بسم الله الرحمن الرحيم
Allahu
Akbar… Sedarkah anda bahawa kita adalah sebaik-baik kejadian? Manusia yang jauh
lebih baik daripada seluruh alam dan seisinya. Tahu kenapa? Kerana satu je.
Iaitu AKAL.
Ye
akal.
Dengan
akal, kita boleh jadi lebih kuat daripada gajah.
Dengan
akal, kita boleh menjadi sepantas cheetah.
Dengan
akal, kita boleh cipta macam-macam alat untuk kemudahan diri kita.
Jika
dahulu kita perlu ber-surat-menyurat. Tapi, kini kita hanya perlu taip dan
dalam masa beberapa detik, mesej sudah sampai ke pihak yang menerima. Ajaib.
Kalau dahulu kita perlu berjalan kaki untuk pergi dari satu tempat ke satu
tempat yang lain. Kini, kenderaan canggih telah dicipta yang sangat memendekkan tempoh perjalanan.
Dengan
akal kita boleh bezakan mana baik dan mana buruk.
Namun,
amatlah teruk jika kita tidak menggunakan anugerah yang Tuhan berikan ini untuk
mengenal dirinya malah tidak untuk mengenal Pencipta nya. Tidak digunakan untuk
berfikir tentang matlamat sebenar manusia diciptakan. Tidak diperah untuk
berfikir mengenai bukti-bukti kebesaran Allah Yang Maha Teliti. Yang Maha
Memiliki. Yang Maha Penyayang dan
Pengasih. Malah tahap keterukan itu lebih teruk daripada binatang.
Eh, ini
bukan saya kata okeyy.
“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan
dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk
memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak
dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka
mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat
Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat
lagi. Mereka itulah orang-orang yang
lalai.”
(al A’raf:179)
Kerana
akal ini tidak mengenal Tuhan, segunung masalah sosial melata berkeliaran di
seluruh dunia.
Ah.
Lihat di Malaysia sudah cukup. Keadaan sebelum, semasa dan selepas sambutan
tahun baru dan sambutan merdeka. Punoh. Meloncat-loncat ‘kegembiraan’.
Berbotol-botol arak bersepah di jalanan. Tercalarnya maruah wanita oleh janji
janji kaum dari Marikh ini. Dan perkara ini tidak akan selesai jika kita hanya
goyang kaki sambil minum teh melayan drama Korea selepas tamat exam..err. Dengan kata lain,
nothing will change if we do nothing. Seperti kata orang, Silence is Betrayal!
Fulsetop.
______________________________
Di
suatu malam yang dingin, sedang asik membaca buku Biokimia dan memahami setiap
butiran-butiran ilmu yang kompleks tentang metabolisma dalam badan manusia,
tiba-tiba terasa ada sesuatu yang menyentap hati saya. Ya. Betapa teliti, halus
dan bijaksana nya Allah mentadbir sistem tubuh badan kita. Sebagai contoh,
makanan yang kita makan setiap hari bukan tiba-tiba menjadi darah daging kita.
Tetapi perlu melalui berbagai-bagai proses pengecilan, perubahan struktur molekul, melalui
pelbagai laluan, penggabungan dengan elemen lain. Elemen ini pula sesetengahnya
perlu dibantu oleh elemen2 lain untuk mengaktifkan fungsinya. Cuba anda
bayangkan setiap jenis nutrisi pemakanan mempunyai proses2 nya yang tersendiri. Bukan kah banyak kalau
begitu? Tidak pula cerita jika nutrisi tersebut berlebihan, maka akan ada
mekanisma maklum balas (feedback mechanism) lalu akan disimpan di dalam organ
dan ada pula yang akan dibuang daripada badan. Lebih hebat lagi, setiap proses
nutrisi2 ini saling berkaitan antara satu sama lain! Wah.Subhanallah!
Ini
baru cerita bab penyerapan makan oleh tubuh. Belum cerita bab sistem saraf,
sistem respirasi dan lain lain.
Pernahkah
anda terfikir sejenak bagaimana Allah melakukan semua ini tanpa perlu dibantu
sesiapa pun, mengawal sistem2 ini untuk berbilion manusia? Tatkala anda dapat
merasakan semua ini adalah tidak lain tidak bukan adalah kekuasaan dan
kehebatannya, tidak semena-mena hati anda akan terasa sebak, mata mula digenangi air
mata, tubuh tiba-tiba terasa longlai tidak bermaya, menghina diri yang
saaaangat kerdil dan tidak berdaya ini. Namun diri kadang kala tetap
mengingkari suruhan Dia. Kenapa begitu wahai diri?
Dengan mengambil ibrah daripada kehebatan Allah ini,
kita akan sedar bahawasanya tidak layak bagi kita untuk bermegah dengan urusan seharian yang disusun,
aktiviti2 yang kita lakukan dan program2 yang kita anjurkan. Kerana semuanya
akhirnya, tanpa bantuan dariNya, segala yang kita rancang boleh jadi tiba-tiba
menghadapi pelbagai masalah kerana tidak sesempurna aturan tuhan. Dan hanya dia
lah jua yang layak bermegah kerana tiada sesiapa lagi yang lebih berkuasa di
atasnya.
“Adakah orang yang mengetahui bahwasanya apa yang diturunkan
kepadamu dari Tuhanmu itu benar sama dengan orang yang buta? Hanyalah
orang-orang yang berakal saja yang dapat mengambil pelajaran”
(ar
Ra’d: 19)
“Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?"
(ar
Rahman:13)
“Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, mereka akan
ditimpa siksa disebabkan mereka selalu berbuat fasik.”
(al An’am:49)
Jangan pernah berbangga diri
kerana kita hanya hamba yang hina
Carilah ibrah di setiap situasi
kerana itulah bukti akal mu masih ada
Wallahu A'lam.
~Ninja
Osem~