Showing posts with label Tarbiyah. Show all posts
Showing posts with label Tarbiyah. Show all posts

Tuesday, 25 June 2013

Pengiring Marhaen

بسم الله الرحمن الرحيم


"Salam, akhi. Boleh tolong teman Sham ke muhafazah2 tak esok? Ada urusan AS yang dia nak selesaikan." pinta Uzair tersekat-sekat.
"Ha? Err. Ok je tapi kalau ada orang lain lebih baik anta utamakan mereka" perlahan aku menjawab.
"Itu lah akhi. Ana dah tanya semua ikhwah dah. Tak de siapa yang free. Ada yang ada exam esok lusa. Ada yang dah ada plan sendiri" terang Uzair bersungguh
"Oh, ye ke? Hmm. InsyaAllah ok je kot. jawab aku ringkas.
"Syukron, akhi. Moga Allah balas. Esok di Ramsis ye. Zohor di sana." 



Kadang-kadang, maksud saya, setiap masa, manusia hanya akan melakukan sesuatu jika perkara tersebut memberi manfaat kepada dirinya. That's mean, kalau tidak bermanfaat atau mendatangkan mudharat kepada mereka, mereka hanya akan mengendahkan saja ataupun mencipta alasan untuk melepaskan diri.


Tetapi bila kita terpaksa melakukan juga perkara tersebut, dipenghujungnya kita akan sedar perkara itu tidak lah tak memberi manfaat langsung kepada kita. Indeed, kita akan dapat juga sesuatu itu. If we believe that, everything that happens there is a blessing. 


Itu lah yang berlaku tatkala saya menerima permintaan ini. Pada mulanya, tampak sangat berat 'coz otak saya hanya tertumpu pada keinginan untuk menghabiskan revision Biochem for the next exam. Tapi, semasa menjalankan tugas tersebut, I got something. Something that can refresh my intention (niat) dan mujahadah spirit. 


Kawan yang saya iring yang digelar Pocik, sepanjang perjalanan ada sahaja cerita2 yang membuatkan diri ini secara refleksi bermuhasabah diri.
Oh, lupa nak beritahu. Pocik antara orang termuda yang menyertai rombongan ke Gaza dalam misi Aqsa 2 Gaza 16. Misi adalah untuk meninjau projek Aqsa Syarif dan menyertai GMJ di sana di samping objektif2 yg lain.
Antara yang saya tak boleh lupa adalah tentang satu kisah,

"Anta tahu tak, mujahidin yang sentiasa mengawal (ribat) kat setiap post2 (baca: stesen2) setiap malam, bukan lah calang2 orangnya. Ada sorang tu, umur dia 18 tahun je, tapi dah diberi taklifan untuk menjaga barisan hadapan. Ada juga seorang pak cik ni, cuba anta teka umur dia berapa?"
"Hmm, 50 tahun?" teka aku rambang.
"76 tahun akhi! (kalau tak silap) Tak terbayang rasanya. Lepas tu, ana cuba la bersalaman dengan dia sambil sebelah tangan memegang lengan pak cik tu. Ana berkira-kira mungkin standard pak cik2 biasa la kan kat mana2 (kurus dan sama makna dengannya), tapi fikiran ana jauh meleset. Terkejut ana. Sangat tough. Keras lagi dari ana."

Sambungnya lagi, pernah di suatu hari, anak2 muda yang turut sama menjaga kawasan pada waktu malam menasihati pak cik ni supaya berehat di rumah, tidak usah berjaga seperti ini. Biar mereka yang muda2 sahaja yang berkawal. 

Pak cik tu menjawab,
"Di mana aku nak letak ayat al Quran ini? Macam mana aku nak jawab dengan Allah nanti di akhirat" (dibacanya ayat 41 surah at-Taubah)

"Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), 
sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat 
(disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab), 
dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). 
Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."


Selepas itu, anak2 muda itu pun senyap. Tersedar. Tidak tahu mahu dibalas dengan hujah apa. Sungguh hebat penangan pak cik itu.




Juga Pocik cerita kan sesuatu yang saya dapat simpulkan seperti ini. 

Kita semua ada tugas kita masing2. Dan tugas2 tersebut sangat penting walau sekecil manapun dia. Apatah lagi yang besar. 

Cuba bayangkan andai seorang pejuang yang menjaga kawasan di Gaza itu cuai dengan tugasnya, bukankah itu boleh mendatangkan bahaya? Pernah suatu masa dahulu, seorang perisik Israel berjaya menembusi kawasan mujahidin. Beberapa mujahidin terkorban, syahid alhamdulillah. Tapi gara2 mereka lalai dalam tugas.

Kita juga seperti itu. Jangan anggap apa yang kita buat, taklifan yang diberi, jawatan yang kita pegang ini kecil (sambil membayangkan beberapa jawatan yang aku pegang sekarang). Even driver kereta pun berguna. Even tukang masak pun perlu.  Kalaulah tukang masak takde, macam mana nak makan? Kalau driver malas nak memandu, siapa yang boleh hantar penumpang2 ini?
*Sila lah kaitkan analogi ini dengan diri anda*.


"Semoga Allah menolong anta, akhi, Bersalah pula rasa. Ana tengok tangan anta tak lekang dengan buku. Ada masa je baca. InsyaAllah najah ye"
Saya tersenyum sendirian, 
"Tak yah rasa macam tu la. Siapa lagi yang boleh tolong anta? insyaAllah baik2 je semua" (:
Merenung jauh. Ya. Semoga baik2 semuanya.


Balik bukan dengan 'tangan kosong'. Ilmu medik dapat. Taujihat ruhi pun dapat. Alhamdulillah.

Benar lah kata Allah, tak semua yang kita suka tu baik. Dan tak semua yang kita tak suka tu buruk. Apa yang penting, everythings that happens there is a blessing (hikmah). Walaupun kita tak nampak hikmah itu. 


Wallahu A'lam.



Ninja Osem
31 Mei 2013
Beit Fateh



Saturday, 8 June 2013

GMJEgypt '13

بسم الله الرحمن الرحيم


Alhamdulillah.

Segalanya berjalan lancar. Walaupun matahari terik membahang, semangat memperjuangkan kebebasan Palestina tidak kelihatan luntur dari jiwa masyarakat Arab dan Malaysia di sini. Keteraturan perarakan tu tidak boleh expect lebih la. Ini bukan perarakan di dalam stadium. 

Umur bukan penghalang mereka menyatakan solidariti.
Kekangan masa bukan alasan untuk mereka tidak sertai
Kerana mereka yakin akan janji Allah
Siapa menolong agamaNya, pasti Dia akan menolong mereka.


Ada saja orang tua bertongkat 4
Ada saja kanak2 comel
Ada saja mereka yang beberapa hari sahaja lagi akan menduduki exam subjek killer
Ada sahaja mereka dari jauh (baca: muhafazah)
Tapi mereka mengenepikan hal-hal itu
Atas prinsip biar amal aku ini diterima meskipun kecil biji sawi cuma


"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman, 
jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) 
bahawa mereka akan beroleh Syurga..." 
(at Taubah: 111)

Apapun, puas la semalam. Penat terasa selepas pulang ke rumah. Aneh.









Sekian. Tahu Malaysia lagi ramai. Memasang harapan mereka (baca: Malaysian) yang di Mesir pun ada semangat macam kalian. 

Banyak lagi kerja.
Cukup lah Allah sebagai penolong.


Ninja Osem
Beit Fateh


Wednesday, 22 May 2013

Blackout

بسم الله الرحمن الرحيم




Adegan adegan blackout semakin menular hingga telah sampai ke Mesir.
Lebih parah lagi, di waktu ini pelajar Cairo sedang mempersiapkan diri untuk menduduki exam utk subjek killer Physiology.

Maka mula lah ramai mencari inisiatif untuk mengatasi masalah ini.
Ada yang memasang lilin dalam kegelapan malam
Ada yang membeli lampu bateri agar lebih terang dan selesa
Yang ingin berjimat, mereka akan 'berhijrah' ke rumah kawan kawan mereka
sambil menyelam minum air, bukan? huhu

Alhamdulillah..aku tidak mengalami apa yang mereka alami.

"Nikmat Tuhan manakah lagi yang kamu dustakan?"


Aku terfikir, di dunia mampu lah kita mencari inisiatif
untuk menerangkan rumah kita dengan contoh di atas.
Tapi, kalau blackout dekat dalam kubur. Bagaimana mahu kita meneranginya?
Masih boleh kah kita mencari usaha dan inisiatif? T____T
Anda tahu jawapannya.

Maka, marilah kita sama-sama mencari inisiatif untuk mengelakkan 
blackout berterusan di dalam kubur nanti..
Jangan dah terhantuk, baru nak terngadah

Bersyukur lah juga kita kerana diselamatkan dari hitamnya jahiliyah dan maksiat.
Telah bersyukurkah anda?
Tanda anda terkesan dengan cahaya iman adalah anda mahu bersusah payah 
untuk menerangkan rumah orang lain.



p/s: Selamat menghabiskan saki baki masa yang ada. Berjuanglah hingga  ke akhirnya.
Salam dari rumah yg tak blackout. ^_^
Eh, blackout lah. Alhamdulillah, dah habis baca lah. :p


Ninja Osem
Beit Fateh




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...