بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah.. tamat sudah oral histology semalam.. susah ke senang, bro? biar Allah je yang tahu..hihi.
Entah kenapa, otak ku terasa cramp(kejang)..mungkin kerana duk asyik mengadap buku.
Kekejangan otak yang saya alami berminggu-minggu lamanya telah dirawat dengan riadah .
Basketball...antara sukan yang saya minat..minat yang datang daripada seorang sahabat yang baru pulang dari Wisconsin.
Baru saya perasan.. selama saya berada di Mesir, baru berapa kali saya riadah. boleh dibilang dengan sebelah tangan..huhu.
Anyway, petang tu waktu game yang diberitahu oleh master basketball adalah pukul 6.oo.. Petang tu, ssaya bersama 2 orang lagi kawan mengambil keputusan untuk berjalan ke court basketball.. keluar sikit peluh kan...(: tuptup.. sampai, nampak ada kawan-kawan menunggu giliran menggunakan court yang ketika itu digunakan oleh orang Arab. Mereka kata,
"give us 10 minutes, can u?"..
kerana percayakan mereka, kami bagilah chance. Benarlah, setiap detik waktu yang kita miliki dipenuhi dengan Tarbiyah. Dan kali ini, Allah sedang mentarbiyah kami agar sabar dalam keadaan apa pun... Last-last, dapat lah jugak kami main setelah 30 minit berlalu..huh..sabo je la akhi.
Fuhhh.. nak dipendekkan cerita, abiliti saya sebagai seorang pemungut 3 mata sudah hilang. Maka di sepanjang permainan, saya ibarat pesakit yang baru sembuh dari penyakit kronik yang sudah lama terlantar di hospital. nape ayat sume pasal medik ni..paroh. hilang kekuatan tangan dan kaki. nasib baik ade jugak work out kat rumah.. Kalau dahulunya, saya dapat memungut 10 kali 3 mata berturut-turut, tapi pada kali ini 2 kali berturut pun ta lepas.
<fast fast forward> akhirnya, game tamat dengan mata 6-7..selepas tu, kami sembang-sembang mendirikan solat maghrib dan pulang kepenatan.
..............................................................................................................
Malam tu, teringat semula performance saya petang tadi, teruk betul. Ketika ini, saya sedar sesuatu...
sebagaimana jika sudah lama tak praktis bermain basketball (8 bulan lebih tinggal),
begitu juga dengan BELAJAR. Jika kita lama ponteng mengulangkaji pelajaran,
balik rumah hanya rehat makan tengok movie main game sahaja,
kita akan dapati memori tentang apa yang kita belajar selama ini hilang dan pudar kerana tidak disave sebagai memori jangka panjang.
Maka, bilamana kita nak study balik dikala exam menjelang, seolah-olah apa yang kita baca itu tak pernah kita belajar dan susah unutk mengingatnya. dan, akhirnya bermula lah episod study tak tido tak makan tension marah-marah tak tentu pasal dan melalak di pagi buta.
“Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepadamu…”
(Hud: 112)
________________________________________________________________________
Sama juga yang berlaku jika sudah lama kita tinggal TARBIYAH dan DAKWAH. Semakin lama kita tinggal DnT, semakin payah untuk kita bangkit semula dari detik-detik jahiliyah kita yang melenakan. Akhirnya, kita mula meninggalkan dakwah, berkawan dengan mereka yang rosak akhlaknya, menjauhi murobbi, menjauhi naqib, solat hanya di rumah saja, solat gajah haih, gajah pulak yang kena. dan macam-macam lagi.
"Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata, Tuhan kami ialah Allah. Kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul (dengan pengakuan iman dan tauhid-nya itu),
maka tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita"
(al Ahqaf : 13)
Tuntasnya, istiqomah sangatlah penting dalam setiap amalan seharian kita. khususnya dalam continuous studying dan walking in tarbiyah
Jika anda terasa futur, cepat-cepatlah cari kekuatan untuk bangkit semula.
Takut-takut, tangan kaki otak anda menjadi bangku...
menjadi malas, sudah hilang sensitiviti terhadap umat..
~rise again~



bro.
ReplyDeletetak ajar pun 3 pointer =.= ?
hehe
ehehe..next time la..^_^
Delete