Saturday, 16 February 2013

Please! Don't Come Back


بسم الله الرحمن الرحيم





Masih segar di kotak fikiranku
suatu ketika dahulu
aku dikelilingi jahiliyyah, tepu
buntu tiada arah tuju

Suatu hari aku bertemu mereka
entah kenapa kurasa tidak kena
semangat mereka membara
menyedarkan kami dari angan dunia

Kini waktu mereka hampir tiba
tiba giliran aku menyambung kerja tidak bergaji ini
namun musuh hakiki sering berbisik di telinga
apakah bisa aku mewarisi perjuangan ini
andai noda menggunung tinggi

aku masih baru meniti
cukup kuatkah aku menempuhi 
jalan yang tiada titik noktah ini
jalan berduri yang menyakitkan jiwa dan emosi

tunjukkan aku jalan
pimpin diriku wahai teman.


ok.cukup berpuisi.cukup.

______________________________



Kata seseorang yang mengetahui dalam dirinya ada jahiliyyah, namun sukar sekali untuk membuangnya,



"ana lemah sangat ni akhi , ana baru lagi dalam dakwah ni"

"ana ni susah sangat nak buang jahiliyah , banyak benda buruk yang masih menghantui hidup ana"
"ana ni ayah je qowiy, tapi ana.. ah..tak tau la cam ne"



Dialog yang mungkin berlaku antara anda dan kawan anda. ok. mungkin tak se drama itu. 



Pernah aku menge-post di mukabuku,

'Di mana ada kebaikan(iman), di situ lah ada (jahiliyah) yang akan sentiasa mencari peluang utk menjatuhkan kita...

Ibarat bermain tarik tali...pasukan mana yang lebih kuat, dialah yang akan menang...'





Selamat tinggal jahiliyah. perpisahan ini sebenarnya bukan perpisahan selama-lamanya. kerana boleh jadi jika anda rindukan jahiliyyah tersebut, anda akan berlari-lari mencari dan mendapatkan jahiliyyah yang sudah lama anda tinggalkan.  


Siapakah yang tegar memisahkan anda dengan jahiliyyah itu? 

Tak lain tak bukan adalah iman yang memenuhi dada.






Satu analogi mudah. ok mungkin sedikit kebudak-budakan dan merepek. Tapi dapat menggambarkan situasi antara kuasa positif dan negatif ini.


Pernah kah anda membuka peti ais? (soalan yang tak patut di soal kan?)
pasti anda memikirkan jus Juhayna yang menyelerakan, dan lauk pauk untuk di masak, bukan?
cuba bayangkan di dalamnya ada seekor gajah? eh



Dapat bayangkan? (anggaplah peti ais tu sebesar gajah)


Sekarang , bagaimana hendak memasukkan zirafah ke dalam peti ais tersebut?


" buka peti ais , dan masukkanlah zirafah "

" rasanya macam menzalimi haiwan la pulak "

" hurmm , suruh kawan belikan peti yang boleh muat 2 binatang tadi?


ok, skema jawapan tadika


untuk masukkan zirafah ,

1. buka peti ais
2. keluarkan gajah
3. masukkan zirafah
4. tutup peti ais


Mudah bukan? Nah. Begitu juga Sekiranya kita mahu memasukkan iman dalam jiwa kita . Pertama-tamanya, mesti mesti mesti keluarkan jahiliyah dari hujung rambut sehingga kuku kaki kemudian masukkan zirafah lepas tu tutup pintu ketat! (ok.terasa seperti telah menghambarkan diri sendiri.huh.)




Ia bermula dengan membuka pintu hati untuk berubah, bermula dengan kesedaran dan kemahuan untuk berubah. Ramai orang gagal berubah bukan kerana tidak mampu , tetapi tidak mahu. Ada orang berubah sebab trend persekitarannya maka apabila trend di sekitarnya tiba tiba merokok, dia turut menjadi perokok! bila sekelilingnya ramai yang memakai purdah, dia turut memakai purdah. apakah ini? adagolongan manusia yang berubah sebab seseorang , ada juga yang berubah kerana segan murabbi update mutaba'ah amal , ada pula yang berubah sebab ayah suruh , ada yang berubah sebab nanti tak boleh BM argh ! maka apabila murabbi , ayah dan sesiapa sahaja telah hilang , dia akan kembali ke alam jahiliyah .


ya, keyword pertama : mahu berubah, kerana .. Allah



الفتور بعد المجاهدة , من فساد الإبتداء

futur selepas mujahadah , adalah disebabkan fasad (rosaknya) permulaan


atau dalam bahasa kita kita ,
kembali kepada jahiliyah selepas menemui iman adalah disebabkan perubahan yang kita lakukan itu bukan kerana Allah. Apa anda tidak pelikkah Bilal r.a boleh dengan selambanya diseksa sebegitu hebat tapi lagilah dia sakitkan hati penyeksanya dengan menyebut " ahad ! ahad " ? anda tahu tidak Khabbab r.a itu disikat belakangnya dengan sikat besi? tidak kah anda merasa mereka itu sumpah tough?! Mengapa mereka boleh menjadi sekuat demikian? Nah. Tak lain sebab sucinya permulaan mereka! sebab kemahuan mereka diorientasikan kepada Allah , satu sahaja tiada selainnya .



ok , anda sudah mahu berubah?


# Maka sila ke step yang kedua, kita perlu keluarkan gajah! 


apa anda ingat senang ke nak rembeskan jahiliyah ini? 


Kerana itu MUJAHADAH lah. kerana Allah nilai usaha anda, bukan hasil. Apabila Buanglah jahiliyah itu mengikut kadar iman anda kerana anda lebih mengetahui dan faham urusan dunia anda



Lintasan hati, kemahuan dan keazaman untuk berubah itu lain. Yang akan memastikan anda akan berubah adalah hanya dengan keazaman.





# Kita ke step yang ketiga.. masukkan iman sebagai pengganti jahiliyah


inilah step yang seringkali seseorang itu lupa.
Ramai orang mudah sahaja meninggalkan jahiliyah sekelip mata selepas daurah dan ceramah agama, 
tapi satu kesilapan yang sumpah besar bila lupa untuk menggantikan jahiliyah itu dengan iman.





Sedarilah, iman tidak dibina dengan dua tiga minit kemudian declare saya sudah dipandu iman. yeah!! Anda tahu bukan.. 

Abu Dzar r.a pernah ditegur Nabi s.a.w apabila dia memanggil Bilal r.a dengan gelaran 
"yabnatu sauda" ataupun "wahai anak lelaki kepada perempuan yang hitam". 
Tahu apa yang nabi sebut?
"dalam diri engkau ni ada jahiliyah!"



Kalau anda teliti benar-benar flow sirah dalam raheeq makhtum itu, anda akan dapati bahawa semangat perkauman kabilah arab ni berterusan sehinggalah wafatnya Nabi s.a.w! padahal mereka ini adalah ahli badar, orang orang yang dijamin syurga, ahli bai'at ridhwan, saabiqun al-awwaluun!! kita? mengeluh kecil.


pembinaan iman ini adalah berterusan. Tapi yang jelas kita tidak akan mampu untuk menjadi sempurna!


# Step yang terakhir dan paling penting! (ah. actually semua step penting)


Pastikan anda menutup pintu peti ais, jangan bagi zirafah keluar walaupun sekadar menjenguk dengan leher nya yang jinjang itu. Apatah lagi ingin merayu sambil mengatakan, "please lah beri peluang pada gajah untuk kembali dengan aku ini ",



jangan sesekali anda membiarkan jahiliyah menghantui hidup anda, walaupun sekadar mengisi waktu lapang. Maka timbul pula persoalan baru, bagaimana mahu memelihara keketatan pintu peti ais ini?


ada empat element penting dalam sirah , bagaimana mereka mampu memelihara iman


1. sentiasa mendekati Quran
2. bersahabat dengan teman teman yang soleh
3. hidupkan diri kamu dalam suasana solehah

Sebuah menara tidak akan tertegak jika kontraktor menyusun batu bata, memasang simen dan keluli. Pada waktu yang sama meruntuhkan semula menggunakan bulldozer! 




Hipokrit hanya membinasakan diri sendiri
untuk berubah, anda kita perlu ikhlas kerana Allah!



p/s: tiada manusia sempurna. Tapi dakwah itu harus terus berjalan. 


Allahu A'lam


~Ninja Osem~



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...