Bismillah
Alhamdulillah...
kehidupan sebagai tahun 1 bidang perubatan sudah berlalu
menjadi sejarah dalam diriku
suka duka senang susah yang lalu..
terpahat kuat dalam memori
menjadi iktibar untuk hari esok yang belum pasti
Kini, tiba untuk ku melangkah ke tahap yang baru
dengan hati yang gembira dalam resah
menanti ujian yang bakal menerkam ku tanpa empati
tidak kira tempat dan waktu
Azam baru yang dibina
akan ku ikat kemaskan dalam diri
berbekalkan semangat yang menggunung tinggi
Kau permudahkanlah segalanya Ya Rabbi
kerana....
segalanya sia-sia tanpa bantuan dari Mu
Pemilik Ilmu dan Alam Semesta.
p/s: Mood baru mula kelas beberapa hari yang lalu. Semoga detik semalam menjadi pengajaran untuk esok hari yang aku pun tidak pasti kesudahannya.
No comments:
Post a Comment