بسم الله الرحمن الرحيم
Tatkala penat mengulangkaji subjek anatomy di pagi yang hening, memori ku mengimbau kembali kenangan sewaktu di bangku sekolah, ustaz ustazah selalu pesan selepas tamat sesi pembelajaran, "buat baik jangan sorang-sorang sebab nanti tak kan kita nak masuk syurga sorang-sorang kan? kalau dapat masuk syurga dengan kawan-kawan kan lagi seronok". Begitulah antara kata-kata yang agak keramat dari seorang guru yang masih segar dalam ingatan saya. Dengan kata-kata inilah, saya mula cuba mengajak kawan-kawan untuk sama-sama melakukan kebaikan. Kebaikan yang dilakukan kerana Allah yang akan membuatkan kita bahagia suatu hari kelak.
Masa pun berlalu dengan pantasnya. Sepanjang perjalanan hidup, saya merasakan ada satu perasaan yang sukar digambarkan bila mengajak orang buat benda baik (baca: dakwah). Lebih-lebih lagi apabila saya memasuki Bulatan Gembira (baca: usrah). Sebenarnya dalam keseronokan itu, terselit rapi tanggungjawab yang wajib digalas. Tanggungjawab menyebarkan dakwah. Sebab apa? Sebab dunia pada hari ini kian parah. Mahu tak mahu dakwah menjadi tanggungjawab untuk semua orang Muslim. Untuk memahami dengan lebih mendalam mengenainya, saya mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran di Mesir (dengan matlamat sebenar ingin mengambil jurusan kedoktoran), pusat dakwah yang terkenal dengan salah seorang pendakwah yang sangat bergaya, Pak Hasan.
Setibanya saya di Mesir, saya kagum..kagum melihat ramai rupanya orang-orang yang sedar akan kepentingan berdakwah. Ada diantaranya adalah dalam kalangan sahabat saya sendiri yang sama-sama melanjutkan pelajaran ke Mesir. Program-program dakwah di sini sangatlah banyak hinggakan boleh melelahkan tubuh kecil ini. Cukup banyak...
Namun, di sebalik kemeriahan dakwah ini, saya berasa cukup hairan. Kata-kata guru saya suatu ketika dahulu tentang sebarkanlah dakwah, tidak dapat dipraktikkan sepenuhnya. Dakwah di sini pada pendapat saya yang sudah penat mendengar ucapan-ucapan dari senior saya pada saya sangat mengongkong. Menyekat kebebasan mendakwah dengan nama 'persatuan'(baca: jemaah) lain ke saya yang ekstrem..huhu..entahlah Ada di antara senior berkata:
"Anta nak berdakwah dengan nama persatuan anta buatlah, ana tak kesah pun, tapi kalau boleh usah lah 'menarik' orang lain untuk join sekali.."

Apakah? Inikah yang dinamakan dakwah kerana Allah? ataupun kita berdakwah kerana nama 'persatuan'?
Jikalau begitu, adakah usaha-usaha amar ma'ruf nahi munkar ini diterima oleh Allah?...tepuk dada tanya diri, mungkin saya juga terkena..
Walaubagaimanapun, bukankah kita bermatlamat yang sama-sama iaitu ingin menjadikan agama Islam adalah agama yang tertinggi dan menjadi rujukan seluruh dunia? Maka, tidaklah menjadi suatu kesalahan jika bergerak dibawah 'persatuan' lain, bukan? Dan Allah tidak menjadikan sesuatu melainkan ada hikmahnya..
![]() |
| Ustaziatul Alam |
Tuntasnya, bukankah lebih baik kita tolong-menolong antara satu sama lain?
"وَتَعَاوَنُواْ عَلَى الْبرِّ وَالتَّقْوَى وَلاَ تَعَاوَنُواْ عَلَى الإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ وَاتَّقُواْ اللّهَ إِنَّ اللّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ...."
Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).
(Al-Maidah: 2)
![]() |
| [kredit] |
Apapun, gembira sangat bercampur segan melihat sahabat-sahabatku begitu semangat menyebarkan bahagia setelah sedar akan pentingnya menumpaskan kegelapan untuk menegakkan kebenaran di bumi ini...Semoga usaha kita selama ini untuk menegakkan agama Allah dikira olehNya. Amin..=)
Wallahu A'lam
~peace no war~
::okeyy, teruskan perjuangan menelaah buku anatomy yang setebal 4 inci ini..tinggal 3 hari lagi sebelum perjuangan ku::
'Ya Allah, kuatkanlah hambuMu yang semakin penat ini. Kau kirakanlah usahaku ini sebagai kebaikan yang akan memberatkan timbangan amalku di akhirat kelak'

No comments:
Post a Comment