Friday, 18 February 2022

Reality that's Hurt

 Bismillah


The heart will finds its way to heal but the mind will always remember. But I'm trying to write down my memories before it lost. Yeah...back during my study year...

    Sometimes when we got into situation when we don't know what to do with the life we are facing, we tend to keep dreaming or hoping the future we want will be exactly as we created in our mind. so that we can stand quickly as we don't have much to do. so that we can act as normal as possible before someone find out. so that we dont lose focus on our present life. It's not like we are don't know the reality but we are trying to avoid it as we knew how hurt it is or we afraid of being stuck with what we have learnt so far. 

    As the time goes by, the feeling that have been kept inside trying to get out or find the resolution by itself as the burden will block us from moving forward. The fear of losing is not the main concern anymore as our heart is trying to be at ease. The fear to confront the main problem has lost as we want to move forward in life. Although the ending is not like what we hope for, but somehow we find the peace we are hoping for as we know that we have did our best to make it happen. 

    When we know that what we want is not like we planned, we kept blaming what we have did in our past. Mungkin apa yang terjadi disebabkan kejahatan atau keburukan yang telah kita lakukan kepada orang terdekat kita yang telah mengajar erti hidup itu sendiri tanpa kita sedar. And we realized it's already too late. Malu dengan diri sendiri sehingga menyebabkan kita tidak lagi mahu bergaul atau mencari kawan.

    Hoping that this scar will not makes me dull or heartless. Moga ia lebih matang, kritikal. Moga aku belajar dari pengalamanku sendiri. May our heart find its peacefulness.

O Allah, please granted my wishes.

Saturday, 12 February 2022

Rezeki Yang Tak Disyukuri

Bismillah


Looking back at myself really make me feel how empty my life today. Mengenang masa lalu yang membuatkan aku seperti kemurungan. Kemurungan dan keresahan atas satu masalah atau ujian hidup ketika itu. Tidur tak lena, makan tak selera, resah sepanjang masa, rasa tak berguna dengan diri aku yang boleh dikatakan paling islamik pernah aku rasai ketika itu. Kehidupan yang aku cuba jalani dengan berserah dan berharap padaNya sehabis mungkin hanya kerana suatu yang aku inginkan. Atau mungkin kerana itu lah sahaja yang aku mampu lakukan kerana kenaifan diriku.

    Hari ini, aku rindukan diriku yang benar-benar berharap padaNya. Mutabaah amal yang hampir perfect ketika itu. Aku cuba bangkit hari demi hari, bulan demi bulan, tahun demi tahun. Walaupun apa yang aku hajati telah Engkau kabulkan, sepertinya aku semakin jauh dariMu Ya Rabb. Tidak bersyukurkah aku atas apa yang Kau berikan padaku selama ini? 

    Semakin lama kita jauh dari amal soleh, semakin payah kita mahu menjadikannya amalan rutin kembali. Hingga saat ini, aku cuba.

Permudahkanlah.

Tuesday, 23 January 2018

Ambivalent


بسم الله الرحمن الرحيم




It's easy to hold a stand when you are in the crowd rather than when you are alone. You might still hold onto it, but as time passed, you will question yourselves about who you are. You might lose yourselves, got eaten by the tricky-sweet and wild surroundings. 


     Things spread easily in this era. It's good if the content is accurate but most of it is filmed or created based on personal experience or to please audience only. Most of the crowds are simply got hypnotized by charming actress and sugary video in social media. If I forgot who I am, I might also fell into it. Oh no! Maybe not. I already once fall into it. Yeah, I once heard that media is important. Now, I see it more clearly but sadly can't do anything. What blog can do nowadays? *sigh*. Effort matter, dude!


     On the other hand, there is a quote, " it's better to live in the crowd of sheep so that a wolf has a low chance to devour its prey". I don't know but somehow this quote has been bashed, making into sarcasm. I don't know when it started but maybe because I am at the bottom now, I could see the darker side of human mind and heart. People seem to always see the Islamic guys are egocentric and ignorant when they stating or spilt out their belief. It is what called 'bajet alim'. I won't disagree with them because some of the preachers are like that. But it's unfair to accuse all the same. I believe that 'hikmah' is a lost treasure. However, if we want to talk about what we prefer as a perfectly good advice, there will be no one fit to start to make a move. The preacher would become an extinction. Again, maybe I am just not as steadfast as before. 

     
     The challenges in reaching someone heart nowadays are become harder. It's not that I don't know that effort matter. But as human, the eager to see the result is demanding. May Allah give us the strength to constantly doing dakwa in whatever platform. Tsabbit Qalbi 


وَأَلَّفَ بَيۡنَ قُلُوبِہِمۡ‌ۚ لَوۡ أَنفَقۡتَ مَا فِى ٱلۡأَرۡضِ جَمِيعً۬ا مَّآ أَلَّفۡتَ بَيۡنَ قُلُوبِهِمۡ وَلَـٰڪِنَّ ٱللَّهَ أَلَّفَ بَيۡنَہُمۡ‌ۚ إِنَّهُ ۥ عَزِيزٌ حَكِيمٌ۬

And brought together their hearts. If you had spent all that is in the earth, you could not have brought their hearts together; but Allah brought them together. Indeed, He is Exalted in Might and Wise.


     


     

Monday, 1 January 2018

Innocent

بسم الله الرحمن الرحيم




Sometimes, kita fikir kita yakin apa yang kita azamkan itu suatu perkara yg benar. Segala perancangan telah kita persiapkan, segala petunjuk telah kita analisa. Untuk menambahkan lagi keyakinan kita, istikharah juga telah kita lakukan setiap hari. Tetapi, Allah lah yang lebih mengetahui. Sebaik-baik kita merancang, Allah lebih hebat perancanganNya.


Hakikat yang perlu kita sedar sebagai hamba yang meminta kepada Pencipta, bahawa jawaban bagi apa yang kita minta bukan hanya ada satu iaitu diberi seperti apa yang kita mahukan.


Boleh jadi, Allah kabulkan serta merta.
boleh jadi, Allah tangguh untuk menguji kesabaran kita atau waktunya belum tepat.
boleh jadi, Allah beri suatu yg lain kerana Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.


Andai kita tidak sedar akan hakikat ini, amat mudah untuk kita berputus asa dari berdoa meminta kepadaNya. hilang harapan. Hingga akhirnya kita akan bergantung segala apa yang kita mahukan kepada usaha kita semata-mata. Tidak percaya lagi dengan doa dan tawakkal padanya
.


قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللَّهِ


“Katakanlah: “Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.

Tergelincir


Bismilllah 


Sesuatu perbuatan yang jika kita tidak lazimi akhirnya akan membuatkan kita buntu dan sukar untuk kita memulakan kembali. Begitulah rasanya tidak menulis sekian lama. Otak yg ligat berfikir tak mampu untuk aku luahkan dengan baik kerana tekanan2 yang melanda beberapa bulan kebelakangan ini. Akhirnya resolusi dan pengajaran yg pernah aku garap sebahagiannya ditelan arus masa. Biarlah aku pahat segalanya dengan tulisan di dalam blog yg mungkin ditulis hanya untukku.


     Niat yg bercampur antara nafsu semata dan kerana Allah kadang kala sukar untuk kita satukan dalam satu entiti. Kerana kita hanya manusia yg punya keinginan naluri. Satu perbuatan yg mnentukan sama ada pahala atau dosa. Sama ada amalan diterima atau ditolak. Sama ada menghasilkan impak yg besar  atau kecil. Boleh jadi niat awalnya hanya kerana matlamat yg satu tetapi berubah hanya sekelip mata tanpa kita sedari. 


     Itu lah satu bentuk ujian yg kita harus hadapi. Niat yg kita perlu perbaharui setiap saat jika kita sedari telah tersalah.  Walaupun kita tidak boleh lari dari pergolakan dalam jwa ini, kita harus bersyukur kerana Dia yg Maha Baik tidak terus menghukum kita hanya kerana niat. Niat yg baik tetap diberi pahala tetapi niat yg salah tidak diberikan dosa melainkan setelah kita melakukannya.


     Semoga hati kita tetap dalam keimanan, diarahkan hati kita agarkan taat kepadaNya


يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِى عَلَى دِينِكَ 
اللهم مصرف القلوب صرف قلوبنا على طاعتك‏
     


23/12/17
Tragedi kehilangan yg telah dipersiapkan selama 2 tahun

Saturday, 9 April 2016

Paralysis


Bismillah...


Terlalu banyak kecelakaan telah berlaku kerana kita takut untuk mengubah kemungkaran sedangkan yang mungkar terus berani menyebarkan kemungkaran tanpa mereka sedari kerana telah menjadi norma yg diterima semua. 



Sungguhpun jika ada, suara mereka seakan tidak kedengaran dan hilang ditelan suara kemaksiatan yg lebih kuat bunyinya.



Izzah dengan agama telah hilang, hingga mereka yg telah diberi kefahaman Islam terus diam, hanya mengikut arus peredaran masa. Hilang semangat. 



Islam kembali asing walaupun mereka banyaknya seperti buih di lautan. 


Di mana kita? 


Infiru! 



#NinjaOsemygtelahhilang




Wednesday, 5 March 2014

Chaiyok!

بسم الله الرحمن الرحيم



Kelas baru sahaja bermula isnin lepas untuk sem 2 selepas hanya 4 hari bercuti sempena final exam sem 1. Arrgh. kejapnye. Akan belajar sistem badan yang baru dengan semangat yang baru berpandukan strategi dan perancangan yang teratur dan lebih kemas. insyaAllah. Jadikan kisah lama sebagai pengajaran dan batu loncatan untuk lebih gigih menimba ilmu bukan menjadikan ia sebagai liabiliti dan bahan untuk menyalahkan diri sendiri dan suasana sekeliling. 



Orang yg mengambil iktibar dari sejarah takkan mengulangi kembali kesalahan terdahulu.



Kembara Solo


بسم الله الرحمن الرحيم




Ceritanya bukan lah semata-mata ingin berjalan-jalan makan angin di Putrajaya, tetapi adalah untuk menghantar borang kontrak biasiswa yang sudah tamat tempoh penyerahan disebabkan kekalutan persediaan untuk peperiksaan tempoh hari. Ditambah lagi krn kebajetan diri untuk menghantar ke pejabat dengan tangan (baca:by hand). Sebelum ini, juga telah pergi ke sana tetapi malangnya pejabat tutup memandangkan hari itu adalah hari sabtu.. =_='.





Oleh sebab aku tidak mempunyai kereta milik sendiri, aku buntu untuk beberapa ketika kerana plan awal tidak menjadi. Plan-plan alternatif telah dibuat tetapi risiko kehabisan tenaga dan masa amat tinggi. Untunglah, perancangan Tuhan Yang Maha Merancang tiba di saat2 genting. Seorang ikhwah telah menelefon ikhwah yang bekerja di Putrajaya agar dapat menumpangkan aku ke sana. Oh. Sebenarnya pada waktu ini (petang), kami telah pergi ke Hospital Putrajaya dengan tujuan menziarahi ikhwah yang menjadi suspek denggi. Maka pada malam sebelum hari kejadian, aku bermalam di Bangi, khususnya di Beit Muntalaq. 



Apa yang aku merapu ni?


Satu benda yang aku baru sedar (mungkin), semangat ingin berdikari harus sesuai dengan kemampuan kita. Jangan sampai sikap 'tidak mahu meminta pertolongan dari orang lain dengan sebab tidak mahu menyusahkan mereka' dan biarlah 'kita sahaja merasa peritnya' memakan diri sendiri. Bukankah berdua itu lebih baik dari berseorangan? eh. bukankah hidup berjemaah itu lebih baik? ikhwah memang didatangkan untuk kita susahkan, bukan? err.. =='. Jangan cepat sangka bahawa kawan-kawan kita terpaksa bersusah2 kerana ingin menolong kita, kemudian mereka akan menjauhkan diri daripada kita ekoran daripada permintaan kita. Berilah orang lain peluang untuk membantu kita sama seperti kita ingin sangat membantu jika orang lain meminta pertolongan kita. 


At least kalau mereka tak dapat bantu kita pun, stress yang kita tampung itu lega seketika bukan?

Mungkin aku terlalu mengikut kata-kata' "hidup ini jangan selalu meminta" dan 'tangan yg memberi lebih baik dari yg meminta" tanpa faham makna disebalik kata-kata tersebut.

Mungkin juga sebab aku ni introvert.


p/s: Entri yg tertangguh

NinjaOsem
Beit Shuhada
250214


Monday, 24 February 2014

Final Fight for Sem One

بسم الله الرحمن الرحيم


Alhamdulillah. Tamat sudah exam yang berlangsung selamaa 2 hari pada minggu lepas. Sungguh aku katakan, debaran menduduki peperiksaan di sini jauh lebih kuat berbanding di Mesir dan ia membuatkan aku sangat sesak. Tanpa mengambil masa untuk menenangkan diri dan mentajdid kembali niat, mungkin aku akan mengalami hypertension kronik.


Sepanjang minggu belajar (baca: study week), aku perhati ramai pelajar sangat bertungkus lumus untuk mengulangkaji sebagai persediaan menduduki exam. Pelbagai style belajar yang kelihatan seperti mengurung diri di dalam bilik dan ada yang stay di perpustakaan sehingga lewat malam.


Ini lah tekad yang boleh kita lihat jika seseorang itu telah meletakkan target yang tinggi untuk sesuatu yang mereka inginkan.  Semangat, ketakutan terhadap sesuatu dan pengharapan agar usaha mereka yang gila-gila itu membuahkan hasil yang lumayan.


Tidak kah dapat kita boleh samakan usaha kita untuk mendapat 'distinction' ini dengan usaha kita untuk berdakwah kepada masyarakat di luar sana agar kita mendapat kedudukan yang tinggi di syurga nanti?
Tentu saja perasaan dan kegembiraannya jauh lebih luar biasa jika mahu dibandingkan dengan mendapat keputusan yang cemerlang.


Ayuh lah wahai diri!
Kuatkan tekad
Pasakkan semangat
Hayunkan langkah
Patahkan bisikan musuh
Kejar mimpi anda.




Ninja Osem
Beit Shuhada


Friday, 31 January 2014

Bertahan

بسم الله الرحمن الرحيم



Belajar di Malaysia sememangnya tough. Sedar-sedar, sudah 3 bulan lebih aku di MSU. And soon enough, I have to face my first midterm exam here. Whoaa. Time is running out so fast!


Cuti satu hari sempena Tahun Baru Cina ini banyak membuatkan aku  refleksi kembali diri aku. Teringat kembali bagaimana aku boleh tercampak di universiti yang tak pernah aku dengar sebelum ini. Komitmen yang sepatutnya aku beri di Mesir aku campak seperti orang yang tak ada perasaan setelah dibisik halus oleh seseorang untuk aku belajar di Malaysia. Begitu mudah aku melepaskan rezeki yang hanya datang sekali ini. Begitu mudah aku dimanipulasi. 





Dengan berbekal minda yang cuba untuk dipositifkan, aku melangkah ke dunia baru. Kononnya ingin merasa bagaimana pengalaman belajar di Malaysia. Haha. Yeah, I admit it. Totally different environment. Well, at least for me.


Dunia kini kian parah ditusuk jahiliyah
Dirasuk hiburan yang menggila
Diperdaya dengan ideologi tumpul
Lebih sedih yang teramat
Mereka tidak sedar bahawa mereka sedang menjadi mangsa.


Semua sibuk dengan urusan peribadi
Seakan tidak peduli hal orang lain
Kau kau, Aku aku
Asal tidak mencampuri urusan orang
The true meaning of ukhuwah is lost.


Kini, aku juga menjadi semakin tidak bermaya
Memasakkan langkah yang suatu ketika dulu teguh
Seakan ditiup oleh arus sesak ini
Ke dalam langit yang hitam pekat.


Dicelah hitam pekat langit
Sinaran mentari cuba ingin menyinari alam
Namun, kerana pekatnya langit
Sinaran itu tidak berjaya menembusi
Tidak terasa bahangnya.


Pernah naqib berpesan suatu ketika dahulu,
Jadilah seperti ikan
walau berenang di laut masin
tetap tawar apabila ia dimakan.


Someone should do something great
to create a whole new environment
Yeah, indeed
Someone should end this mess up.


Kekuatan iman hanya dapat diketahui apabila ia diuji
diuji dengan ujian di luar imaginasinya.
untuk mengubah dunia,
bermula dengan diri kita
yang seharusnya harus diubah dulu.
andai kau hanya ingin berada ditakuk lama
kau takkan dapat melangkah walau selangkah.


Mengharungi jalan ini
kadang kau akan cedera
zahir dan batin
kadang kau akan dipulau
dicacidianiayadiejek


Maka
perkara utama yang kau mesti ada
SABAR dan DOA.

No pain
No gain
Tiada pahit
Tiada manisnya.




Entah kenapa kepala aku serabut memikirkan hal orang lain
Boleh saja aku hidup sendiri
Mungkin inilah yang perlu kau tempuhi
Sebaik sahaja kau masuk, kau takkan dapat keluar sewenangnya.

Kepada kawan2 di Mesir, enjoy your holiday while you still can.
Once again I admit, jeles sungguh melihat gambar yang antum post
But nothing I can do anymore. haha
Kutip la mutiara2 di sana
Harap antum sudi berkongsi experiences you gain there. (:





NinjaYangHilangKeosemannya
Beit Syuhada
31012014

p/s: entah berapa banyak post yang kena dibuat untuk mengekspresi dunia baru aku ni. Rasanya ini yang terakhir. Haha. Lol. Hopefully, aku memang jenis yang payah merasa kehilangan. Sentimental sungguh. =="


Tuesday, 10 December 2013

Exhausted


بسم الله الرحمن الرحيم


*sneezing...sneezing...sneezing* fuh.. Berhabuknya. Nak tulis apa ye? Macam tak muat je dalam satu post.

Too many things that just happened around me 3 months back.

Bermula dengan demokrasi antara penyokong Morsi dan puak tamarud bulan Julai lepas yang Allah susun betul-betul berdekatan dengan musim exam. Lantas, demokrasi tersebut sedikit sebanyak mengganggu psikologi kami yang sedang menduduki exam. Bukan kerana takut sesuatu terjadi pada kami, tetapi semangat untuk melihat apa yang berlaku secara langsung tentang apa yang berlaku di luar sana. 

Then, summer break was back. When I came back to Malaysia, Presiden Mursi telah dikhianati oleh pihak tentera yang beliau beri kepercayaan kepadanya. 

Along demo-thing, R4BIA happens. Until now. semangat mereka tetap membakar walau telah beberapa bulan berlalu.

Ekoran dengan situasi yang agak kacau ketika itu, setelah melakukan perincian kembali kerajaan telah membuka tawaran kepada pelajar Malaysia di Mesir untuk membuat pilihan sama ada untuk terus menyambung pengajian di Mesir atau mendapat tawaran istimewa untuk sambung di Malaysia. 

Ramai yang berbelah bahagi untuk membuat pilihan yang kelebihannya hampir tidak nampak antara keduanya. 

Mesir ada kelebihannya tersendiri. Kesempatan yang bukan mudah untuk diperoleh antaranya adalah mendalami bahasa Arab dan talaqqi al Quran bersama syuyukh. Di sana juga, potensi diri mudah berkembang disebabkan jumlah student tidak terlalu ramai. Maka dengan itu juga ukhuwah mudah dipupuk. Paling banyak kesannya adalah tarbiyah yang mantap, sukar untuk diperoleh lebih2 lagi di Malaysia. I felt like I'm alive back then. Walaupun penat itu terasa. Tapi manisnya lebih dirasai. Dan kat sana boleh jadi musyrif. :3

Tentunya di Malaysia, kelebihannya juga ada. Dengan suasana persekitarannya yang lebih selesa dan 'aman'. Nobody will insult us. Lebih dekat dengan famili. Kelas pembelajarannya yang juga selesa dan tidak memenatkan. maybe. Lebih kenal dengan masyarakat sebenar Malaysia. 

My own reason? Biarlah aku je yang tau. Biarlah aku je yang rasa. Just don't make any bad assumption or perception. 

Ekceli, too many things that need to put into consideration. Hanya petunjuk dari Allah je yang dirasakan boleh membantu apakah pilihan kita itu tepat atau tidak waktu itu. Yeah, only that. 

And now, I'm at MSU. Universiti swasta. Neither big nor small. the first thing that I am looking forward is, "ada ikhwah tak kat sini?" hehe. Biah tentu lah tidak se-islamik Mesir but still yang berpurdah tu ada walaupun bukan dari program pengajian yang sama. Lebih kurang 5-6 orang bekas Universiti Cairo juga ditempatkan di sini. Hope that I make a right choice. 

Sekarang dah sebulan lebih aku di sini. For myself note, sampai sekarang belum balik ke rumah.
Qowiy tak? -__-. Minggu lepas baru sahaja tamat exam pertama. Nampak lebih mudah tapi tetap perlu baca buku baru boleh jawab.



Apapun yang berlaku, di mana saja anda berada, Tarbiyah dan Dakwah itu berjalan. Put yourself together and move on. I'm gonna make myself better here. Yosh.

The only one thing that I think about until know and i don't have an answer is,
Macam mana nak maintan 'aku' yang dahulu di Mesir semasa aku di sini?  dan
Macam mana nak aplikasikan DnT yang aku dapat dulu di dunia sebenar ini?

Yeah, it's quite tough here. in academic and to keep myself in right path. 
May He guide me all along the way.
Living well.
Living hell.
You are the one will choose. Not others.
Thabbit qulubana. 

p/s: This post looks like not me. Really. Haha. 


NinjaOsem
Shah Alam.
ex-Beit Fateh, Mesir.



Wednesday, 28 August 2013

Can't Stand?

بسم الله الرحمن الرحيم



Menyampaikan kalam Tuhan
mesej rasul kekasihNya

bukan hanya kepada masyarakat
bukan hanya kepada kawan kita
bukan hanya kepada anak buah kita
bukan?

tapi yang paling utama kepada our own blood, right?
keluarga kita sendiri



kita rasa bersalah kalau kawan kita tersilap langkah
kita rasa nak lempang diri sendiri bila orang di luar sana tak dapat rasa kasih sayang Allah
tapi bila keluarga sendiri, our own family buat salah even yg basic
kita diam seribu bahasa
pekakkan telinga, butakan mata
seolah olah angin badai yang datang akan berlalu jua akhirnya
apakah?

nikmat bila mengajak kawan kita ke arah kebaikan
tak sama dengan
mengajak ahli keluarga sendiri
seperti manisnya gula dan madu yg tak sama
cabarannya tak sama

Kamu boleh cari 1001 cara utk tarik kawan dan mereka ke arah syurga
kenapa when it comes out with ur family,
10 cara pun tak lepas?
kenapa that hamasah and never give up tak ada untuk keluarga sendiri?


Aahh
Pedih x2
Kalau dalam semua situasi kita buat tak endah je?
pehh, triple pedih.

p/s: bestnye ramadhan tahun ni.
monolog bertimbun2

11082013
NinjaOsem
Kg. Bandar


Thursday, 22 August 2013

That Feeling

بسم الله الرحمن الرحيم



Sometimes, kita lupa untuk tujuan apa kita melakukan semua itu. 

bersusah payah siang dan malam 
bersengkang mata melawan desakan nafsu
jatuh bangun duduk berdiri kita
untuk apa selama ini

lupa
dan bila kita nak mengingatkan diri kita semula
jawapan segala persoalan yang dicari itu samar, kelam
tak ketemu 
tiada cahaya yang memandu 
Bila mahu dicari someone utk muntahkan soalan ini
segalanya tersekat
vocal cord tidak mahu mengeluarkan kata
our thought and motor signal ke mulut tak selari


Untuk apa?
Kenapa kita sanggup bertahan selama ini
Kenapa kita rela disakiti dan diuji seberat ini

Perasaan bila kita tak jumpa jawapan itu,
hanya Dia yang tahu
resah
kacau
sakit
bukan? *mybe dia je rasa kot*



Jangan pernah lupa ini
they sacrifice many things to make you a better person
to lead ur family, ur siblings
they put a big hope dan faith on you
not just them, but ur own whole big family, ur grandma, ur grandpa's siblings!!
don't u dare to make heart broke like a glass?
we don't hear that shattered sound, dont we? 

Thabbit qulubuna 
Thabbit qulubuna 
Thabbit qulubuna

iyyaka na'budu wa iyyaka nasta'in. 
ihdina as-sirat al-Mustaqim.. 
jalan yang Kau beri nikmat kapadanya
bukan jalan yang Kau murkai dan jalan mereka yang sesat.


Lekatkan lah jawapan itu teguh dalam hati ini
Agar langkah ini takkan pernah henti
Hamasah as Syabab 

dalam semua lapangan kehidupan




11082013
Ninja Osem
Kg. Bandar



Saturday, 20 July 2013

Macam Mana Ramadan?


بسم الله الرحمن الرحيم


Sedar tak sedar dah 11 hari kita berpuasa. Bermakna kita dah masuk fasa kedua dalam bulan Ramadhan yakni fasa pengampunan. 


Jadi, bagaimana Ramadhan kita? Rasa seronok kah? Atau anda sudah tidak sabar ingin memilih warna tema baju raya tahun ini? Hmm.

Sudah berapa juz anda tilawah al Quran?
Sudah berapa kali kita bangun malam menghina diri di hadapan Tuhan Yang Menguasai langit dan bumi?
Sudah berapa kali air mata kita menitik-nitik, menangis kerana menyesal dengan dosa kita dan takut akan azabNya? 
Bagaimana pula dengan amalan sunat kita?
Setiap malamkah kita solat tawarih? Eh, tarawih?
Sudah janggalkah kita untuk berkata nista dan bersembang kosong?
Sudah jinakkah nafsu syahwat kita?
Berapa jam kita tidur dalam sehari? Makin sikit dari hari-hari biasa atau makin lama tidur kita?



Kita selalu minta Allah memberi kita peluang untuk kita berubah menjadi lebih baik.
Tapi bila Allah bagi kita peluang itu, kita buat-buat tidak peduli saja.
Bila mana Allah datangkan Ramadhan, peluang terbesar yang sepatutnya menjadi titik tolak perubahan diri kita, 
Bilamana bulan yang dikhususkan untuk kita mendidik ini kita sia-siakan,
Apa lagi yang kita mahu minta dari Allah?
Tak malu kah kita?



Syaitan sudah dibelenggu di bulan ini.
Anda mahu kata mereka yang menghasut anda membuat dosa? Pfft
Jadi, hakikatnya anda sedang berperang dengan diri sendiri selama ini
dengan nafsu anda yang liar itu.

Solusi, hadapilah dengan diri anda itu dengan berani
Takkan anda mahu dikalahkan dengan diri anda?
Kerana lemahnya diri anda?



"Ana dah semangat awal-awal dulu tapi lepas seminggu dah hilang semangat ana nak baca Quran"

"Entah la, Man. Rasa tak larat pulak buat Qiam hari2. Tak tau kenapa"



Sebab itu lah, kita ini perlu beramal kerana kefahaman kita. Kerana bila kita faham, apa punyang menghalang kita tetap akan berusaha untuk beramal. Bukan taqlid buta. Bukan juga sebab semangat yang semestinya akan turun naik ini. Bila semangat hilang, hilang la amal kita. 

Sebab itulah juga, rukun bai'ah yang pertama karangan IHAB adalah rukun FAHAM.

Sabda Rasulullah s.a.w.,

"Seorang faqih lebih menyusahkan syaitan berbanding seribu abid"
(At-Tirmizi)

Umar bin Abdul Aziz berkata pula,

"Sesiapa yang beramal tanpa ilmu, dia lebih banyak merosakkan berbanding mengislah"



Jadi persoalannya,
anda faham ke kenapa kita kena puasa?
Adakah anda faham kenapa kita digalakkan menunaikan solat tarawih?
Anda sudah faham fadhilat2 bulan Ramadhan?
Bulan Ramadhan ini sebenarnya untuk apa?

*Jawapan yang anda perlu cari sendiri

Sedikit tips untuk melawan diri sendiri (nafsu):



Akhir kalam,
Selamat menambah amal di bulan Ramadhan ini.
Rebutlah peluang yang masih berbaki ini sehabis baik
Teruskan melawan diri sendiri. 
Cari punca penyakit, diagnose, cari rawatan yang bersesuaian, dan rawatlah diri anda yang tenat itu.
Jangan biarkan penyakit anda itu merebak yang akhirnya membawa padah.
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada guna.

Mudah-mudahan anda mengerti hakikat kehidupan anda
Mudah-mudahan anda adalah salah seorang yang thabat dalam memperjuangkan agama ini



Yang sentiasa cuba bertahan,
Ninja Osem
Beit Fateh



Thursday, 18 July 2013

Matematik Kehidupan

بسم الله الرحمن الرحيم


Exam dah lama pergi. Yeah! Semua excited. Ye lah, mana ada orang yang rindu nak duduk ambil exam balik. Pelbagai status muncul di muka buku dan pengicau burung. Mengekspresi kegembiraan kepada dunia. Sekarang, kebanyakan students sudah tiba di Malaysia melepaskan rindu pada keluarga masing-masing di samping alasan tidak tahu apa yang ingin dibuat di Mesir ini. Saya? Masih menunggu jawapan risikan yang belum pasti dari si dia. Eh. Berdebar rasanya.


Satu fenomena yang sedih berlaku dalam kalangan kita bila habis je exam, kebanyakan maklumat yang kita command kepada otak untuk disusun supaya tidak hilang sewaktu exam kini hilang. Macam hysterical amnesia. Berapa banyak ilmu yang kita hafal dulu masih kita ingat? 


Berapa banyak pula ilmu yang masih kita ingat dipraktikkan dalam kehidupan seharian kita?
Ilmu yang kita tuntut sepanjang kita di universiti dan sekolah bukan bertujuan semata2 untuk digunakan dalam alam pekerjaan. 
Seharusnya tujuan kita itu perlu diperluas dan dimanifestasikan dalam setiap detik kehidupan kita. 
Agar manfaat dari ilmu yang kita miliki itu bukan hanya dirasai oleh patient sahaja, anak murid sahaja tapi seluruh masyarakat yg mampu dicapai oleh kita.

Bukankah?






Kerana ilmu itu bukan hanya perlu disimpan di kotak memori, tapi perlu dihayati dengan hati. 
Bila mana Matematik itu, kita mampu untuk tadabbur, maka akan melahirkan kefahaman TnD.
Bila mana Medik itu pula, mampu kita tadabbur, tersingkaplah dan jelaslah bahawa tanda kekuasaan Allah itu terlaaalu banyak. Malah boleh diaplikasikan dalam mentarbiyah diri kita dan menarik perhatian mereka di luar sana ke arah Islam.


Berapa banyak, ilmu yang kita belajar hanya untuk dimuntahkan dalam dewan peperiksaan? dalam temuduga? hafalan hanya untuk lepas grade? hanya untuk digunakan semasa bekerja nanti?


Belajarlah untuk berfikir lebih dari itu
Belajarlah untuk lakukan bukan hanya untuk masa depan anda
Belajarlah untuk faham sesuatu yang tersirat disebalik semua ilmu yang kita belajar.


Anda ingin lihat contoh mereka yang memaksimakan penggunaan ilmu untuk kebaikan masyarakat?...
Cubalah tonton siri2 'Numb3rs'. Ada 5 seasons kesemuanya. Ilmu matematik yang dia miliki digunakan untuk menyelesaikan jenayah yang tak mampu diselesaikan oleh manusia biasa. 




Ninja Osem
Beit Fateh


Sunday, 14 July 2013

Menambah Berat

بسم الله الرحمن الرحيم

040713...

Alhamdulillah. tamat sudah exam Anat kami tahun ini. Tinggal satu paper lagi, Psychology. Sebagai meraikan penat lelah selama ini di samping mengeratkan ukhuwah, kami (budak2 Johor) bersepakat untuk  menjamu makan tengah hari di restoran Spectra. Restoran yang agak mewah dengan jubin2 dinding yang diukir rapi beserta alunan muzik barat yang agak moden.


Sebagai orang yang tak pernah keluar ke restoran mewah, aku terpinga2 apabila menu disajikan. Agak lama juga untuk membuat keputusan yang tepat. Tak mahu lah bila peluang yang hanya jarang datang, hancur kerana tersilap memilih hidangan. Akhirnya, Grilled Chicken Shrimp Sauce. Antara termurah berbanding kawan2 ku yang lain. Tapi, kita lihat nanti.


Di sepanjang tempoh penyediaan makanan, kami berborak sakan, Mana tidak nya, lama tidak bersua. Aku, hanya perhatikan sahaja gelagat kawan2 ku ini.  Ceria. Senyuman mereka yang menawan terserlah. Dengan lawaknya yang boleh tahan. Budak keluaran Maahad Johor itu menjadikan suasana agak hidup. Dengan kamera handphone yang senyap2 menangkap gambar kami. HTC la katakan.

Johorians


Satu per dua jam berlalu. Hidangan tiba satu per satu. Mampu kah aku habiskan semua ini? Mampu kah mereka habiskan semua ini?  Hmm.

<<Fast forward>>

Semua nampak kekenyangan, tapi makanan tak surut-surut kat atas meja. (Tu lah. sape suruh order lebih2).
Aku masih tekun menghabiskan setiap butir nasi. Kawan-kawan lain perhati je aku. Kata mereka perut aku seperti perut jin ==". Aku hanya tersenyum. Bukan apa. Teringat pula pesan ummi yang selalu ingatkan supaya jangan biarkan nasi tu menangis sebab kita tak makan dia. Haha. Agak pelik tapi membekas. Selalu juga ummi mengingatkan supaya sentiasa fikirkan nasib mereka yang tidak berpeluang seperti kami di luar sana. 
Ah, nasihat mereka kadang baru kita mengerti bila kita meningkat dewasa. 

Petang tu, pinggan aku antara yang licin. Kebanyakan yang lain ditapau ke rumah. Hajat aku nak makan 
Red Velvet petang itu tak kesampaian. Huh. Kesian pulak mereka menunggu aku nanti. Mungkin lain kali. Lagipun, petang tu ada misi yang dah lama dinanti.


Cukuplah pengalaman pertama merasa kemewahan restoran di Maadi ini. Terpikir macam mana mereka boleh pergi dua tiga restoran dalam satu masa. O_o. 


"Jika kamu bersyukur, pasti akan Aku tambahkan nikmat kepadamu." 
(Ibrahim: 7)


"Nikmat mana lagi yang kamu dustakan?"
(ar-Rahman:13)


Terngiang-ngiang ayat ini di cochleaku. 



p/s: Pelik pula bila lelaki post pasal makanan. Err. -,-


040713
Ninja Osem
Beit Fateh


Tuesday, 25 June 2013

Pengiring Marhaen

بسم الله الرحمن الرحيم


"Salam, akhi. Boleh tolong teman Sham ke muhafazah2 tak esok? Ada urusan AS yang dia nak selesaikan." pinta Uzair tersekat-sekat.
"Ha? Err. Ok je tapi kalau ada orang lain lebih baik anta utamakan mereka" perlahan aku menjawab.
"Itu lah akhi. Ana dah tanya semua ikhwah dah. Tak de siapa yang free. Ada yang ada exam esok lusa. Ada yang dah ada plan sendiri" terang Uzair bersungguh
"Oh, ye ke? Hmm. InsyaAllah ok je kot. jawab aku ringkas.
"Syukron, akhi. Moga Allah balas. Esok di Ramsis ye. Zohor di sana." 



Kadang-kadang, maksud saya, setiap masa, manusia hanya akan melakukan sesuatu jika perkara tersebut memberi manfaat kepada dirinya. That's mean, kalau tidak bermanfaat atau mendatangkan mudharat kepada mereka, mereka hanya akan mengendahkan saja ataupun mencipta alasan untuk melepaskan diri.


Tetapi bila kita terpaksa melakukan juga perkara tersebut, dipenghujungnya kita akan sedar perkara itu tidak lah tak memberi manfaat langsung kepada kita. Indeed, kita akan dapat juga sesuatu itu. If we believe that, everything that happens there is a blessing. 


Itu lah yang berlaku tatkala saya menerima permintaan ini. Pada mulanya, tampak sangat berat 'coz otak saya hanya tertumpu pada keinginan untuk menghabiskan revision Biochem for the next exam. Tapi, semasa menjalankan tugas tersebut, I got something. Something that can refresh my intention (niat) dan mujahadah spirit. 


Kawan yang saya iring yang digelar Pocik, sepanjang perjalanan ada sahaja cerita2 yang membuatkan diri ini secara refleksi bermuhasabah diri.
Oh, lupa nak beritahu. Pocik antara orang termuda yang menyertai rombongan ke Gaza dalam misi Aqsa 2 Gaza 16. Misi adalah untuk meninjau projek Aqsa Syarif dan menyertai GMJ di sana di samping objektif2 yg lain.
Antara yang saya tak boleh lupa adalah tentang satu kisah,

"Anta tahu tak, mujahidin yang sentiasa mengawal (ribat) kat setiap post2 (baca: stesen2) setiap malam, bukan lah calang2 orangnya. Ada sorang tu, umur dia 18 tahun je, tapi dah diberi taklifan untuk menjaga barisan hadapan. Ada juga seorang pak cik ni, cuba anta teka umur dia berapa?"
"Hmm, 50 tahun?" teka aku rambang.
"76 tahun akhi! (kalau tak silap) Tak terbayang rasanya. Lepas tu, ana cuba la bersalaman dengan dia sambil sebelah tangan memegang lengan pak cik tu. Ana berkira-kira mungkin standard pak cik2 biasa la kan kat mana2 (kurus dan sama makna dengannya), tapi fikiran ana jauh meleset. Terkejut ana. Sangat tough. Keras lagi dari ana."

Sambungnya lagi, pernah di suatu hari, anak2 muda yang turut sama menjaga kawasan pada waktu malam menasihati pak cik ni supaya berehat di rumah, tidak usah berjaga seperti ini. Biar mereka yang muda2 sahaja yang berkawal. 

Pak cik tu menjawab,
"Di mana aku nak letak ayat al Quran ini? Macam mana aku nak jawab dengan Allah nanti di akhirat" (dibacanya ayat 41 surah at-Taubah)

"Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), 
sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat 
(disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab), 
dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). 
Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."


Selepas itu, anak2 muda itu pun senyap. Tersedar. Tidak tahu mahu dibalas dengan hujah apa. Sungguh hebat penangan pak cik itu.




Juga Pocik cerita kan sesuatu yang saya dapat simpulkan seperti ini. 

Kita semua ada tugas kita masing2. Dan tugas2 tersebut sangat penting walau sekecil manapun dia. Apatah lagi yang besar. 

Cuba bayangkan andai seorang pejuang yang menjaga kawasan di Gaza itu cuai dengan tugasnya, bukankah itu boleh mendatangkan bahaya? Pernah suatu masa dahulu, seorang perisik Israel berjaya menembusi kawasan mujahidin. Beberapa mujahidin terkorban, syahid alhamdulillah. Tapi gara2 mereka lalai dalam tugas.

Kita juga seperti itu. Jangan anggap apa yang kita buat, taklifan yang diberi, jawatan yang kita pegang ini kecil (sambil membayangkan beberapa jawatan yang aku pegang sekarang). Even driver kereta pun berguna. Even tukang masak pun perlu.  Kalaulah tukang masak takde, macam mana nak makan? Kalau driver malas nak memandu, siapa yang boleh hantar penumpang2 ini?
*Sila lah kaitkan analogi ini dengan diri anda*.


"Semoga Allah menolong anta, akhi, Bersalah pula rasa. Ana tengok tangan anta tak lekang dengan buku. Ada masa je baca. InsyaAllah najah ye"
Saya tersenyum sendirian, 
"Tak yah rasa macam tu la. Siapa lagi yang boleh tolong anta? insyaAllah baik2 je semua" (:
Merenung jauh. Ya. Semoga baik2 semuanya.


Balik bukan dengan 'tangan kosong'. Ilmu medik dapat. Taujihat ruhi pun dapat. Alhamdulillah.

Benar lah kata Allah, tak semua yang kita suka tu baik. Dan tak semua yang kita tak suka tu buruk. Apa yang penting, everythings that happens there is a blessing (hikmah). Walaupun kita tak nampak hikmah itu. 


Wallahu A'lam.



Ninja Osem
31 Mei 2013
Beit Fateh



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...