Tuesday, 27 November 2012

SIHAT - Nikmat Yang Tersadai

بسم الله الرحمن الرحيم





Tetiba, teringat ke kampung halaman. Abah kata, ramai adik-beradik abah yang sakit. Sorang menghidap kencing manis. Sorang tu darah tinggi. Sorang lagi dengarnya lagak seperti kena buatan orang. Maklumlah baru lepas naik pangkat. Allah, rasa macam nak balik je. Kalau la sekarang ni dah expert segala ilmu medik bagai, hari ni jugak beli tiket balik Malaysia dan rawat mereka. Allahu Akbar...... moga mereka dilindungi dan dirahmati olehNya selalu.T_T


Pada masa yang sama, sorang sahabat satu sekolah mengalami 'kidney failure' (suspek GN) dan dijangka hari ini akan menjalani pembedahan untuk menerima buah ginjal baru dari kakaknya sendiri. Besarnya pengorbanan seorang kakak kepada adiknya. Moga Allah juga memberkati dan membalas pengorbanan kamu itu dengan syurgaNya. Doaku sentiasa bersamamu. insyaAllah.


Tatkala mendengar dan menganalisis segala berita musibah berupa sakit di sekeliling, aku tiba-tiba tersentak. Tersentak melihat diri sendiri yang sakit dalam sihat ini. Walaupun sakit, Dia masih lagi memberikan peluang kepadaku nikmat untuk bergerak lincah.  Ya! semestinya bukan saja-saja. Dia mahukan ku terus bergerak dan bergerak menyiram hati dan dunia dengan siraman Islam. Fulsetop.



نعمتان مغبون فيهما كثير من الناس الصحة والفراغ 

Dua nikmat yang sering dilupakan oleh kebanyakan manusia iaitu sihat dan waktu lapang


Sudah dua kali hadis ini disampaikan oleh kawan-kawan ku semasa sesi tazkirah di dalam kelas. Mungkin ada orang yang sampai terpaksa menutup telinga kerananya. Tapi kan. Benarkah kita yang mendengar ini sudah memahami makna hadis ini? Adakah kita mengetahui hakikat di sebalik nikmat ini? Sudahkah kita menterjemahkan ilmu yang disumbat dalam telinga saban hari ke dalam bentuk amal? Sungguh  malang sekali bagi orang-orang yang mengetahui ilmu tetapi tidak mengamalkannya.

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakan untuk memahami [ayat-ayat Allah] dan mereka mempunyai mata [tetapi] tidak dipergunakan untuk melihat [tanda-tanda kekuasaan Allah] dan mereka mempunyai telinga [tetapi] tidak dipergunakan untuk mendengar [ayat-ayat Allah]. Mereka itu seperti binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai." ~ 
Al-A'raaf : 179.

T_T.(nak nangis jap boleh)

Ya! sungguh malang sekali. Nikmat yang diberi percuma ini bukan hanya dibalas dengan ucapan "alhamdulillah" sahaja, tetapi sebenarnya ianya lebih lagi daripada itu.

Lebih dari itu.

Nikmat sihat yang diberi adalah untuk kita melaksanakan perintahNya tepat pada waktunya. Juga adalah supaya kita bisa turun berjemaah di masjid.

Nikmat waktu lapang bukan dihabiskan dengan bermain 'Devil of The Animal' atau 'Feet I Feet All' atau marathon di atas kerusi.

Hakikatnya adalah untuk kita bergerak memenuhkan masa yang kosong itu dengan ibadah.

Bergerak beramal mengejutkan 'orang yang tidur'. (sampai terlupa tentang diri sendiri)

Bergerak mencari medan amal.

Bergerak memenatkan diri sendiri sehingga tersilap masuk rumah orang. Eh.







Tentunya, kita akan berasa berat untuk melakukan semua itu.
Seperti piramid dihempap ke atas kepala kita.

Kerana itu, di sini lah fungsinya MUJAHADAH wahai ikhwah wa akhawat.

"Pahala amalan itu dinilai berdasarkan sejauh mana 
kita mampu bersabar apabila diuji (Mujahadah)"


Mujahadah sangat pahit.
Namun, itulah yang harus ditelan
untuk mendapat kemanisan sorga nanti.


Moga terus istiqomah dan tsabat dalam beramal.


~NinOs~

p/s: jangan heranlah kenapa saya berjalan macam angin. Apa yang penting, itu bukanlah tandanya aku sombong. Justeru, itu adalah kerana aku tak tau bila saatnya aku akan mati. Dan setiap detik itu amatlah berharga.^_^

2 comments:

  1. Replies
    1. ada sekali tu..
      sebab penat sangat..
      tertekan loceng rumah bawah (tak bawa kunci)..
      cam tu lah ceritanya..huhu

      *takde la sampai masuk rumah

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...