Monday, 4 March 2013

Di sebalik HELP

بسم الله الرحمن الرحيم




Sejuk. Angin malam itu sejuk. Namun, kesejukan bayu tidak terasa. Badan aku panas. Entah kenapa. Aku tidak tahu. Mungkin kerana fikiran ku kacau memikirkan apa yang bakal tiba esok.

' Ah, macam mana ni? Sapa yang akan iring Da'i Nada ke Tanta. Kau boleh tolong tak?'

'err. aku tak boleh lah, Mat. Aku ada hal petang esok. Jadi, aku mungkin akan gerak lambat sikit'

'Enta boleh tak. Lan?'

'Ana ada tugas lain la. Nak kena urus pengangkutan ikhwah Cairo ke sana. Asif jiddan.'

Ok. Semua sibuk. tidak tahu mahu pinta pada siapa lagi. Akhirnya, aku terpaksa juga. Dalam paksa rela. Sudah lah kerja ini tak settle lagi, ditambah pula dengan urusan lain. Oh, pasrah. esok pula ada kelas tambahan Nueroanat anjuran batch. Wah, banyaknya pahala datang!

__________________

Keesokannya, kelas tambahan yang diumumkan sepatutnya pukul 9. Namun atas sebab aku ada kawan-kawan yang sangat 'tepati masa', kelas mula lambat satu jam. Sabar je la yang mampu aku lakukan.

Ala kulli hal, aku bersyukur kerana kelas ini diadakan. Nak harapkan aku baca, mungkin akan tertangguh hingga ke final exam. 


Petang tu selepas solat jumaat, mula lah keberangkatan aku ke Asyir. Ya, tremco akan menjemput Da'i Nada di sana. Jam 2 petang.

Namun, Allah lah sebaik-baik perancang. Tremco lambat sampai. Katanya ada muzoharat.

Tekak ku dahaga. Aku mengajak kawan ku, Kholas menerkam jus tebu. Syukur sekali lagi. Dalam aku melayan enaknya jus, Kholas mencelah,

'eh, ko tak rasa best ke bawak Da'i Nada? eh, bukan senang nak dapat tau..'

'Entah la, Kholas. Gembira tu gembira la jugak. tapi otak aku ni tak dapat bg motor signal kt otot-otot ni. Eh, ko paham ke aku cakap ni?'

'Tak'

"Lupakan la, Kholas'


Akhirnya, tremco sampai. Kami ber-dua belas pun naik la. Jam 3. Dalam tremco tu, kami bersembang  sakan dengan mereka. Mesra juga mereka. Aku terkejut seketika. Mereka rupa-rupanya sudah kurang lebih 10 tahun di Mesir. Mengadakan konser di seluruh dunia termasuk German, Itali, Turki, Amerika dan banyak lagi.


Tiba di Universiti Tanta. Jam 5.30. Kaget lagi. Ramai pelajar membanjiri. Kepenatan aku tadi hilang serta merta apabila jumpa ikhwah-ikhwah dari seluruh muhafazah. Tenang sungguh melihat mereka. Sinar muka mereka seperti tiada masalah melanda mereka. Refleksi diri sebentar.


Ronda-ronda booth. Menarik. Lawa. Lain dari yang lain. Gembira melihat ikhwah akhawat sanggup bersusah payah memberi kesedaran kepada ummat berkenaan isu Palestin. Tapi, ada booth-booth  makanan yang sedap-sedap itu, aku tidak usik sikit pun. Kewarna-warnian dessert tidak menggiurkan aku. Ah, aku tak suka bila perasaan ini datang. 



 


Majlis dewan bermula 6.30 petang dan tamat jam 11 malam. Pertama kali mendengar ucapan Sheikh Sa'id Jibril. Walaupun isinya sudah pernah didengar, tapi terasa baru first time dengar. Ramai lagi sebenarnya di luar sana yang kurang ambil peduli isu Palestin ini. Yang tahu pula, ramai juga yang salah tafsir apa yang berlaku. Sungguh, tugas ini tidak akan pernah selesai. Dan peluang merebut pahala dan redhaNya akan sentiasa terbuka. 

Selesai majlis, pulang ke Cairo semula sebagai ninja. Sampai di Cairo jam 2. 

______________________

Ingat lah wahai diri, 
dunia ini luas

hikmah yang tersedia terbentang luas.
bersama memori-memori perit kamu

di sebalik kesibukan kamu itu

Allah ingin kamu melihat hikmah 
hikmah buat dirimu
agar menjadi manusia yang cekal, tabah
Allah ingin mengajar kamu ambil berat pasal diri kamu juga
Dia ingin mendidik kamu supaya mengurus waktu sebaiknya
Dia ingin kamu lihat itu dan ini. 





~Ninja Osem~
Beit Al Fateh
Cairo U



Thursday, 28 February 2013

Teruji



Bila saat kamu mendapati bahawa
kamu adalah satu-satunya manusia yang dapat menyelamatkan keadaan,
tetapi kamu tidak dapat berbuat apa-apa
kerana kamu tidak cukup kuat untuk menghadapinya
apa yang kamu rasakan?
oh, ini sumpah sakit

maafkan aku yang kerdil ini.
tapi, jangan lah kerana ketidakkuatan aku itu
kamu dzon terhadap aku,
tolong. aku mohon jangan.


oh, dunia! luasnya kamu.







Tuesday, 19 February 2013

Oh, Sakitnya!



بسم الله الرحمن الرحيم



Masa berjalan dan terus berjalan meninggalkan kita sama ada kita sedar atau pun tidak. Semakin lama memerhati dan meneliti ciptaan Tuhan ini, semakin besarnya aku melihat kebesaran Allah dan kemampuan Allah mencipta makhluknya dengan pelbagai kelainan. Terutamanya manusia. Manusia yang diciptakan dengan pelbagai personaliti. Pelbagai ragam. Pelbagai kerenah. Pelbagai kelebihan. Pelbagai kelemahan. That's why He says that we need to know each others, build relationship because no one can live alone. 



Hari ini, aku terfikir sesuatu. Bahawa manusia lebih banyak yang suka mengkritik atau meng’komen’ daripada menyokong atau memberi semangat, bukan? Adakah benar apa yang aku lihat? Atau itu hanya imaginasi aku? Kalaulah benar dan jika situasi ini berpanjangan, aku tertanya-tanya bukankah secara tak langsung minda kita akan mudah dinegatifkan dengan kata-kata kritikan tadi sekali gus membunuh keyakinan seseorang? malahan menimbulkan rasa rendah diri yang amat dalam diri orang yang dikritik. Tetapi, yang pastinya kritikan ini agak sukar memberi kesan untuk mereka yang punya sikap optimis dan minda yang positif. Tapi adakah itu satu alasan untuk kita mengkritik orang? 







Ya, saya tahu mungkin untuk sesetengah pembaca atau mereka yang menganggap point saya ini kolot dengan alasan-alasan yang boleh diterima akal.. alah, ni kritikan membina kot! takkan tak boleh kritik langsung dan macam-macam lagi. Tetapi saya fikir, tentunya anda belum menghayati sirah Nabi Muhammad s.a.w. Setahu saya, baginda tidak pernah mengkritik ummatnya malahan juga kaum musyrikin semasa hayatnya. Malah Baginda sentiasa berbuat baik kepada kaum muslimin hatta musyrikin sekalipun. Kata-kata yang terpancul dari mulut baginda penuh sopan dan lembut. Bukankah idola yang sentiasa anda canang-canangkan itu adalah Rasulullah? Gulp… 



Teringin sekali aku ingin bertanya, adakah kita menganggap diri kita sudah sempurna? atau lupakah kita bahawa manusia itu punya HATI? dan hati itu jika terguris lukanya bukannya seperti terhiris pisau, parahnya bukan sekejap malah mungkin memerlukan antibiotik yang agak kuat untuk menghilangkannya bagi sesetengah orang. Bagaimana jika kita berada dalam situasi orang yang dikritik itu? tentu geram sungguh anda bukan? walaupun anda tahu kata-kata mereka itu mungkin ada benarnya...



Apapun, semuanya berbalik kepada IMAN. Ya, mungkin anda tidak berapa nampak apa kaitannya. tapi, Iman lah yang akan memandu setiap gerak geri dan percakapan kita. Kedua-duanya, jika tertanam teguh iman di dalam jiwa, akan membuah hasil yang luar biasa. mereka yang mengkritik akan lebih berhati dalam melontarkan apa-apa kata dari mulut mereka. Mereka akan sentiasa berjaga-jaga agar kata-kata mereka tidak melukakan hati mana-mana pihak apatah lagi jika pihak itu adalah kawan mereka sendiri. Malah jika orang yang dikritik pula, dia akan cuba mentafsirkan rejaman kata-kata tadi menjadi hadiah yang cantik dibungkus dengan pembalut pink..o.0. Kata-kata itu akan mereka jadikan muhasabah agar dikemudian-harinya mereka menjadi manusia yang lebih baik dari kelmarin. 


Benar sekali, ingin mencontohi akhlak Rasulullah agak payah. Namun, kita harus cuba mencontohi baginda. kerana itu bukti kita sayang Nabi, bukan?


Kata-kata positif lebih baik daripada kata-kata negatif dalam menasihati manusia. Lain lah kalau dia sudah tegal dengannya. 



"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk."

( An Nahl: 125)



وعن أبي هريرة رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : " الكلمة الحكمة ضالة الحكيم فحيث وجدها فهو أحق بها " .


Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Kalimah yang mempunyai hikmah adalah sesuatu yang hilang daripada orang yang bijaksana, di mana sahaja dia mendapatinya maka dialah yang lebih berhak dengannya.”



Benar lah juga, kata-kata itu lebih tajam dari pedang.

Allah Lebih Mengetahui. 


~Ninja Osem~
Beit alFateh
Cairo Uni.



Saturday, 16 February 2013

Please! Don't Come Back


بسم الله الرحمن الرحيم





Masih segar di kotak fikiranku
suatu ketika dahulu
aku dikelilingi jahiliyyah, tepu
buntu tiada arah tuju

Suatu hari aku bertemu mereka
entah kenapa kurasa tidak kena
semangat mereka membara
menyedarkan kami dari angan dunia

Kini waktu mereka hampir tiba
tiba giliran aku menyambung kerja tidak bergaji ini
namun musuh hakiki sering berbisik di telinga
apakah bisa aku mewarisi perjuangan ini
andai noda menggunung tinggi

aku masih baru meniti
cukup kuatkah aku menempuhi 
jalan yang tiada titik noktah ini
jalan berduri yang menyakitkan jiwa dan emosi

tunjukkan aku jalan
pimpin diriku wahai teman.


ok.cukup berpuisi.cukup.

______________________________



Kata seseorang yang mengetahui dalam dirinya ada jahiliyyah, namun sukar sekali untuk membuangnya,



"ana lemah sangat ni akhi , ana baru lagi dalam dakwah ni"

"ana ni susah sangat nak buang jahiliyah , banyak benda buruk yang masih menghantui hidup ana"
"ana ni ayah je qowiy, tapi ana.. ah..tak tau la cam ne"



Dialog yang mungkin berlaku antara anda dan kawan anda. ok. mungkin tak se drama itu. 



Pernah aku menge-post di mukabuku,

'Di mana ada kebaikan(iman), di situ lah ada (jahiliyah) yang akan sentiasa mencari peluang utk menjatuhkan kita...

Ibarat bermain tarik tali...pasukan mana yang lebih kuat, dialah yang akan menang...'





Selamat tinggal jahiliyah. perpisahan ini sebenarnya bukan perpisahan selama-lamanya. kerana boleh jadi jika anda rindukan jahiliyyah tersebut, anda akan berlari-lari mencari dan mendapatkan jahiliyyah yang sudah lama anda tinggalkan.  


Siapakah yang tegar memisahkan anda dengan jahiliyyah itu? 

Tak lain tak bukan adalah iman yang memenuhi dada.






Satu analogi mudah. ok mungkin sedikit kebudak-budakan dan merepek. Tapi dapat menggambarkan situasi antara kuasa positif dan negatif ini.


Pernah kah anda membuka peti ais? (soalan yang tak patut di soal kan?)
pasti anda memikirkan jus Juhayna yang menyelerakan, dan lauk pauk untuk di masak, bukan?
cuba bayangkan di dalamnya ada seekor gajah? eh



Dapat bayangkan? (anggaplah peti ais tu sebesar gajah)


Sekarang , bagaimana hendak memasukkan zirafah ke dalam peti ais tersebut?


" buka peti ais , dan masukkanlah zirafah "

" rasanya macam menzalimi haiwan la pulak "

" hurmm , suruh kawan belikan peti yang boleh muat 2 binatang tadi?


ok, skema jawapan tadika


untuk masukkan zirafah ,

1. buka peti ais
2. keluarkan gajah
3. masukkan zirafah
4. tutup peti ais


Mudah bukan? Nah. Begitu juga Sekiranya kita mahu memasukkan iman dalam jiwa kita . Pertama-tamanya, mesti mesti mesti keluarkan jahiliyah dari hujung rambut sehingga kuku kaki kemudian masukkan zirafah lepas tu tutup pintu ketat! (ok.terasa seperti telah menghambarkan diri sendiri.huh.)




Ia bermula dengan membuka pintu hati untuk berubah, bermula dengan kesedaran dan kemahuan untuk berubah. Ramai orang gagal berubah bukan kerana tidak mampu , tetapi tidak mahu. Ada orang berubah sebab trend persekitarannya maka apabila trend di sekitarnya tiba tiba merokok, dia turut menjadi perokok! bila sekelilingnya ramai yang memakai purdah, dia turut memakai purdah. apakah ini? adagolongan manusia yang berubah sebab seseorang , ada juga yang berubah kerana segan murabbi update mutaba'ah amal , ada pula yang berubah sebab ayah suruh , ada yang berubah sebab nanti tak boleh BM argh ! maka apabila murabbi , ayah dan sesiapa sahaja telah hilang , dia akan kembali ke alam jahiliyah .


ya, keyword pertama : mahu berubah, kerana .. Allah



الفتور بعد المجاهدة , من فساد الإبتداء

futur selepas mujahadah , adalah disebabkan fasad (rosaknya) permulaan


atau dalam bahasa kita kita ,
kembali kepada jahiliyah selepas menemui iman adalah disebabkan perubahan yang kita lakukan itu bukan kerana Allah. Apa anda tidak pelikkah Bilal r.a boleh dengan selambanya diseksa sebegitu hebat tapi lagilah dia sakitkan hati penyeksanya dengan menyebut " ahad ! ahad " ? anda tahu tidak Khabbab r.a itu disikat belakangnya dengan sikat besi? tidak kah anda merasa mereka itu sumpah tough?! Mengapa mereka boleh menjadi sekuat demikian? Nah. Tak lain sebab sucinya permulaan mereka! sebab kemahuan mereka diorientasikan kepada Allah , satu sahaja tiada selainnya .



ok , anda sudah mahu berubah?


# Maka sila ke step yang kedua, kita perlu keluarkan gajah! 


apa anda ingat senang ke nak rembeskan jahiliyah ini? 


Kerana itu MUJAHADAH lah. kerana Allah nilai usaha anda, bukan hasil. Apabila Buanglah jahiliyah itu mengikut kadar iman anda kerana anda lebih mengetahui dan faham urusan dunia anda



Lintasan hati, kemahuan dan keazaman untuk berubah itu lain. Yang akan memastikan anda akan berubah adalah hanya dengan keazaman.





# Kita ke step yang ketiga.. masukkan iman sebagai pengganti jahiliyah


inilah step yang seringkali seseorang itu lupa.
Ramai orang mudah sahaja meninggalkan jahiliyah sekelip mata selepas daurah dan ceramah agama, 
tapi satu kesilapan yang sumpah besar bila lupa untuk menggantikan jahiliyah itu dengan iman.





Sedarilah, iman tidak dibina dengan dua tiga minit kemudian declare saya sudah dipandu iman. yeah!! Anda tahu bukan.. 

Abu Dzar r.a pernah ditegur Nabi s.a.w apabila dia memanggil Bilal r.a dengan gelaran 
"yabnatu sauda" ataupun "wahai anak lelaki kepada perempuan yang hitam". 
Tahu apa yang nabi sebut?
"dalam diri engkau ni ada jahiliyah!"



Kalau anda teliti benar-benar flow sirah dalam raheeq makhtum itu, anda akan dapati bahawa semangat perkauman kabilah arab ni berterusan sehinggalah wafatnya Nabi s.a.w! padahal mereka ini adalah ahli badar, orang orang yang dijamin syurga, ahli bai'at ridhwan, saabiqun al-awwaluun!! kita? mengeluh kecil.


pembinaan iman ini adalah berterusan. Tapi yang jelas kita tidak akan mampu untuk menjadi sempurna!


# Step yang terakhir dan paling penting! (ah. actually semua step penting)


Pastikan anda menutup pintu peti ais, jangan bagi zirafah keluar walaupun sekadar menjenguk dengan leher nya yang jinjang itu. Apatah lagi ingin merayu sambil mengatakan, "please lah beri peluang pada gajah untuk kembali dengan aku ini ",



jangan sesekali anda membiarkan jahiliyah menghantui hidup anda, walaupun sekadar mengisi waktu lapang. Maka timbul pula persoalan baru, bagaimana mahu memelihara keketatan pintu peti ais ini?


ada empat element penting dalam sirah , bagaimana mereka mampu memelihara iman


1. sentiasa mendekati Quran
2. bersahabat dengan teman teman yang soleh
3. hidupkan diri kamu dalam suasana solehah

Sebuah menara tidak akan tertegak jika kontraktor menyusun batu bata, memasang simen dan keluli. Pada waktu yang sama meruntuhkan semula menggunakan bulldozer! 




Hipokrit hanya membinasakan diri sendiri
untuk berubah, anda kita perlu ikhlas kerana Allah!



p/s: tiada manusia sempurna. Tapi dakwah itu harus terus berjalan. 


Allahu A'lam


~Ninja Osem~



Morsi Menang! So, What Next?

بسم الله الرحمن الرحيم




Telah berlalu sekian masa selepas kemenangan Dr Morsi dalam pilihan raya baru-baru ini. Alhamdulillah. Sesungguhnya, kesabaran itu membuahkan hasil. Hampir beberapa dekad lamanya mereka yang sayangkan Islam terutamanya Ikhwanul Muslimin yang sgt berpengaruh berusaha untuk membina dan mempersiapkan diri menghadapi hari-hari ini. Mereka terpaksa bergerak bawah tanah (undercover), sanggup mempertahankah jemaah semata-mata ingin melihat tanah air mesir ini kembali di bawah naungan Islam. dan sekarang semuanya telah berlalu. 



Aku sering kali bertanya kepada diri aku dan ingin sekali bertanya kepada kamu, apakah erti kemenangan ini buat kamu? Adakah dengan berdirinya Dr Mursi sebagai seorang presiden menandakan tamatnya doa2 kalian? Adakah ianya bermakna anda boleh bergoyang kaki, tumpang sekaki kemenangan beliau?
oh, come on! you know that it's not going to be like that. Menegakkan kembali Islam setelah sekian lama jatuh tidak semudah itu. Kerana kejayaan islam itu memerlukan kita semua untuk bertindak ke arahnya. Bukan sekadar tokoh-tokoh terkenal Islam dunia masa kini sahaja. Kita semua berperanan untuk menegakkan kembali agama kita. 



Kelmarin, satu adegan perilaku seseorang yang aku kira cukup tidak masuk akal bagi orang-orang yang berakal telah berlaku di kawasan berdekatan stesen metro Shoohada. Adegan yang memalukan diri sendiri. Kalau lah orang bukan Muslim lihat peristiwa tersebut, mereka akan agama Islam agama yang lucah. Ah.


Di dunia hari ini, apa pun boleh terjadi. Tanpa iman. Tanpa ihsan. Tanpa sifat malu.


Suatu saat kamu akan sedar yang kejayaan Mursi bukan lah tanda Islam akan menang. Kerana Mursi itu hanya seorang. Sedangkan Islam itu hanya akan menang dengan semua ummatnya kembali pada jalan yang benar. Mereka yang cintakan akhirat dan dambakan mati sahaja, Allah akan turunkan bantuan untuk mereka. Seperti hebatnya tentera dan rakyat zaman sultan Muhammad al Fateh. seperti sahabat-sahabat di zaman Nabi.




Aku. kini cuba menjadi kuat seperti Khalid al Walid. Semangat beliau mempertahankan agama sampaikan beliau tidak sempat pun untuk memandang jahiliyyah selepas beliau kembali kepada Islam. Beliau sanggup berperang beratus-ratus kali. kerana apa? kerana beliau sayangkan Islam. Ah. Roh dan semangat nya sangat tinggi. barangkali menembusi langit ke tujuh. Cita-citanya sangat jelas. Mempertahankan Islam tanpa penah. tanpa lelah. Punya hati yang cukup suci. Allah. Sungguh hebat penangan tarbiyah Rasulullah.




Moga aku kuat.
cukup kuat melawan arus
cukup tabah menahan tohmahan dan fitnah
cukup kuat mengatasi tubuh ini.

Allah, aku ingin surgaMu! sampaikan lah aku.



"Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami, serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir". 

(2:250)


~Ninja Osem~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...