Thursday, 17 November 2011

أخوّة في الله

بسم الله الرحمن الرحيم

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara...."
(Al Hujurat:10)

Suatu hari aku di panggil oleh seorang abang ke sebuah tempat bersama beberapa orang rakan aku... 
lalu kami disuruh membuat halaqah dan memperkenalkan diri masing-masing...

Apehal la pulak ni? dah la tiba2 panggil pastu suruh perkenalkan diri pulak...

setelah perkenalkan diri, abang tersebut mengatakan sesuatu..

'ana datang ni bukan nak wat pape pun, saje nak berkenalan dengan antum'..

setelah lama berborak, kami pun bersurai..

'insyaAllah ana harap dapat jumpa antum lagi minggu depan'..

'la.... ade lagi ke? aduh!'

minggu seterusnya kami pun berjumpa semula
begitulah minggu2 seterusnya sehingga lah beberapa bulan...

'haish, malasnye nak pegi ape orang panggil? usrah eh? dah la tiap2 minggu..'

namun abang tersebut tetap datang walaupun hanya seorang sahaja yang datang

melihat betapa komitad nya abang tersebut, lalu....aku mula berfikir....

'kenapa abang ni sanggup datang tiap2 minggu eh? ade orang bayar dia ke? pelik la..hmmm
serba salah pulak x datang hari tuh.'

lama-kelamaan aku merasakan kelainan dalam diriku..

'kenapa rase macam best pulak eh benda ni?'

aku mula muhasabah kembali diri aku...
saat itu lah, aku mula mengerti tujuan hidup aku di dunia ini..

Ya Allah apa yang aku telah buat di dunia selama ini?
banyak dihabiskan dengan perkara yang sia2 sepanjang masa..




~ana x de duit la...boleh pinjam x?~

Nah, amik la...klu ade nnti, bayar la balik eh..:)

~malam ni nak tidur mane eh? nak balik dah x sempat...~

x pe la, anta tidur la dulu kat rumah ana, esok pagi balik la...:)

aku merasa sungguh indah hidup ini..
hatiku menjadi tenang dan gembira
timbul pula persoalan dalam diriku..

apakah semua ini?

itu lah ukhuwah

jadi selama ni berkawan bukan ukhuwah??

akhirnya baru ku sedar ukhuwah yang sebenar adalah pertalian atas dasar akidah
susah dan senang dihadapi bersama
dengan satu matlamat
agar islam tertegak kembali di muka bumi ini..




Ayuh la wahai ikhwah!!

bersama kita teguhkan langkah kita di jalan tarbiyah ini...
sehingga mencapai Ustaziatul Alam
janganlah sesekali antum lari dari jalan ini..
kerana inilah satu2 nya jalan yang benar
tiada jalan yang lebih baik daripada jalan ini..

jangan gentar atau takut pada musuh-musuh dihadapan
kerana ingat lah ALLAH bersama orang-orang yang benar...الله معنا

Allahu Akbar!

"Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya."
(Ali Imran:103)





Wallahu A'lam





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...