Friday, 9 December 2011

antara kawan dan diri


Bismillah…

'Selemah-lemah nilai ukhuwah adalah berlapang dada dan setinggi-tinggi nilai ukhuwah adalah melebihkan orang lain daripada diri sendiri.'

Adakah kita memahami erti ikhlas dalam berukhuwah?

Adakah kita berukhwah kerana sahabat kita PANDAI?
Adakah kita berukhwah kerana dia KUAT?
Adakah kita berukhwah kerana kawan kita MESRA?
Adakah kita berukhwah kerana kawan kita KAYA?
Adakah kita berukhwah kerana kawan kita POPULAR?

Andai kita berukhuwah atas dasar islam,
Mengapa jika kawan kita meminta bantuan daripada kita, kita menolaknya dengan alasan:
‘penatlah, anta cari orang lain je la’
‘sorry bro, malas la nak pergi sana, jauh sangat..’
’x boleh la, ana ada hal lain(keluar jalan2)’..
Mengapa jika kawan kita memberi kepercayaan kepada kita, kita mengkhianatinya?
Cuba imaginasikan jika anda berada dalam situasi tersebut.

Maka, jika kita benar-benar faham makna ukhuwah islamiyyah, kita akan cuba sedaya mungkin untuk memenuhi permintaan sahabat kita walau sesimple dan sebesar mana pun pertolongan tersebut.
Itulah pengorbanan kita untuk sahabat. Dari situ, kita sekali gus dapat mentarbiyah diri kita. Kerana tarbiyah itu bukan sekadar di dalam usrah, daurah..tetapi ia ada dalam setiap detik kehidupan anda...
sama ada anda sedar ataupun tidak.

Ukhuwah fillah..:)
Wallhu A'lam





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...