بسم الله الرحمن الرحيم
Sebagai seorang yang sedar anda perlu melakukan sesuatu selepas naik Sinai, anda sedar anda perlu berdakwah. Namun, banyak perkara yang sentiasa bermain di pikiran anda. Anda tidak tahu anda perlu mula dari mana, bukan?..Atau mungkin:
- Anda merasakan anda tak punya kuasa seperti Uzumaki Naruto untuk mengalahkan Uchiha Madara?
- Anda tidak sekuat Goku yang memiliki Super Saiya 5?
- 'Aku bukannya seberani Umar al-Khattab berdakwah terang-terangan.. Apa yang aku boleh buat?'
- 'Aku bukan sepandai bekas-bekas sekolah erm..Kisas, Sambes, Smap, Hidayah ..entah apa la lagi.. Mesti orang pandang sebelah mata je kat aku..'
- Aku bukannya pandai bercakap pon depan orang ramai.... mesti orang tak nak dengar apa aku cakap...
- Anda seorang yang pemalu...bila disuruh bagi tazkirah kat depan, anda lupa segala persediaan yang anda buat sebelum ini...tahap keterlupaan anda bertambah bila bercakap depan akhawat..
- Asal anda buat baik je, anda disindir oleh rakan-rakan anda. kononnya hipokrit la..bla bla bla
- dan baaanyak lagi...
apa hang buat ni..? tak relevan la dengan situasi sekarang
eleh, ni mesti sebab nak tunjuk kat buah hati dia,
ishh, apa yang dia cakap ni..merapu je
ala, dok reti dakwoh, baekk tok sah dakwoh,
muka cam tak de perasan je..
muka selenge je, meluat tengok..
malah mungkin yang mengatakan perlian-perlian tadi datang dari kalangan kawan anda sendiri...dan kata-kata ini membuatkan anda rasa rendah diri, semangat anda kian lemah malah mungkin yang lebih parah terjatuh pengsan.
Usah lah anda lemah..usahlah anda takut dengan cacian rakan-rakan anda. Usah lah anda berasa rendah diri dengan kekurangan anda..Janganlah anda menganggap diri anda lemah dan janganlah kamu memandang remeh terhadap diri kamu, kerana anda sebenarnya kuat dan berpotensi jika kamu yakin pada diri kamu ... kerana anda sedang melakukan perintah Allah, anda mengajak benda baik bukan ajak buat maksiat. wuuu
Ingatlah kata-kata Allah:
"Allah tidak akan membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya..."
(Surah Al-Baqarah: 286)
"Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
(Surah Ali Imran: 200)
One thing that you should remember, anda bukan mengejar pujian dari rakan-rakan, pujian dari manusia, tapi anda mengejar pujian makhluk langit, anda sedang mengejar reda Allah. Bukankah itu lebih baik? Ingatlah, Allah tak pernah bagi ujian kepada hambaNya melebihi tahap kemampuannya. Allah knows your limit. Then, it's up to you. Either make a move or lose. Sama ada ingin berusaha melawan ujian itu atau terkulai layu dikalahkan ujian itu. Sama ada terus melangkah, persetankan kata-kata mereka dan menjadi Super Saiya atau berputus asa, terus mengalah.
".... dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
(Surah Yusuf: 12)
-Sheikh Badi'-
Never go back on your word, and Never give up no matter what. -Naruto-
Setiap masalah pasti ada jalan keluarnya.. -Anonymous-
NEVER GO BACK ON YOUR WORD and
NEVER GIVE UP NO MATTER WHAT -Naruto-
(peringatan untuk diri dan teman yang terkena jangkitan virus semasa berdakwah)
Wallahu A'lam
NEVER GO BACK ON YOUR WORD and
NEVER GIVE UP NO MATTER WHAT -Naruto-
(peringatan untuk diri dan teman yang terkena jangkitan virus semasa berdakwah)
Wallahu A'lam
-Don't Give Up-

No comments:
Post a Comment