Monday, 25 March 2013

Mesin Masa

بسم الله الرحمن الرحيم



Pernah tengok tak cerita Jimmy Neutron? Dalam satu episod tu, dia ada cipta satu mesin masa. Mesin yang membolehkan dia pergi ke masa lampau untuk memperbaiki kesalahan dan kesilapan ia pada masa lampau supaya keburukan yang muncul hari ini dapat di-reverse-kan.


Atau pernah tidak anda menonton cerita bersiri 'Heroes', di mana watak Jepun, Hiro Nakamura mempunyai kuasa yang dapat merentasi masa lampau dan masa depan. Dengan kuasa ini lah, dia dapat pergi ke masa silam untuk memperbetulkan atau mengubah keadaan/ situasi supaya masalah pada masa kini tidak berlaku.

Dia juga berkebolehan untuk merentasi masa depan untuk melihat adakah tindakannya masa kini merupakan tindakan yang benar. Jika tidak, dia akan mengubahnya supaya kejadian yang tidak diingini hasil tindakannya itu tidak terjadi.

Kredit


Fuhh! Best kan kalau kita dapat merentas masa macam tu? =)

Ah, kau ni! Merepek la.

Sudah pasti anda tahu bahawa perkara ini mustahil akan berlaku pada kita yang hidup di alam realiti ini. Kenapa Allah tak jadikan je mesin masa ni? Boleh la kita pergi time tahun satu dulu. Ubah perangai jadi rajin. Pastu, tak payah la ulang tahun satu kan?. Tak payah la kena dur thani.


Oh tidak. Sama sekali tidak.
Kalau lah ada mesin masa, tentu lah tiada kesalahan yang berlaku di bumi.
Sebab semuanya boleh diundur semula.

Kalau lah ada menusia yang boleh merentas masa,
tentu lah akan berlaku penyelewengan sesuka hati kerana mereka dengan selamba mengubah keadaan mengikut nafsu mereka.

Kalau lah ada mesin masa,
sudah pasti dunia tunggang terbalik
hancur, rosak dengan tangan manusia.


Semalam, berlaku kecurian yang melibatkan pelajar Malaysia di Mounira. Kehilangan 3 laptop, ipad 2, handphone, hampir 400 USD dan 1000++ LE.

Innalillah.

Kepada mangsa kecurian, bersabar lah walaupun aku tahu ianya bukan perkara yang mudah. Duit yang penat kita kumpul untuk membeli aset2 tersebut, elaun yang diamanahkan hilang itu bukannya sedikit.
Tapi Allah kata:


"Wahai orang2 yang beriman, mohon lah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah bersama orang2 yang sabar"
(Al Baqarah: 153)


Setiap kejadian ada hikmah yang sengaja disembunyikan Allah.
Carilah.
Mungkin ianya berlaku kerana dosa-dosa kita.
Denga berlaku perkara tersebut, Dia expect kita lebih banyak beristighfar kepadaNya.
Mohon ampun kepadaNya atas dosa-dosa kita selama ini.
Dia rindukan rintihan hamba-hambaNya.


Mungkin juga Dia ingin menguji keimanan kita.
Dia ingin melihat adakah sama syukur kita tatkala kita senang dan susah?
Dia barang kali ingin mengangkat darjat iman kita menjadi lebih tinggi, mungkin?




"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan , kami telah beriman, dan mereka tidak diuji?" 
(Al-Ankabut: 2)


Rezeki kita tak kan ke mana kalau dah memang kita punya. Rezeki kita Allah tak beri pada orang lain. dan rezeki orang lain Allah tak beri pada kita.

Cara Allah tu terlampau banyak.
Yakinlah Allah sedang sediakan yang lebih baik dan yang terbaik untuk anda! =D



Untuk kita yang masih diberi nikmat ini, bersyukur lah. Gunakan nikmat yang Allah beri dengan sebaiknya. Gunakannya untuk Islam. Kerana orang yang bersyukur itu, Allah akan tambahkan nikmat ke atasnya. Jangan sampai Allah tarik semula nikmat2 ini, baru kita nak menyesal dan bersyukur.


Sungguh, malang itu tidak berbau. Even yang wangi pun tak berbau kalau hidung tersumbat.
Sentiasa lah berjaga-jaga.

Hidupkan rumah denga ibadah.
Hidupkan rumah dengan sunnah.
Hidupkan rumah dengan al Ma'thurat.


Ma'thurat? nampak simple tapi tu la usaha kita untuk melindungi diri kita.

Pernah suatu ketika dulu, ada seorang yang mengamalkan ma'thurat. Suatu hari dia terlupa mengamalkannya. Dengan takdir Allah, pada hari itu lah dia dijemput Allah dalam satu kemalangan. Ini cerita benar okeyy. Pernah dengar dari seseorang, tapi tak ingat sape. 






Keep your eyes open.

Peace ^_^

Wallahu A'lam.


Ninja Osem
Beit Al Fateh
Cairo U



p/s: selalu la refleksi diri. jangan disalahkan orang lain. Ingat, Allah sangat sayang pada anda! =)
Belajar lah jadi detektif. Tengok cerita detektif conan boleh membantu. Sangat berguna dan mustahak di Mesir. :p


Tuesday, 19 March 2013

Pulanglah Dikau Dengan Aman




Permata yang bersinar suatu ketika dahulu
yang mana
sinarannya menyilaukan mata yang memandang
kerana keelokan amalnya
kethabatan langkahnya
kekuatan jiwanya
kegilaan semangatnya
dalam dakwah dan tarbiyah
dalam jalan yang sumpah panjang ini
jalan yang pernah dilalui oleh junjungan mulia kita,
telah menyempurnakan Syahadatul Haqnya
telah kembali ke pangkuan Tuhannya
bergembira di sana


Kenalan rapat
Sahabat seperjuangan
malah mereka yang tidak mengenali arwah
terkesan dengan kepulangannya ke rahmatullah

mana tidaknya
semua nya menceritakan dengan tentangnya
tentang amal solehnya
tentang komited nya dalam TnD

tentang semangatnya yang gila2
tentang keramahan tingkahnya
tentang bagaimana hidupnya dihabiskan utk dakwah
lihat saja kalam terakhinya

walau jasad nya sudah tiada
namun kebaikannya tidak putus
terus menerus diceritakan oleh manusia
seperti viral!



Aku? Kita?
sudah cukupkah amal kita?
sudah terlaksanakah misi yang digariskan olehNya untuk kita?
andai kita dijemput pulang esok,
sudah bersediakah kita?
mati itu tidak mengenal usia
tua atau muda
ketika belajar atau sudah bekerja,
tahu?

dan kita masih lagi dalam keadaan diri kita sekarang?
melarikan diri dari DnT
mencipta sejuta alasan
sampai bila?

Siapa kita sebenarnya?
Muslim yang belajar?
atau
Pelajar Muslim?


"Belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka)? Dan janganlah mereka (menjadi) seperti orang-orang yang telah menerima Kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras, dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang fasik." 
(Al-Hadid: 16)






Wednesday, 13 March 2013

Halwa #1: IKRAMUL KAREEM


بسم الله الرحمن الرحيم






Ya Allah,
Aku sedar kemaksiatanku padaMu selama ini,
aku cuba yang terbaik untuk menghindari
namun kadang aku kalah dengan nafsu ku sendiri
Ampuni aku
Ampuni aku.

Entah kali ke berapa aku memohon ampun dariMu
terpaksa menebalkan muka ini
malu Ya Allah, aku malu denganMu
Namun Engkau tetap mengampuniku
Sungguh, Kau Maha Penerima Taubat
Matikanlah aku dalam husnul khatimah
Ku ingin sekali memasuki jannahMu
Ku ingin sekali melihat wajahMu.



Ninja Osem
Beit Al Fateh
Cairo U






Wednesday, 6 March 2013

Comfort Zone

بسم الله الرحمن الرحيم



Musim sejuk akan menutup tirainya tidak lama lagi. Kedinginan bayu nya tidak sesejuk dulu. Jika dulu, baju yang dipakai mesti sebanyak empat lapis. Kini, dua lapis sudah memadai.

Di keheningan malam itu, Uqbah sibuk menyiapkan assignment nya. Bait-bait ditaip laju dengan papan kekunci laptop barunya. Toshiba L855. Baru dibeli di Bustan Mall dengan harga 4300 genih. Berbaloi  juga harganya dengan kapasiti RAM 8GB berkelajuan i5. Bukan suka-suka dia membelinya. Ingin menunjuk jauh sekali. Tetapi tidak lain hanya ingin melajukan lagi kerja-kerja yang dipertanggungjawabkan ke atasnya. Lagi-lagi jika memerlukan penggunaan Adobe After Effect. Bukan kah masa itu seperti pedang?


Entah kenapa, malam itu Uqbah rasa semacam. Fikirannya kacau. Risau memikirkan keadaan dirinya sekarang di bumi Anbiya itu. Dia merasakan dirinya di sini seperti hanya mengikut derasnya arus. Di tolak ke kanan, ke kanan lah dia pergi. Di tolak ke kiri, ke kiri lah. Pantaskah?







Bait-bait ditaip lagi. Sesekali dia merehatkan tangannya dengan mematahkan sendi2 jarinya. Secawan kopi di atas meja dihirupnya. Kemudian, kerja diteruskan kembali. Sudah hampir 90 % siap. Namun, fikirannya menerawang. Bukan pada kerjanya. Teringat akan memori lamanya sebelum berangkat ke Mesir.




'Eh, Uqbah! Apa yang kau termenung kan ni? pikirkan si dia ke? huhu' Amin mengusik.

Amin mengambil posisi 3 pointer. Men'target' sasaran. Kemudian, melambung bola ala-ala stail Kobe Bryant. Masuk. Clean. Puas. Termasuk kali ini, sudah 10 kali mata 3 pointer dikebas. Mana tak nya, dahulu di Greenfield, dia pernah mewakili High School di sana. Antara pasukan kegemaran ramai.

'Eh, enta ini. Kalau usik ana johan heh. Tak de la, akhi. Diri tak setel lagi, nak pikir ber BM.' kata Uqbah sungguh.

'Habis tu, apa yang ekau fikirkan ni? Nampak jauh benar tenungan kau tu'

'Ana risau la Amin. Takut ana 'hanyut' nanti di Mesir.'

'Hanyut? Apa yang nak dirisaukan. Mesir bukannya banyak sungai.'

Amin berehat sebentar. Penat. Lagi penat dari bermain  futsal. 

' ==" ishh, enta ni. Memain pulak dia. Bukan apa, selama ni kan kita duk dalam sekolah je. Kat sekolah ada orang jaga tingkah laku kita, amal kita. Kat sana siapa yang akan jaga? Ikhwah pun tak ramai'

'Enta la yang kena ramaikan. kan3? ^_^ '

'Ana ni bukan qiadah pun dulu kat sekolah. Ilmu2 pasal ni ana tak de pun'

'Ilmu ttg ni kadang2 diajar pun tak menjadi. Enta kena try and error je'

'Susah lah akhi. Takut nanti futur memanjang tak bangkit2'

'Yakin denga kebolehan kau tu, Uqbah. Kau lebih kuat dari sangkaan kau sendiri. Kalau futur tu, tengok balik niat kau. Mungkin niat kau salah sebab bukan kerana Dia.' Amin memberi taujihat nya.

'Ada benarnya kata-kata kawan ana ni.' bisik Uqbah dalam hati.

'Paling penting, jangan kau terpengaruh dengan keadaan sekeliling. Kau yang kena bina bi'ah. Bukan bi'ah yang memanipulasi kau. Jadilah seperti ikan. Masinnya laut tak sedikit pun menjejaskan keenakkan nya'

'Macam mana nak jadi sekuat ikan?' 

'Dalaman kau kena kuat. Walau sibuk mana pun kau, jangan pernah lupa hubungan kau dengan Allah. Kalau hubungan kau dengan Allah tak kuat, sehebat mana pun kau nanti kau akan mudah berputus asa.'


'Terima kasih banyak Amin. Enta ni...... special. Moga kita sama-sama masuk sorga.' kata Uqbah dengan penuh keikhlasan.


'insyaAllah.. Jom sambung main.'

Uqbah men-shoot bola. Backshot. Tup. Masuk. Amin tergamam. Tidak percaya.
Uqbah ketawa kecil. Puas.


Telefon berdering. Uqbah tersedar dari lamunan. Cepat-cepat dia mengangkat. Terdengar suara halus berbicara.

'Salam w.r.t. Ni Uqbah ke? Boleh tolong jadi musyrif?' suara akhawat yang sangat biasa didengari.

'Wasalam..boleh insyaAllah.. 5 minit lagi sampai'


Laptop ditutup. Capai kunci rumah dan sweater terus menuju ke arah pintu. Meluru ke Abbasiyah.


Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan hendaklah orang-orang yang rujuk kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian; dan janganlah kamu melampaui batas hukum-hukum Allah; sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.

(Hud: 112)




~Ninja Osem~
Beit Al Fateh
Cairo U


Monday, 4 March 2013

Di sebalik HELP

بسم الله الرحمن الرحيم




Sejuk. Angin malam itu sejuk. Namun, kesejukan bayu tidak terasa. Badan aku panas. Entah kenapa. Aku tidak tahu. Mungkin kerana fikiran ku kacau memikirkan apa yang bakal tiba esok.

' Ah, macam mana ni? Sapa yang akan iring Da'i Nada ke Tanta. Kau boleh tolong tak?'

'err. aku tak boleh lah, Mat. Aku ada hal petang esok. Jadi, aku mungkin akan gerak lambat sikit'

'Enta boleh tak. Lan?'

'Ana ada tugas lain la. Nak kena urus pengangkutan ikhwah Cairo ke sana. Asif jiddan.'

Ok. Semua sibuk. tidak tahu mahu pinta pada siapa lagi. Akhirnya, aku terpaksa juga. Dalam paksa rela. Sudah lah kerja ini tak settle lagi, ditambah pula dengan urusan lain. Oh, pasrah. esok pula ada kelas tambahan Nueroanat anjuran batch. Wah, banyaknya pahala datang!

__________________

Keesokannya, kelas tambahan yang diumumkan sepatutnya pukul 9. Namun atas sebab aku ada kawan-kawan yang sangat 'tepati masa', kelas mula lambat satu jam. Sabar je la yang mampu aku lakukan.

Ala kulli hal, aku bersyukur kerana kelas ini diadakan. Nak harapkan aku baca, mungkin akan tertangguh hingga ke final exam. 


Petang tu selepas solat jumaat, mula lah keberangkatan aku ke Asyir. Ya, tremco akan menjemput Da'i Nada di sana. Jam 2 petang.

Namun, Allah lah sebaik-baik perancang. Tremco lambat sampai. Katanya ada muzoharat.

Tekak ku dahaga. Aku mengajak kawan ku, Kholas menerkam jus tebu. Syukur sekali lagi. Dalam aku melayan enaknya jus, Kholas mencelah,

'eh, ko tak rasa best ke bawak Da'i Nada? eh, bukan senang nak dapat tau..'

'Entah la, Kholas. Gembira tu gembira la jugak. tapi otak aku ni tak dapat bg motor signal kt otot-otot ni. Eh, ko paham ke aku cakap ni?'

'Tak'

"Lupakan la, Kholas'


Akhirnya, tremco sampai. Kami ber-dua belas pun naik la. Jam 3. Dalam tremco tu, kami bersembang  sakan dengan mereka. Mesra juga mereka. Aku terkejut seketika. Mereka rupa-rupanya sudah kurang lebih 10 tahun di Mesir. Mengadakan konser di seluruh dunia termasuk German, Itali, Turki, Amerika dan banyak lagi.


Tiba di Universiti Tanta. Jam 5.30. Kaget lagi. Ramai pelajar membanjiri. Kepenatan aku tadi hilang serta merta apabila jumpa ikhwah-ikhwah dari seluruh muhafazah. Tenang sungguh melihat mereka. Sinar muka mereka seperti tiada masalah melanda mereka. Refleksi diri sebentar.


Ronda-ronda booth. Menarik. Lawa. Lain dari yang lain. Gembira melihat ikhwah akhawat sanggup bersusah payah memberi kesedaran kepada ummat berkenaan isu Palestin. Tapi, ada booth-booth  makanan yang sedap-sedap itu, aku tidak usik sikit pun. Kewarna-warnian dessert tidak menggiurkan aku. Ah, aku tak suka bila perasaan ini datang. 



 


Majlis dewan bermula 6.30 petang dan tamat jam 11 malam. Pertama kali mendengar ucapan Sheikh Sa'id Jibril. Walaupun isinya sudah pernah didengar, tapi terasa baru first time dengar. Ramai lagi sebenarnya di luar sana yang kurang ambil peduli isu Palestin ini. Yang tahu pula, ramai juga yang salah tafsir apa yang berlaku. Sungguh, tugas ini tidak akan pernah selesai. Dan peluang merebut pahala dan redhaNya akan sentiasa terbuka. 

Selesai majlis, pulang ke Cairo semula sebagai ninja. Sampai di Cairo jam 2. 

______________________

Ingat lah wahai diri, 
dunia ini luas

hikmah yang tersedia terbentang luas.
bersama memori-memori perit kamu

di sebalik kesibukan kamu itu

Allah ingin kamu melihat hikmah 
hikmah buat dirimu
agar menjadi manusia yang cekal, tabah
Allah ingin mengajar kamu ambil berat pasal diri kamu juga
Dia ingin mendidik kamu supaya mengurus waktu sebaiknya
Dia ingin kamu lihat itu dan ini. 





~Ninja Osem~
Beit Al Fateh
Cairo U



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...