بسم الله الرحمن الرحيم
Setiap sesuatu yang terjadi pasti ada hikmahnya. Walaupun kadang-kala kita tidak tahu apa hikmahnya kita perlu yakin akannya. Itu lah ayat yang sering terngiang-ngiang dalam kepalaku.
Kalau kita perhatikan dalam cerita ni, Peter Parker telah mendapat taklifan daripada 'Tuhan' untuk menjadi seorang Spider Man bagi menjaga keamanan dunia dengan cara disengat oleh labah-labah. Maka secara tidak langsung, dia telah menjadi seorang yang SANGAT KUAT dan hebat serta mempunyai kelebihan yang sangat luar biasa...Dia seolah-olah nampak dengan jelas apa tanggungjawab yang harus dia lakukan di muka bumi ini.
Dipendekkan cerita, banyak kes-kes dan masalah-masalah yang timbul di dunia yang telah dia selesaikan dan banyak nyawa manusia yang telah berjaya diselamatkan olehnya. Sudah tentu semuanya adalah kerana kekuatan luar biasa yang dia miliki.
Namun pada satu ketika, dia telah diuji dengan satu ujian yang sangat berat untuk dia tempuhi. Dia dikehendaki untuk melakukan satu keputusan yang amat sukar iaitu memilih sama ada cinta sejatinya bersama Mary Jane atau tanggungjawabnya sebagai seorang penyelamat dunia.
![]() |
| [kredit] |
Dalam masa yang sama, datang pula suatu unsur lain iaitu makhluk hitam yang datang dari planet lain ke dalam kehidupan Spider-Man ini di mana kedatangannya adalah yang bertujuan untuk mengganggu 'tugasnya' di muka bumi ini. Malangnya tanpa disedari, makhluk itu telah meresap ke dalam bajunya sekaligus telah mengubah sikapnya menjadi agresif...Dengan keberadaan baju hitam yang baru itu, dia telah menjadi individu yang sangat berbeza.
_________________________________________________________________
Begitu juga dalam kehidupan anda jika anda benar-benar mengetahui tujuan anda dicipta. Anda telah mendapat taklifan daripada Allah untuk menjadi seorang da'ie bagi menjaga keamanan dunia yakni dengan mengamalkan Islam secara amnya. Kesedaran anda untuk menjadi da'ie timbul apabila anda suatu ketika dahulu didakwah (mungkin secara tidak kita sedari) oleh orang di sekeliling anda. Maka dengan keterlibatan anda dalam dakwah dan tarbiyah ini, secara tidak langsung anda telah menjadi seorang yang sangat kuat (baca: qowiy) dari segala aspek dan hebat serta mempunyai kelebihan yang sangat luar biasa masing-masingnya...Anda seolah-olah nampak dengan jelas apa sebenarnya tanggungjawab yang harus anda lakukan di muka bumi ini.
Dipendekkan cerita, dengan kekuatan yang anda miliki banyak masalah-masalah aqidah yang berjaya anda selesaikan (sedah tentunya dengan izin dan bantuan Allah) dan banyak nyawa yang telah diselamatkan dari terus terjerumus ke lembah jahiliyah.
Sedang anda sibuk melakukan dakwah ini, datang satu ujian yang bagi anda amat berat untuk dipikul. Anda dilema dan gundah gulana memikirkan sama ada untuk memilih antara kesenangan dunia (layan drama, bola, game, dll) atau tanggungjawabnya sebagai seorang penyebar risalah tegar.
Di tengah dilema anda, datang pula godaan-godaan manja dan menyerabutkan dari syaitan laknatullah, musuh-musuh agama dan serangan pemikiran dari pelbagai pihak ke dalam kehidupan anda. Di mana, semuanya adalah bertujuan untuk mengganggu tugas anda menjemput orang lain ke dalam Islam. Arakian tanpa disedari, makhluk ini telah meresap ke dalam kehidupan anda. Dengan serangan bertubi-tubi dan godaan yang berterusan ini, anda telah menjadi seorang individu yang sangat berbeza daripada sebelumnya.
Kalau dahulu anda merupakan seorang yang soleh, baik, muhtaram dsb...tapi disebabkan godaan itu, anda telah menjadi seorang yang sangat sombong, pentingkan diri sendiri, suka mengganggu orang ramai, dengki tidak tentu pasal, sering mengikut ajakan hawa nafsu anda. Paling menyedihkan lagi, secara tidak sedar anda sudah semakin jauh dengan Tuhan... bahkan kalau dahulu anda lah yang menjadi seorang penyelamat dunia yang sangat berakhlak, beradab, dikagumi oleh masyarakat, tapi sekarang..anda lah yang membuat segala macam huru hara dalam dunia ini. Atau dengan kata lain, anda lah penyebab kepada lambatnya proses pembinaan semula Daulah Islamiyyah di dunia ini. Astaghfirullah al-'azim...
Hehh..dan semuanya adalah angkara memilih "baju" yang salah untuk dipakai...
.......................................................................................................................................................
What I want you to know that,
Dalam hidup ini ada berjuta-juta godaan yang mungkin kita akan hadapi. Sedarlah anda... bahawa semua kekayaan yg kita kecapi, kekuatan yang kita ada, kelebihan yang kita miliki itu langsung tiada makna sekiranya kita tidak mengurusnya dengan baik, melainkan jika kita salurkan semuanya di jalan yang benar. Jalan yang benar itu tak lain tak bukan adalah Islam itu sendiri. Dakwah itu saaaangat luas...
Ketahuilah, dakwah (islam) tidak memerlukan kita, tetapi kita yang sangat membutuhkan mereka.
Wallahu A'lam
-NinjaMesir-




here comes our friendly neighborhood, spiderman :)
ReplyDeleteNice akhi :)
ReplyDelete