Saturday, 22 December 2012

AKU NAK BUNUH DIRI. KAU NAK JOIN ?


بسم الله الرحمن الرحيم




Sudah lama rasanya tidak menulis hinggakan berhabuk blog ini. Bukan apa, mungkin kerana saya merasakan diri ini belum lagi terisi, dan mana mungkin benda yang kosong mampu mengisi ruang kosong yang lain. Mungkin juga kerana ketidakdapatan saya mengaitkan segala apa yang berlaku di sekeliling saya dengan kemas dan rapi di dalam sanubari dan korteks cerebrum ku ini untuk diterjemahkan dalam bentuk kata-kata tak bernyawa ini. Maklumlah, saya ini berdarah matematik. (tarik nafas, lap peluh dingin).

Ninja nak bunuh diri? Kau biaq betul? Mengucap akhi
Senyum sampai ke belakang telinga.(:

Sudah kita semua maklum bahawa kehidupan seharian kita banyak diselitkan dengan ujian yang diberi dengan penuh kasih sayang oleh Yang Memberi Ujian sama ada kita sedar mahupun tidak. Ujian itu pastilah berbagai-bagai. Ada yang berupa kesusahan. Ada yang berupa kesenangan. Ada yang berupa amanah. Ada yang berupa masalah. Ada yang berupa kehilangan orang yang tersayang. Ada yang berupa cinta. Ada yang tak de rupa apa-apa. Eh?

Mungkin anda ada tertanya-tanya, kenapa la hidup aku ni banyak sangat masalah (baca: ujian)?

Ujian memang perlu dalam hidup kita, bro. Tanpanya cuba lah anda bayangkan bagaimana ‘hidup’nya seseorang manusia itu. Macam medik lah juga. Cuba anda bayangkan jika exam dimansuhkan. Bagaimana kita mahu evaluate pemahaman ilmu kita dan usaha kita? Dari sini kita akan tahu bahawa ujian ini bukan diberi saja-saja tapi adalah untuk mengetahui sebenar dan sekuat mana iman kita selama ini. Untuk menguji bahawa iman kita bukan iman senipis kulit bawang. Bukan juga iman plastik murah yang mudah dirobek begitu sahaja.


Bagaimana kita menghadapi tekanan daripada ujian yang bertubi-tubi datang tanpa diundang ini?
Adakah kita cukup sabar?
Bagaimana kebergantungan kita dengan Yang Meleraikan Kekusutan?


Bagi mereka yang benar-benar beriman, mereka akan menganggap segala masalah itu sebagai satu ujian bagi mereka. Di saat mereka merasakan diri mereka lemah dan tidak berdaya menghadapinya, mereka akan mencari dan meminta pertolongan hakiki dari Allah Yang Maha Menyelesaikan. Hasil daripadanya, mereka akan kelihatan tenang dan selamba sahaja. Tiada tanda2 kerisauan dan kegundahan terpancar dari wajah mereka walaupun dugaan dan masalah bertimbun-timbun dan sebesar gunung sekalipun. Mereka yakin selepas setiap kesusahan pasti ada kesenangan. Anda tidak percaya wujudnya manusia-manusia seperti ini? Mungkin anda boleh selak semula sirah perjuangan Rasulullah dulu. Anda tahu bukan bagaimana peritnya ketika dakwah baginda ditentang dan dihalang? Dipulau selama 3 tahun. Tidak dibenarkan berurus niaga dengan baginda dan pengikutnya. Dan macam-macam lagi kisah sahabat-sahabat lain.


[Kredit]


Namun ramai juga yang bertindak sebaliknya. Mereka tidak menganggap masalah itu sebagai satu ujian sebaliknya mempersoalkan segala masalah itu. Mereka akan mencari jalan untuk menenangkan diri dari keserabutan tadi dengan melakukan perbuatan yang melanggar syariat. Yang sia-sia. Perbuatan yang mereka anggap dapat memberi ketenangan tapi hakikatnya adalah ketenangan palsu. Sampaikan ada yang sanggup ‘membunuh diri’ kerana terlalu stress. Apakah?

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama-suka di antara kamu. Dan janganlah kamu membunuh dirimu; sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu.
(an Nisa': 29)


Kalau saya cakap bunuh diri mesti anda terfikirkan orang terjun bangunan, telan pil tidur overdos, gantung diri kat kipas, kerat leher, bukan?

(peluh kecil membasahi badan)

Iya, semuanya benar-benar belaka.

Namun, tahukah anda perbuatan membunuh diri yang disukai ramai?
Ce teka..ce teka



____Krik Krik Krik____



Itulah rokok...

(Dush..Habis lah saya lepas ni. Kena pulau, kritik habis-habisan)

Fakta keburukan merokok sudah anda ketahui. Jadi tidak perlu lah saya ceritakan di sini.


Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) untuk (menegakkan) agama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan, dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.
(al Baqarah: 195)

(jantung bagai luluh menerima kata-kata pedas ini, cili nya terlebih, seperti masakan orang nogori)

Jadi, fikir-fikirkan lah.

Anda dan saya boleh berubah.

Andai azam kita itu kuat seteguh gunung sehingga boleh menundukkan nafsu dan syaitan, musuh utama kita.


Kerana Allah itu menguji kita untuk melihat siapa yang TERbaik amalan. Bukan hanya yang baik amalannya sahaja.

Sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang ada di bumi sebagai perhiasan baginya, agar Kami menguji mereka siapakah di antara mereka yang terbaik perbuatannya.
(al Kahf: 7)




salam ukhuwah  ^_^

~NinOs~

p/s: aku bukan lah yang terbaik namun aku bertanggungjawab menegur dirimu dan diriku. Janganlah kamu memandang siapa yang berkata, tetapi lihatlah apa prinsip hidupnya. 

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...