Tuesday, 19 June 2012

Kyuubi Jinchuriki

بسم الله الرحمن الرحيم



"Hidup dalam suasana exam membuatkan anda hampir tidak siuman.. Betulkah? Mana tidaknya, entah apa-apa tajuk entri anda kali ini...hihi"

     Mungkin itu lah salah satu andaian anda berkenaan tajuk saya kali ini. Untuk pengetahuan kalian, Kyuubi Jinchuriki adalah nama seorang kawan saya yang berada di Jepun. Baru sahaja berkenalan dengannya. Anda percaya? hmm, sah la anda tidak pernah menonton cerita animasi Naruto, cerita yang boleh dikatakan sangat terkenal bagi peminat cerita anime.




     Pernah suatu ketika dahulu, seorang ikhwah menegur saya kerana sering melihat ku di hadapan laptop menonton cerita Naruto,

"Akhi, kenapa anta tengok cerita Naruto ni? Best ke? Jahiliyah kot semua tu..anta lupa ke, baru je pergi SJ semalam"

= ="

     Teguran yang agak direct itu berasas jugak kalau dipikirkan. Kerana dahulunya, saya agak benci juga melihat cerita-cerita mengarut seperti ini. mungkin kerana ayahku juga benci. Tetapi setelah terlihat seorang kawan menontonnya pada suatu hari, saya ternampak banyak maksud tersirat yang boleh di ambil dari cerita ini. dan salah satunya adalah Kyuubi Jinchuriki..haha

(Biarlah saya ceritakan serba sedikit)

------------------------------------------------------------------

     Kyuubi itu merupakan seekor raksasa yang sangat ganas, liar, menakutkan dan juga sangat kuat. Sewaktu Naruto baru dilahirkan, raksasa ini telah dimasukkan ke dalam badannya oleh ayahnya. Dek kerana raksasa ini, Naruto sering disisihkan oleh penduduk kampungnya. Mereka takut untuk mendekatinya kerana takut akan disakiti olehnya. Kesepian yang dialami Naruto berpanjangan sehinggalah dia meningkat remaja. Kini, jika Naruto dalam keadaan marah, raksasa itu akan mampu menguasai badannya sepenuhnya...yang akan menjadikan Naruto menjadi sangat kuat, tetapi juga tidak terkawal. Oleh kerana tidak terkawal, dia tidak dapat membezakan antara kawan dan lawan sehingga hampir sahaja dia membunuh sahabatnya sendiri, Sakura. 

Kyuubi yang menguasai Naruto



     Oleh sebab dia tidak mahu tragedi mencederakan kawannya sendiri berulang kembali, dia belajar untuk mengawalnya sehabis mungkin. Akhirnya, dia mampu menguasai Kyuubi itu. Apabila dia bertembung dengan pihak lawan yang kuat, dia akan gunakan kelebihan itu untuk menjatuhkan pihak lawannya.. Menakjubkan, Kyuubi itu kini tunduk kepada Naruto, menjadikan dia lebih kuat tanpa hilang kawalan.”


Saya mula mengaitkannya dengan alam realiti, bahawasanya setiap manusia mempunyai Kyuubinya masing-masing..

"Apa anda merepek ini wahai helang yang hebat? sudah-sudah la tu..."


     Hmm.. betul apa.. kita juga ada Kyuubi.. Ia sangat membahayakan, sangat kuat, mampu mengawal diri kita dan mampu membunuh atau mencederakan orang yang kita sayangi. Kyuubi manusia tidak mampu disingkirkan mahupun dihapuskan selama-lamanya, kerana ia telah diletakkan oleh Tuhan sejak ruh memasuki jasad. Namun, manusia hanya ada dua pilihan sahaja iaitu sama ada menguasai Kyuubi itu atau membiarkan ia menguasai kita.. 

     Untuk menguasainya dan menjinakkannya, seseorang itu memerlukan ilmu, perjuangan dan semangat yang kuat..dan apabila Kyuubi itu berjaya dikawal sepenuhnya, manusia itu akan menjadi yang terbaik dan terkuat. Dia mampu menggunakan Kyuubinya itu untuk kebaikan dan kebajikan, malah mungkin lebih hebat daripada itu. 


(anda mula terfikir dan melihat sesuatu yang boleh dikaitkan dengannya. Adalah Kyuubi itu equal to......)


     Aiwa. N.A.F.S.U. Kita semua mempunyai nafsu yang sudah ditetapkan oleh Allah. Setiap dari kita memilikinya. Bezanya kita dengan seseorang yang lain adalah berjayakah kita mengawal nafsu yang ada dalam diri  kita. Jikalau seseorang itu mampu menjinakkan nafsu عمّارة nya kepada nafsu مطمئن, maka sudah pasti dia akan menjadi orang yang hebat. 

Sehebat Nabi yang menjadikan seluruh hidupnya untuk menegakkan Islam, 

para sahabat yang sanggup meninggalkan kemewahan  untuk menyertai peperangan, 

ulama-ulama kabir,

atau mungkin contoh paling dekat pemimpin Ikhwanul Muslimin, Sheikh Dr Badi'e. 

dan banyak lagi. jenuh nak tulis semua 

     Tidak dapat dinafikan, untuk mengawalnya memang payah, kerana ia memerlukan mujahadah yang sangat kental dan himmah yang tidak putus. 


Bukankah payah?

melawan nafsu yang berat solat untuk turun berjemaah
melawan nafsu yang ingin menonton Law of Ueki kepada menonton ceramah
melawan nafsu yang ingin menayangkan rambut kepada berjilbab
melawan nafsu yang suka lagu cintan cintun kepada lagu islamik dan al-Quran


     Namun, ianya tidak mustahil. Lihatlah sahaja contoh para sahabat yang bersusah payah memperjuangkan iman mereka seperti Bilal bin Rabah yang sanggup dihempap batu mempertahankan iman, Khabab bin Aratz yang dibakar hidup-hidup sehingga lemaknya dapat memadamkan arang yang membara dan puluhan sahabat-sahabat yang lain..Kalau diikutkan nafsu, boleh sahaja mereka berbohong murtad untuk menyelamatkan diri....tetapi mereka tidak 


"Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku; sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah dia dari hasutan nafsu itu). Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
(Surah Yusuf  : 53)


"Kita baru kembali dari satu peperangan yang kecil untuk memasuki peperangan yang lebih besar. Sahabat terkejut dan bertanya, "Peperangan apakah itu wahai Rasulullah?" Baginda berkata, "Peperangan melawan hawa nafsu." 
[Riwayat al-Baihaqi]


Pergilah kamu wahai nafsu


Tidak mahukah anda menjadi seperti mereka?
mampu menundukkan nafsu
mendidik jiwa
membentuk iman
memperhebat taqwa
memperjuangkan agama
mempertahankan Islam...


Ayuh,
hilangkan karat-karat jahiliyah
bersihkan titik-titik hitam
sucikan dosa dan noda
yang tersorok di hati
bermula dari sekarang


untuk melangkah ke bulan Syaaban yang akan tiba sehari dua lagi
menuju  Ramadhan seterusnya
agar di bulan yang barakah itu nanti
hanya perlu fokus melipatgandakan ibadah
mengumpul pahala sebanyaknya

carilah isi sebenar... naruto itu hanyalah analogi yang merapu...~


-smartheart-



Wednesday, 13 June 2012

Tangan Bangku

بسم الله الرحمن الرحيم



Alhamdulillah.. tamat sudah oral histology semalam.. susah ke senang, bro? biar Allah je yang tahu..hihi.
Entah kenapa, otak ku terasa cramp(kejang)..mungkin kerana duk asyik mengadap buku. 
Kekejangan otak yang saya alami berminggu-minggu lamanya telah dirawat dengan riadah .
Basketball...antara sukan yang saya minat..minat yang datang daripada seorang sahabat yang baru pulang dari  Wisconsin. 



Baru saya perasan.. selama saya berada di Mesir, baru berapa kali saya riadah. boleh dibilang dengan sebelah tangan..huhu. 


   Anyway, petang tu waktu game yang diberitahu oleh master basketball adalah pukul 6.oo.. Petang tu, ssaya bersama 2 orang lagi kawan mengambil keputusan untuk berjalan ke court basketball.. keluar sikit peluh kan...(:   tuptup.. sampai, nampak ada kawan-kawan menunggu giliran menggunakan court yang ketika itu digunakan oleh orang Arab.  Mereka kata, 

"give us 10 minutes, can u?"..  

kerana percayakan mereka, kami bagilah chance. Benarlah, setiap detik waktu yang kita miliki dipenuhi dengan Tarbiyah. Dan kali ini, Allah sedang mentarbiyah kami agar sabar dalam keadaan apa pun... Last-last, dapat lah jugak kami main setelah 30 minit berlalu..huh..sabo je la akhi. 




   Fuhhh.. nak dipendekkan cerita, abiliti saya sebagai seorang pemungut 3 mata sudah hilang. Maka di sepanjang permainan, saya ibarat pesakit yang baru sembuh dari penyakit kronik yang sudah lama terlantar di hospital. nape ayat sume pasal medik ni..paroh. hilang kekuatan tangan dan kaki. nasib baik ade jugak work out kat rumah.. Kalau dahulunya, saya dapat memungut 10 kali 3 mata berturut-turut, tapi pada kali ini 2 kali berturut pun ta lepas. 



   <fast fast forward> akhirnya, game tamat dengan mata 6-7..selepas tu, kami sembang-sembang mendirikan solat maghrib dan pulang kepenatan. 



..............................................................................................................


Malam tu, teringat semula performance saya petang tadi, teruk betul. Ketika ini, saya sedar sesuatu...

   sebagaimana jika sudah lama tak praktis bermain basketball (8 bulan lebih tinggal), 
begitu juga dengan BELAJAR. Jika kita lama ponteng mengulangkaji pelajaran, 
balik rumah hanya rehat makan tengok movie main game sahaja,
kita akan dapati memori tentang apa yang kita belajar selama ini hilang dan pudar kerana tidak disave sebagai memori jangka panjang. 
Maka, bilamana kita nak study balik dikala exam menjelang, seolah-olah apa yang kita baca itu tak pernah kita belajar dan susah unutk mengingatnya. dan, akhirnya bermula lah episod study tak tido tak makan tension marah-marah tak tentu pasal dan melalak di pagi buta.


Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepadamu…” 
(Hud: 112)

________________________________________________________________________


   Sama juga yang berlaku jika sudah lama kita tinggal TARBIYAH dan DAKWAH. Semakin lama kita tinggal DnT, semakin payah untuk kita bangkit semula dari detik-detik jahiliyah kita yang melenakan. Akhirnya, kita mula meninggalkan dakwah, berkawan dengan mereka yang rosak akhlaknya, menjauhi murobbi, menjauhi naqib, solat hanya di rumah saja, solat gajah haih, gajah pulak yang kena. dan macam-macam lagi. 


"Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata, Tuhan kami ialah Allah. Kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul (dengan pengakuan iman dan tauhid-nya itu), 
maka tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita"
(al Ahqaf : 13)



   Tuntasnya, istiqomah sangatlah penting dalam setiap amalan seharian kita. khususnya dalam continuous studying dan walking in tarbiyah
Jika anda terasa futur, cepat-cepatlah cari kekuatan untuk bangkit semula. 
Takut-takut, tangan  kaki otak anda menjadi bangku... 
menjadi malas, sudah hilang sensitiviti terhadap umat..






~rise again~


Monday, 11 June 2012

Tadabbur Alam:Helang


بسم الله الرحمن الرحيم



Alhamdulillah.. masih lagi diberi peluang olehNya untuk terus beramal, memperbaiki diri, menyiapkan bekalan untuk hari yang sangat ditunggu-tunggu oleh hambaNya. Dalam keserabutan fatrah exam. kadang-kadang kita terfikir, kenapa amat sukar untuk kita berubah?...berubah menjadi lebih baik dari sebelumnya. mengubah pandangan orang lain, kawan kita tentang makna hidup yang hanya secubit ini. Adakah kerana takut untuk mencuba sesuatu yang baru? mungkin juga kerana kenangan-kenangan lalu yang pahit? atau mungkin masam? haha, tak lawak la (",) .. atau mungkin kita belum sehabis baik berusaha untuk berubah?..


     Sedang asyik melihat pemandangan di beranda melihat ciptaan Tuhan di musim bunga ini sambil melihat gelagat orang Arab yang melucukan, tiba-tiba teringat satu sedutan kuliah pagi bersama Ustaz Zahazan di radio IKIM... mengenai burung helang, burung yang terkenal dengan ke'gah'annya.





Helang merupakan jenis unggas yang mempunyai umur paling panjang didunia. 
Umurnya dapat mencapai 70 tahun. Tetapi untuk mencapai umur sepanjang itu seekor helang harus membuat suatu keputusan yang sangat berat pada umurnya 40 tahun.

Ketika helang berumur 40 tahun, kukunya mulai menua, paruhnya menjadi panjang dan membengkok hingga hampir menyentuh dadanya. Sayapnya menjadi sangat berat kerana bulunya telah tumbuh lebat dan tebal, sehingga sangat menyulitkan waktu terbang.

Pada saat itu, helang hanya mempunyai dua pilihan:

1) Menunggu kematian, atau
2) Mengalami suatu proses transformasi (perubahan) yang sangat menyakitkan selama150 hari.

Untuk melakukan transformasi itu, helang tersebut haruslah berusaha keras untuk terbang ke atas puncak gunung 
yang kemudiannya membuat sarang di tepi jurang , beristirahat dan tinggal di sana selama proses transformasi berjalan.

Apakah transformasi yang perlu ia lakukan?

Pertama, mereka haruslah mematukkan paruhnya pada batu sehingga paruh tersebut tercabut dari mulutnya, kemudian berdiam beberapa lama ketika menunggu tumbuhnya paruh baru. Dengan paruh yang baru tumbuh itu, ia harus mencabut satu persatu kuku-kukunya dan 
akhirnya, apabila ketika kukunya yang baru sudah tumbuh, ia akan mencabut bulu badannya satu demi satu.


Suatu proses yang panjang dan menyakitkan, bukan?

Sangat sangat menyakitkan. Bolehkah anda bayangkan, bagaimana mungkin anda mampu mencabut kuku kaki anda sendiri? kemudiannya, mencabut bulu-bulu yang ada di badan anda...ouchh.. terhiris pisau sikit pun dah mengaduh dua tiga hari. haha


Namun, itulah perubahan yang perlu helang lakukan untuk terus hidup untuk tempoh yang lebih lama. 


Lima bulan kemudian, bulu-bulu helang yang baru akan tumbuh semula. Helang tersebut akhirnya dapat terbang kembali. Dengan paruh dan kuku baru, helang tersebut dapat menjalani 30 tahun kehidupan barunya dengan penuh bertenaga!



Hebat bukan ciptaan Allah ini? Dan Allah tidak menjadikannya sia-sia melainkan supaya kita berfikir dan mengambil pengajaran daripadanya.

"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran."
(al-Baqarah : 164)



     Dalam kehidupan kita ini, kadang kala kita juga harus melakukan suatu keputusan yang sangat berat untuk memulakan sesuatu proses pembaharuan dan perubahan. 
Maka, seharusnya kita perlu berani menghadapi apa jua kemungkinan yang bakal dihadapi dan 
melupakan peristiwa silam yang menyekat diri kita untuk berubah, meskipun peristiwa lama itu adalah sesuatu yang menyenangkan dan menyeronokkan. 
Kita harus rela untuk meninggalkan perilaku dan sikap lama kita agar kita dapat mulai langkah yang baru dan terbang setinggi awan, demi menggapai matlamat yang selam ini kita impi-impikan. 

     Hanya apabila kita bersedia melepaskan beban lama, membuka diri untuk belajar hal- hal yang baru, kita akan mempunyai kesempatan untuk mengembangkan kemampuan kita yang sedah lama terpendam, mengasah keahlian baru dan menatap masa depan dengan penuh keyakinan. Halangan terbesar untuk berubah terletak di dalam diri sendiri dan andal ah sang penguasa atas diri anda. Jangan biarkan masa lalu menumpulkan rasa dan melayukan semangat kita. Anda adalah helang-helang itu. Perubahan pasti terjadi. InsyaAllah.

And the same thing happen when you are students and da'ie.. Things wil not change when nobody try to change it.

Make Your Dreams Reality..

"...Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri..."
(ar-Ra'd : 11)


ayuh




~Helang Haybat~

p/s: renung-renungkan lah kata-kata yang agak berserabut di atas.



Wednesday, 6 June 2012

Pencarian Semut Hitam

                                                                بسم الله الرحمن الرحيم



Berakhir sudah exam anatomy.. Subjek ke-2 yang sukar bagi saya. Entah kenapa, lepas saje exam, rasa malas seakan mengalir di setiap pembuluh darah ku. Malas sangat..


   Malas nak ulangkaji subjek, malas nak buat ibadah i mean nak buat pada awal waktu, malas nak Qiam, malas baca al-Quran..huh [mengeluh panjang]


mata mula basah, digenangi air mata, memikirkan semua ini..:'(


   Kenapa ya agaknya? Apakah kerana aku tidak ikhlas beramal selama ini? Ibadah yang sebelum exam dahulu, bukan main semangat nak buat..tapi lepas je habis exam..huh..hampeh...selalu je skip buat benda2 sunat tadi..adoi, berat nanang


   Muhasabah diri di kesejukan malam, di bawah tiupan angin sepoi-sepoi bahasa amat terasa nikmatnya. Meresap ke dalam tubuh. Sejuk. Rasa seperti sistem tubuh baru di-set-kan semula. Merefleksi semula diri yang kadang kala jatuh (futur) ini. Manusia... mudah sangat lupa..perlu selalu diperingatkan.



   Mungkin itulah sikap manusia.. Bila diuji, mereka bersungguh-sungguh memohon kepada Allah agar dipermudahkan segalanya. Diberi kekuatan dan segala bagai. Tapi bila diberi nikmat, mulalah lupa diri, lupa yang dia tu sebenarnya hanya hamba. 




Firman Allah swt:
وَإِذَا أَنْعَمْنَا عَلَى الْأِنْسَانِ أَعْرَضَ وَنَأَى بِجَانِبِهِ وَإِذَا مَسَّهُ الشَّرُّ فَذُو دُعَاءٍ عَرِيضٍ

Maksudnya; Dan apabila kami memberikan nikmat kepada manusia, ia berpaling dan menjauhkan diri; tetapi apabila ia ditimpa malapetaka, Maka ia banyak berdoa. 
(Fussilat : 51)



   Benarlah kata orang, 

"Ikhlas itu ibarat semut hitam yang berjalan di atas batu hitam pada malam yang gelap. "

Amat sukar untuk memperolehnya. 


ikhlaskan diri anda



   Maka, marilah kita check semula diri kita. Apakah kita benar-benar ikhlas melaksanakan perintahNya. Bukan kerana niat supaya dipermudahkan exam.. bukan sebab hanya kerana nak dapat rumah yang selesa. bukan sebab nak dapat mumtaz dalam imtihan.. bukan sebab nak dapat calon isteri/suami yang baik opps..nape tetiba sampai ke sini. hihi



Maka, sekali lagi..


Sama-sama lah kita tajdid niat agar kita boleh istiqomah melakukan suruhanNya..
Takut-takut amalan kita selama ini tak diterima
Takut-takut segalanya sia-sia
Takut-takut syurga yang kita idamkan selama ini hanya berada di alam mimpi sahaja..


(hati bagai ditusuk, pedih)



~Muhasabah Bersama~



Monday, 28 May 2012

Bersediakah Aku?

                                                                     بسم الله الرحمن الرحيم



Terketuk... baru sahaja mendapat khabar bahawa salah seorang sahabat saya telah kehilangan ayahnya buat selama-lamanya setelah saya menunaikan solat Asar. Sungguh menyedihkan, apatah lagi di saat genting ingin menghadapi exam ini. Gulpp...terlintas dalam fikiran saya kalau lah Allah menarik nyawa saya sewaktu saya menangguhkan solat tadi, bagaimanakah nasib saya kelak? Alhamdulillah , Allah masih memberi saya peluang untuk terus beribadah dan berserah diri kepadaNya. 




       Berbalik kepada berita tadi, saya tidak mampu membayangkan bagaimana lah perasaan mereka yang kematian ahli keluarga lebih-lebih lagi ayah dan mak tercinta yang membesarkan dan menjaga kita sedari kecil. Allah telah menguji beliau dengan kematian ahli keluarga yang terdekat di saat tekanan mengulangkaji pelajaran untuk exam yang bakal menjelang. Kalau anda, apakah yang akan anda lakukan untuk menghadapinya..? Kalau saya? Hurm..Entah la, saya juga tidak mampu membayangkan apa yang akan saya lakukan kerana saya belum pernah menghadapinya. Tapi, bukankah kematian ahli keluarga itu sangat berat?




" Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya... "

(Al-Baqarah: 286)

"Hai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersedia dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu beruntung."
(Ali Imran: 200)


       Namun, Allah dengan lembutnya telah mengungkapkan ayat chentaNya bahawa Dia tidak akan membebani hambaNya melainkan dengan kemampuannya. Wah! mudahnya saya berkata tapi praktikal itu hanya Allah yang tahu peritnya. Teringat pula saya pada saudara saya di Palestin dan Syria. Bagaimana pula perasaan kanak-kanak di sana yang melihat di depan mata ibu bapanya di bunuh tanpa kasihan? Bagaimana mereka menghadapinya? isk3


Sabarlah




         Untuk anda kita yang masih berpeluang menikmati hidup bersama keluarga tercinta, jangan lah sia-siakan peluang yang anda kita ada. Gunakanlah peluang ini dengan berbakti kepada mereka yang tersayang. Bukanlah yang dinamakan berbakti itu hanya dengan menghantar duit elaun dan gaji kepada mereka tetapi adalah dengan menjadi anak soleh. Anak soleh yang sentiasa mendoakan ibu bapanya. Anda mahu menjadi manusia yang bahagia di dunia dan akhirat, bukan?


" Apabila mati anak Adam, maka terputuslah amalannya melainkan tiga perkara ; Sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendoakannya "

[Muslim, Abu Daud, Nasai'e, Tirmizi, Bukhari]


Apa lagi yang anda tunggu? 

"Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun dan tidak dapat pula mereka didahulukan."

(Al-A'raf : 34)

Ingatlah juga wahai sahabat, diriku jua

       
       Sebenarnya, kadang-kadang ujian (seperti kematian) yang Allah timpakan pada seseorang bukanlah semata-mata ditujukan untuk orang tu sahaja, tetapi Allah nak bagi peringatan untuk kita juga. Peringatan untuk sentiasa mengingati mati yang tidak mengenal usia agar kita terus istiqamah dan berjalan, menegakkan agama Allah. 


[kredit]




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...