Tuesday, 19 February 2013

Oh, Sakitnya!



بسم الله الرحمن الرحيم



Masa berjalan dan terus berjalan meninggalkan kita sama ada kita sedar atau pun tidak. Semakin lama memerhati dan meneliti ciptaan Tuhan ini, semakin besarnya aku melihat kebesaran Allah dan kemampuan Allah mencipta makhluknya dengan pelbagai kelainan. Terutamanya manusia. Manusia yang diciptakan dengan pelbagai personaliti. Pelbagai ragam. Pelbagai kerenah. Pelbagai kelebihan. Pelbagai kelemahan. That's why He says that we need to know each others, build relationship because no one can live alone. 



Hari ini, aku terfikir sesuatu. Bahawa manusia lebih banyak yang suka mengkritik atau meng’komen’ daripada menyokong atau memberi semangat, bukan? Adakah benar apa yang aku lihat? Atau itu hanya imaginasi aku? Kalaulah benar dan jika situasi ini berpanjangan, aku tertanya-tanya bukankah secara tak langsung minda kita akan mudah dinegatifkan dengan kata-kata kritikan tadi sekali gus membunuh keyakinan seseorang? malahan menimbulkan rasa rendah diri yang amat dalam diri orang yang dikritik. Tetapi, yang pastinya kritikan ini agak sukar memberi kesan untuk mereka yang punya sikap optimis dan minda yang positif. Tapi adakah itu satu alasan untuk kita mengkritik orang? 







Ya, saya tahu mungkin untuk sesetengah pembaca atau mereka yang menganggap point saya ini kolot dengan alasan-alasan yang boleh diterima akal.. alah, ni kritikan membina kot! takkan tak boleh kritik langsung dan macam-macam lagi. Tetapi saya fikir, tentunya anda belum menghayati sirah Nabi Muhammad s.a.w. Setahu saya, baginda tidak pernah mengkritik ummatnya malahan juga kaum musyrikin semasa hayatnya. Malah Baginda sentiasa berbuat baik kepada kaum muslimin hatta musyrikin sekalipun. Kata-kata yang terpancul dari mulut baginda penuh sopan dan lembut. Bukankah idola yang sentiasa anda canang-canangkan itu adalah Rasulullah? Gulp… 



Teringin sekali aku ingin bertanya, adakah kita menganggap diri kita sudah sempurna? atau lupakah kita bahawa manusia itu punya HATI? dan hati itu jika terguris lukanya bukannya seperti terhiris pisau, parahnya bukan sekejap malah mungkin memerlukan antibiotik yang agak kuat untuk menghilangkannya bagi sesetengah orang. Bagaimana jika kita berada dalam situasi orang yang dikritik itu? tentu geram sungguh anda bukan? walaupun anda tahu kata-kata mereka itu mungkin ada benarnya...



Apapun, semuanya berbalik kepada IMAN. Ya, mungkin anda tidak berapa nampak apa kaitannya. tapi, Iman lah yang akan memandu setiap gerak geri dan percakapan kita. Kedua-duanya, jika tertanam teguh iman di dalam jiwa, akan membuah hasil yang luar biasa. mereka yang mengkritik akan lebih berhati dalam melontarkan apa-apa kata dari mulut mereka. Mereka akan sentiasa berjaga-jaga agar kata-kata mereka tidak melukakan hati mana-mana pihak apatah lagi jika pihak itu adalah kawan mereka sendiri. Malah jika orang yang dikritik pula, dia akan cuba mentafsirkan rejaman kata-kata tadi menjadi hadiah yang cantik dibungkus dengan pembalut pink..o.0. Kata-kata itu akan mereka jadikan muhasabah agar dikemudian-harinya mereka menjadi manusia yang lebih baik dari kelmarin. 


Benar sekali, ingin mencontohi akhlak Rasulullah agak payah. Namun, kita harus cuba mencontohi baginda. kerana itu bukti kita sayang Nabi, bukan?


Kata-kata positif lebih baik daripada kata-kata negatif dalam menasihati manusia. Lain lah kalau dia sudah tegal dengannya. 



"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk."

( An Nahl: 125)



وعن أبي هريرة رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : " الكلمة الحكمة ضالة الحكيم فحيث وجدها فهو أحق بها " .


Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Kalimah yang mempunyai hikmah adalah sesuatu yang hilang daripada orang yang bijaksana, di mana sahaja dia mendapatinya maka dialah yang lebih berhak dengannya.”



Benar lah juga, kata-kata itu lebih tajam dari pedang.

Allah Lebih Mengetahui. 


~Ninja Osem~
Beit alFateh
Cairo Uni.



2 comments:

  1. salam.. kiranya bukan x boleh mengkritik tp dengan cara berhemah dan hikmah dan tutur kata itu datang dri iman kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam...
      aiwah..
      kelembutan tidak akan pernah kalah dengan kekerasan.

      kerana kita bukan mengkritik robot tapi manusia...(:

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...