk lama
kau takkan dapat melangkah walau selangkah.


Mengharungi jalan ini
kadang kau akan cedera
zahir dan batin
kadang kau akan dipulau
dicacidianiayadiejek


Maka
perkara utama yang kau mesti ada
SABAR dan DOA.

No pain
No gain
Tiada pahit
Tiada manisnya.




Entah kenapa kepala aku serabut memikirkan hal orang lain
Boleh saja aku hidup sendiri
Mungkin inilah yang perlu kau tempuhi
Sebaik sahaja kau masuk, kau takkan dapat keluar sewenangnya.

Kepada kawan2 di Mesir, enjoy your holiday while you still can.
Once again I admit, jeles sungguh melihat gambar yang antum post
But nothing I can do anymore. haha
Kutip la mutiara2 di sana
Harap antum sudi berkongsi experiences you gain there. (:





NinjaYangHilangKeosemannya
Beit Syuhada
31012014

p/s: entah berapa banyak post yang kena dibuat untuk mengekspresi dunia baru aku ni. Rasanya ini yang terakhir. Haha. Lol. Hopefully, aku memang jenis yang payah merasa kehilangan. Sentimental sungguh. =="


Tuesday, 10 December 2013

Exhausted


بسم الله الرحمن الرحيم


*sneezing...sneezing...sneezing* fuh.. Berhabuknya. Nak tulis apa ye? Macam tak muat je dalam satu post.

Too many things that just happened around me 3 months back.

Bermula dengan demokrasi antara penyokong Morsi dan puak tamarud bulan Julai lepas yang Allah susun betul-betul berdekatan dengan musim exam. Lantas, demokrasi tersebut sedikit sebanyak mengganggu psikologi kami yang sedang menduduki exam. Bukan kerana takut sesuatu terjadi pada kami, tetapi semangat untuk melihat apa yang berlaku secara langsung tentang apa yang berlaku di luar sana. 

Then, summer break was back. When I came back to Malaysia, Presiden Mursi telah dikhianati oleh pihak tentera yang beliau beri kepercayaan kepadanya. 

Along demo-thing, R4BIA happens. Until now. semangat mereka tetap membakar walau telah beberapa bulan berlalu.

Ekoran dengan situasi yang agak kacau ketika itu, setelah melakukan perincian kembali kerajaan telah membuka tawaran kepada pelajar Malaysia di Mesir untuk membuat pilihan sama ada untuk terus menyambung pengajian di Mesir atau mendapat tawaran istimewa untuk sambung di Malaysia. 

Ramai yang berbelah bahagi untuk membuat pilihan yang kelebihannya hampir tidak nampak antara keduanya. 

Mesir ada kelebihannya tersendiri. Kesempatan yang bukan mudah untuk diperoleh antaranya adalah mendalami bahasa Arab dan talaqqi al Quran bersama syuyukh. Di sana juga, potensi diri mudah berkembang disebabkan jumlah student tidak terlalu ramai. Maka dengan itu juga ukhuwah mudah dipupuk. Paling banyak kesannya adalah tarbiyah yang mantap, sukar untuk diperoleh lebih2 lagi di Malaysia. I felt like I'm alive back then. Walaupun penat itu terasa. Tapi manisnya lebih dirasai. Dan kat sana boleh jadi musyrif. :3

Tentunya di Malaysia, kelebihannya juga ada. Dengan suasana persekitarannya yang lebih selesa dan 'aman'. Nobody will insult us. Lebih dekat dengan famili. Kelas pembelajarannya yang juga selesa dan tidak memenatkan. maybe. Lebih kenal dengan masyarakat sebenar Malaysia. 

My own reason? Biarlah aku je yang tau. Biarlah aku je yang rasa. Just don't make any bad assumption or perception. 

Ekceli, too many things that need to put into consideration. Hanya petunjuk dari Allah je yang dirasakan boleh membantu apakah pilihan kita itu tepat atau tidak waktu itu. Yeah, only that. 

And now, I'm at MSU. Universiti swasta. Neither big nor small. the first thing that I am looking forward is, "ada ikhwah tak kat sini?" hehe. Biah tentu lah tidak se-islamik Mesir but still yang berpurdah tu ada walaupun bukan dari program pengajian yang sama. Lebih kurang 5-6 orang bekas Universiti Cairo juga ditempatkan di sini. Hope that I make a right choice. 

Sekarang dah sebulan lebih aku di sini. For myself note, sampai sekarang belum balik ke rumah.
Qowiy tak? -__-. Minggu lepas baru sahaja tamat exam pertama. Nampak lebih mudah tapi tetap perlu baca buku baru boleh jawab.



Apapun yang berlaku, di mana saja anda berada, Tarbiyah dan Dakwah itu berjalan. Put yourself together and move on. I'm gonna make myself better here. Yosh.

The only one thing that I think about until know and i don't have an answer is,
Macam mana nak maintan 'aku' yang dahulu di Mesir semasa aku di sini?  dan
Macam mana nak aplikasikan DnT yang aku dapat dulu di dunia sebenar ini?

Yeah, it's quite tough here. in academic and to keep myself in right path. 
May He guide me all along the way.
Living well.
Living hell.
You are the one will choose. Not others.
Thabbit qulubana. 

p/s: This post looks like not me. Really. Haha. 


NinjaOsem
Shah Alam.
ex-Beit Fateh, Mesir.



Wednesday, 28 August 2013

Can't Stand?

بسم الله الرحمن الرحيم



Menyampaikan kalam Tuhan
mesej rasul kekasihNya

bukan hanya kepada masyarakat
bukan hanya kepada kawan kita
bukan hanya kepada anak buah kita
bukan?

tapi yang paling utama kepada our own blood, right?
keluarga kita sendiri



kita rasa bersalah kalau kawan kita tersilap langkah
kita rasa nak lempang diri sendiri bila orang di luar sana tak dapat rasa kasih sayang Allah
tapi bila keluarga sendiri, our own family buat salah even yg basic
kita diam seribu bahasa
pekakkan telinga, butakan mata
seolah olah angin badai yang datang akan berlalu jua akhirnya
apakah?

nikmat bila mengajak kawan kita ke arah kebaikan
tak sama dengan
mengajak ahli keluarga sendiri
seperti manisnya gula dan madu yg tak sama
cabarannya tak sama

Kamu boleh cari 1001 cara utk tarik kawan dan mereka ke arah syurga
kenapa when it comes out with ur family,
10 cara pun tak lepas?
kenapa that hamasah and never give up tak ada untuk keluarga sendiri?


Aahh
Pedih x2
Kalau dalam semua situasi kita buat tak endah je?
pehh, triple pedih.

p/s: bestnye ramadhan tahun ni.
monolog bertimbun2

11082013
NinjaOsem
Kg. Bandar


Thursday, 22 August 2013

That Feeling

بسم الله الرحمن الرحيم



Sometimes, kita lupa untuk tujuan apa kita melakukan semua itu. 

bersusah payah siang dan malam 
bersengkang mata melawan desakan nafsu
jatuh bangun duduk berdiri kita
untuk apa selama ini

lupa
dan bila kita nak mengingatkan diri kita semula
jawapan segala persoalan yang dicari itu samar, kelam
tak ketemu 
tiada cahaya yang memandu 
Bila mahu dicari someone utk muntahkan soalan ini
segalanya tersekat
vocal cord tidak mahu mengeluarkan kata
our thought and motor signal ke mulut tak selari


Untuk apa?
Kenapa kita sanggup bertahan selama ini
Kenapa kita rela disakiti dan diuji seberat ini

Perasaan bila kita tak jumpa jawapan itu,
hanya Dia yang tahu
resah
kacau
sakit
bukan? *mybe dia je rasa kot*



Jangan pernah lupa ini
they sacrifice many things to make you a better person
to lead ur family, ur siblings
they put a big hope dan faith on you
not just them, but ur own whole big family, ur grandma, ur grandpa's siblings!!
don't u dare to make heart broke like a glass?
we don't hear that shattered sound, dont we? 

Thabbit qulubuna 
Thabbit qulubuna 
Thabbit qulubuna

iyyaka na'budu wa iyyaka nasta'in. 
ihdina as-sirat al-Mustaqim.. 
jalan yang Kau beri nikmat kapadanya
bukan jalan yang Kau murkai dan jalan mereka yang sesat.


Lekatkan lah jawapan itu teguh dalam hati ini
Agar langkah ini takkan pernah henti
Hamasah as Syabab 

dalam semua lapangan kehidupan




11082013
Ninja Osem
Kg. Bandar



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...