Friday, 9 March 2012

Bestnye naik Sinai!!...

Bismillah.....

Sebelum saya jelaskan tujuan post kali ini ditulis, izinkan saya menceritakan pengalaman saya sewaktu cuti yang lepas...

Cuti saya yang lepas telah diisi dengan pengembaraan ke Gunung Sinai, gunung tempat Nabi Musa bermunajat dan bersama kaumnya. Banyak peristiwa yang berlaku di zaman Nabi Musa berlaku di situ. Banyak jugak ilmu2 yang baru saya dapat sepanjang percutian saya di sana. Saya kira pendakiannya semudah mendaki Gunung Arong yang terletak di Johor. Namun, sangkaan saya meleset sama sekali. Pendakiannya sungguh mencabar sehingga membuatkan lutut ini mahu terkeluar daripada tempatnya. Perjalanan ini mengambil masa lebih kurang 4 jam, ditambah dengan kesejukan di musim sejuk seperti terkurung di dalam peti ais dan permukaan yang berbatu-bata menyukarkan lagi perjalanan. Dengan kudrat yang ada, kuteruskan juga langkah ku. Akhirnya, berjaya juga saya tiba di puncak gunung. Perasaan gembira yang x dapat digambarkan. Tanpa saya duga, cabaran di puncak jauh lebih mencabar. Angin sejuk yang datang entah dari mana seakan-akan ingin menerbangkan tubuh kecilku yang hanya 52 kg ini. -->fast forward--> Tibalah masa untuk turun dari puncak. Pagi tu, kami turun sekali bersama datuk nenek cina yang datang entah dari mana dan bila mereka sampai kuatnya mereka.. dek kerana seronok ingin turun, ku pintas datuk nenek itu bersama kawan-kawan saya yang lain. Penurunan saya dan beberapa kawan saya dari atas gunung seperti berlari kerana dalam masa satu 1 jam saje, kami dah sampai di kaki bukit. -the end-




     Okeyy...itu bukan mata (bace:point) sebenar saya menulis artikel kali ini. Saya cuba membuat analogi untuk dikaitkan dengan kehidupan kita sebagai manusia yang osem dan bergaya. Kehidupan kita tak lari dari semua itu. Semakin osem, kool dan haibat kita, semakin besar ujian dan cabaran yang akan kita hadapi. Memamg itulah realiti kehidupan...bertepatan dengan kata Allah:

 Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. ”                                                                                     (Surah Al-Ankabut : 2-3)                                                                                               


"PMR lagi susah dari UPSR, SPM lagi sukar dari PMR, Ijazah lagi jenuh dan perit dari SPM".. Begitulah kehidupan kita. Saya khususkan untuk para mahasiswa/wi kerana saya juga sama.=) hidup sebagai student IPT lebih mencabar dari zaman kanak-kanak sekolah. haha.. tak kira lah dalam negara atau luar negara. Lagi-lagi bagi sesiapa yang ambil bidang perubatan (bace: medik). Satu tahun belajar 6 subjek (Mesir). Satu semester ada lah dalam 8 buku. Memang banyak lah dalam negara lagi banyak kot.. Kalau tak susun masa dengan baik, memang terjunam dalam air lah mereka semasa peperiksaan (bace: exam).. Jadi, ramai lah yang sedar akan situasi ini bertungkus-lumus study dan menghafal setiap bait-bait medik itu. Siang malam, di rumah, perpustakaan, taman, kedai makan, tangan bakal-bakal doktor ini sentiasa lekat dengan buku (senang kata macam couple la..). Bagi mereka mumtaz dalam exam tu la matlamat utama mereka. Benarkah sedemikian begitu? sila lah terasa ye.. Adakah itu matlamat utama anda? Apo yang Abe Naruto cubo nok kabo nih?



     Bagi mereka yang meng'iya'kan, anda telah terkena panahan mata Sharingan. Anda telah dipermainkan oleh musuh utama kita a.k.a syaitan. Pasai apa pulak begitu? Suka hati dia je kabo gitu.. Kerana, anda telah lupa misi anda diciptakan di dunia oleh Pencipta Yang Esa. Yakni menjadi khalifah dan beribadat kepada Allah.

“Tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan hanya untuk beribadah kepada-Ku.” 
                                                                                                                    (Adz –Dzariyat: 56)

Dan (ingatlah) tatkala Tuhan engkau berkata kepada Malaikat : Sesungguhnya Aku hendak menjadikan di bumi seorang khalifah. Berkata mereka : Apakah Engkau hendak menjadikan padanya orang yang merusak di dalam nya dan menumpahkan darah, padahal kami bertasbih dengan memuji Engkau dan memuliakan Engkau ? Dia berkata : Sesungguhnya Aku lebih mengetahui apa yang tidak kamu ketahui. (al-Baqarah:30)

     Lupakah anda, matlamat utama kita adalah untuk kembalikan khalifah di dunia ini? Tak sedarkah anda? Saudara kita di Palestin, Libya dan baru-baru ni di Syria telah dibunuh, diseksa hanya kerana mereka mempertahankan Islam. dan anda boleh sibuk dengan urusan anda, tanpa pedulikan mereka sedikit pun? ingatlah, di akhirat nanti anda akan ditanya oleh mereka, ''di manakah anda ketika kami ditindas? apa yang anda buat untuk menolong kami?" dan apa yang anda akan jawab? err...untuk si penulis juga.. Terdengar bunyi kipas. Suasana sunyi sepi tanpa suara. Badan terasa lemah seperti baru terjaga dari mimpi yang ngeri. Akhirnya, anda sedar. Anda perlu melakukan sesuatu untuk umat. Anda telah merasakan bahawa umat memerlukan anda. Aiwa!!..Itu satu petanda yang baik...=)



-rise4islam-
    

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...