بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah.. Syukur kepadaNya kerana masih lagi diberi peluang untuk mengumpul bekalan amal dan memohon ampun atas noda yang kulakukan selama ini. Baiknya Allah pada hamba-hambaNya. Sungguh luar biasa kasih dan sayang Allah pada kita. Bayangkan kalau seseorang menyakiti kita, mahu fikir dua tiga kali untuk kita memaafkannya. Subhanallah!
"Siapa yang berusaha dia akan mendapatnya, siapa yang bercucuk tanam dia yang menuainya"
![]() |
| result medik |
Result final exam sudah keluar. Mahu menangis... tetapi air mata tak mahu keluar. Ada yang tak kena dengan kelenjar air mata mungkin. Kerana nasi sudah menjadi bubur. Mahu undur masa bukan kuasa kita. Terkenang semula detik-detik akhir sebelum peperiksaan menjelang tempoh hari. Banyak manis pahitnya. Terasa indah semuanya. dan kini aku bakal merasa kembali detik itu ditambah dengan dugaan yang lebih hebat. Kini aku hanya mampu sabar menghadapi semuanya. Bersabar dan terus melangkah.
Seriously, Allah pasti akan balas sesuai dengan usaha yang kita lakukan. Mana mungkin orang yang goyang kaki sambil minum kopi.. tup tup.. boleh dapat mumtaz dalam peperiksaan kan? orang itu mesti sudah sehabis baik menggunakan tulang empat kerat untuk mendapatkannya apa yang dia mahukan, bukan?
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.”
(Surah al-Baqarah : 286)
"Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu amatlah berat kecuali bagi orang yang khusyuk.”
(Surah al-Baqarah : 45)
![]() |
| usah bersedih terlalu lama ye..:) |
Kepada sahabatku di luar sana yang mendapat situasi seperti saya, bersabarlah. Namun jika ianya terlalu berat, menangislah. Kerana kadang, manusia terlalu sombong untuk menangis. Lalu...untuk apa air mata dicipta? kerana bukan hanya bahagia yang ada di dunia... Tapi menangislah dihadapanNya bukan di hadapan manusia...=)..
![]() |
| [kredit] |
Anyway, sesungguhnya semuanya telah dirancang oleh Allah dengan rapi. Allah ingin mentarbiyah diri anda untuk menjadi seorang muslim yang lebih baik. Sentiasalah bersangka baik dengan qada' dan qadar Nya. Boleh jadi Allah sengaja memberikan result tidak seperti yang anda harapkan kerana Dia ingin menguji keimanan anda. Allah ingin anda memohon dan terus memohon sebagai seorang hamba. Cerita lah segalanya di hadapan Dia. Boleh jadi juga itu semua adalah kafarah dosa yang kita lakukan selama ini. Cubalah cari hikmah yang tersirat di sebalik semua itu. Anda lebih mengetahui kisah cinta anda dengan Tuhan anda. So, usahlah bersedih hingga mengurung diri di dalam bilik seharian.
Ayuh! Jom teruskan perjalanan mencari cinta dan redhaNya. Moga jannah menjadi destinasi terakhir kita.
~Ninja Mesir~



No comments:
Post a Comment