بسم الله الرحمن الرحيم
Akhirnya, saya menulis kembali setelah lama gila tawaquf dek kesibukan
alam peperiksaan dan DnT. Saat yang ditunggu-tunggu oleh saya untuk melepaskan penat
study yang tak banyak mana pon.. walaupun saya tak ada idea sebenarnya nak tulis
pasal apa.. huh?..
Biarlah saya ceritakan sedikit mengenai diri saya. Sejak akhir-akhir
ini, saya amat gelisah memikirkan amanah yang mungkin bakal kupikul tak lama
lagi. Bimbang diri ini tak mampu menjalankan tugas yang diamanahkan dengan baik.
Risau takut-takut akan terbeban yang mana
bebanannya akan membantutkan dakwah dan tarbiyah saya di sini. paling penting,
takut pelajaran juga terabai. Takut-takut dakwah gemilang tapi amanah dan
pelajaran dibiar tersadai di tepi tebing menanti jatuh ke gaung.. Dakwah dan
usrah bersama ikhwah2 osem dan bergaya dam memiliki super saiya ini sungguh
best..8) tak kan saya nak lepaskan diri dari mereka (huhu, faham ke orang yg bace ni? pelik betul bahasa..hihi). Kalau
diikutkan naqib saya, ‘lebih baik tak terima amanah tu, takut anta lagi jauh
dari KITA’.. Tapi, setelah difikir kembali dengan akal yang tak berapa nak
cerdik ini, saya harus terima walau perit dan sesukar mana pun ia. Sebab kalau orang dah beri kepercayaan kat
kita, takkan nak musnahkan harapan mereka, bukan?.. Bukan senang nak dapat
kepercayaan orang kan? Bila dah dapat kita tolak pulak.. haaih.. Jadi, nak tak
nak aku harus membuat pengorbanan yang
besar. Mungkin Allah dah susun semuanya untuk aku supaya aku lebih dekat
dengannya. Dengan kata lain, agar aku menjadi lebih osem dan haybat..=D
"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."
(al Baqarah:216)
"....Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu..."
(ar Ra'd:11)
Melihat taklifan yang semakin bertambah, ku rasa ada baiknya aku tidak
mengambil enteng masa 24 jamku yang diberi Allah ini. Masa yang cukup berharga ibarat
pepatah Melayu “Masa lebih berharga dari emas’. Masa yang sebelum ini saya
gunakan untuk melihat movie hingga pagi buta, bermain game Red Alert 3,
menziarahi mukabuku, tidur memanjang,
gossip, sembang kosong..dan baaaaanyak lagi kantoi laa..huhu.. perlu
dilempar jauh ke dasar laut (mengharapkan ia tak timbul kembali).. Habis cerita
yang membosankan dari saya..-_-
Bagaimana dengan anda..? Adakah anda sesibuk saya? amboi, perasan nye..
Atau masa anda super kosong? Apa anda buat masa lapang anda..? adakah sama
seperti saya? Apa pon jawapan nye, janganlah tiru macam saya. Anda akan rugi
seperti yang dijanjikan Allah dalam surah Al-Asr..
Ingatlah ikhwah akhawat!
Bila mana anda terasa kosong, banyak masa lapang, anda akan cenderung melakukan sesuatu mengikut
nafsu anda… contoh mudah yang boleh saya bawa.. Bila anda cuti atau ada masa free:
Anda banyak baca mukabuku, tengok cerita Korea ka banyak baca Qur’an,
hadis, telaah buku kuliah?
Anda banyak tidoq ka banyak terjaga memberi makanan kat hati anda?
Anda banyak sembang, mengumpat, mengutuk kawan ka banyak istighfar dan
berzikir..?
Anda banyak main PES, FIFA, PSP?
Anda tangguhkan kerja sekolah, assingment untuk main bola ngan kawan?
Anda tangguhkan giliran anda memasak sebab nak habiskan cerita Dr House?
Anda banyak main PES, FIFA, PSP?
Anda tangguhkan kerja sekolah, assingment untuk main bola ngan kawan?
Anda tangguhkan giliran anda memasak sebab nak habiskan cerita Dr House?
Anda tangguhkan waktu study anda sebab nak main FIFA ngan kawan?
Anda tangguhkan solat Subuh sbb nak layan kesejukan malam.?
Anda tangguhkan solat Subuh sbb nak layan kesejukan malam.?
Opps, terkena tak? Astaghfirullah al Azim..
Maka, sayugia itu anda perlu berubah… Berubah dan latih diri
anda menjadi manusia yang bernilai dan berharga di sisiNya..=D
Ingatlah ikhwah akhawat!
Islam tu tak kan tertegak jika anda lakukan semua aktiviti2 jahiliyyah di atas. Masa yang ada ini patut kita guna
sebaiknya. Persiapkan diri menjadi TENTERA sekuat para sahabat seperti Umar Al-Khattab,
Salehuddin Al Ayubi, Sultan Muhammad Al-Fateh, NINJA seperti Uzumaki Naruto, Kakashi.
Ditambah dengan se’PROFESSIONAL’ seperti Dr Harlina Siraj, Dr Zainal Abidin,
Dr. Muhaya dll. Ingat balik matlamat hidup kita bro n sis.. Islam mustahil akan menang jika
wujud orang yang suka berhibernasi, solat Subuh pukul 9 pagi, mengutuk, mencaci
dan perkara yang sewaktu dengannya.
One more things, when u do all that nonsense things, u will feel empty
even u already have fill it with ‘somethings’.. jiwa anda akan rasa kosong
walaupun anda isi dengan perkara2 tadi.. sebab anda bukan isi dengan makanan
jiwa, tapi anda telah isi makanan nafsu dalam diri anda. Dan sampai satu tahap,
anda akan rasa bosan dengan hidup anda. Dan
bermulalah adegan maksiat yang levelnya
lebih power daripada sebelumnya.
Sentiasa ingat tujuan anda dicipta oleh Pencipta. dan segalanya bermula dengan menyusun masa anda. Plan your time well...
Then, MAKE A MOVE!
Then, MAKE A MOVE!
Sayonara Jahiliyyah!!
Jom Tingkatkan Amalan!!
Sibukkan Diri anda dengan TARBIYAH!!
Agar anda jadi lebih osem, kacak, bergaya, comel…;)
~Rise4islam~




No comments:
Post a Comment