Showing posts with label Friendship. Show all posts
Showing posts with label Friendship. Show all posts

Saturday, 14 July 2012

Memori Terindah GenIIus

بسم الله الرحمن الرحيم


Alhamdulillah...syukur tak terhingga kerana Engkau telah menghantar aku ke sini
bumi baru Mesir
mendalami rahsia kejadian manusia
yang tersembunyi di dalam kitabMu
bersama sahabat-sahabat ku
yang sungguh menyentap diri ini


Manusia  tidak akan mampu duduk sendirian tanpa seseorang di sisi
Nabi s.a.w. memerlukan Khadijah dan sahabat untuk membantu usaha-usaha dakwah baginda
Seorang ketua memerlukan anak buah untuk melancarkan segala urusan organisasi
Seorang pemain hebat memerlukan ahli sepasukan untuk tampil garang dalam perlawanan
begitu juga aku
yang memerlukan sahabat untuk menyusuri liku kehidupan di sini



Terasa terlalu cepat masa berputar
meninggalkan kenangan indah 
manis pahit ukhuwah yang terjalin antara kita
segalanya adalah kerana Allah
segalanya disatukan pada satu malam yang gemilang
yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata

Night Of Cultural Assimilation
GenIIus Members


Sahabat-sahabatku,
kamu tahu?  aku sangat menyayangimu 
mencintaimu atas nama ukhuwah kerana Allah
mungkin kamu tidak tahu
bahawa aku sangat mengagumi anda semua
terlalu banyak yang ingin aku contohi daripada kalian
cuma aku tidak tahu bagaimana ingin meluahkan kepada sahabatku
kerana itu, cukuplah dengan kamu mengetahui 
kamu lah yang membuatkan diriku ini mampu tersenyum bahagia
meskipun tidak secomel Kimi Dzulkifli...=)

Aku sangat mengharap bahawa suatu hari nanti...
anda lah yang akan menemaniku di syurga yang kekal abadi
memimpin tangan, mengejar redha Ilahi
menegurku, membimbingku tika aku jauh dariNya
menghulurkan tanganmu saat ku jatuh tersembam...
mengenggam erat tanganku dikala aku hampir terjerumus ke lubang jahiliyah...
mendakapku, menghapuskan air mataku saat aku keseorangan...

Semoga bertemu dan berpisahnya kita adalah keranaNya kerana salah
satu golongan yang dilindungi di bawah Arasy Allah di akhirat kelak adalah
pemuda yang bertemu dan berpisah kerana Allah... Ketahuilah bahawa 
persahabatan itu adalah anugerah Allah yang terindah andai ia disimpulkan di atas
dasar taqwa... 

Sabda Rasulullah S.A.W. : "teman yang paling baik adalah
apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar 
kata-katanya menambahkan ilmu agama dan melihat gerak-gerinya 
teringat mati"... 


Sahabatku! 
Andai suatu masa nanti aku lena tanpa jaga, kau iringilah lenaku
dengan kalungan doamu... doakanlah agar aku dapat bertemu semula
denganmu di pintu syurga Firdausi nanti... bersama memimpin tangan
sambil mengukir senyuman manismu itu...



Terima kasih kerana sudi menjadi sahabatku walaupun engkau tahu
betapa kurangnya diriku ini... 
maafkan aku andai diri ini pernah menyakitimu tanpa aku sadari
sesungguhnya aku benar-benar 
mengasihimu dan menyayangimu dengan sepenuh hatiku kerana
Allah... 

Doakan aku dalam doamu
moga kita ditemukan kembali


~Uhibbukum fillah abadan abada~




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...