بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah selesai sudah konsert amal yang berlangsung pada isnin lepas. Jujurnya, tidak aku sangka penonton yang hadir bisa sebanyak itu walhal promosinya tidak lebih dari seminggu pun. Sungguh , aku melihat pertolongan Allah itu dekat jika kita benar-benar menjadi hambaNya.
Pergi ke konsert tersebut lebih membuatkan aku meng-koreksi diri aku lebih dari sekadar hanya berhibur. Di sana aku melihat betapa hebatnya penguasaan ikhwah indonesia dalam bahasa arab. Bukan hanya pengerusi majlis yang mungkin sudah berlatih hingga boleh berbahasa arab seperti air yang mengalir sahaja, tetapi juga penonton-penonton indonesia nya. Setiap bait yang dilafazkan oleh MC disahut dengan laungan takbir dan sorakan dari mereka. Dan kami (esp. yang belajar medik ni) hanya boleh membulatkan mata dan memerah otak untuk memahami ucapan MC mahupun ikhwah Palestin. Allahu Akbar. Seriyes tak puas hati sebab tak paham. err (bila la nak start balik markaz nih) =='.
First time aku bisa pergi ke konsert tertutup sepanjang hidup aku. Actually, aku lebih ingin melihat bagaimana konsert yang dipimpin oleh orang indonesia. Malam itu, aku melihat dengan sendiri bagaimana semangat ikhwah indonesia. Tidak setanding dengan kita aku kira. Tanpa laungan takbir, tanpa sorakan, tanpa semangat yang ditonjolkan mereka, maka akan hambarlah jadinya konsert tersebut. Semangat jihad mereka luar biasa sekali. Sampaikan aku fikir mereka seperti dirasuk. Bagaimana lah semangat kita agaknya? Semangat menyampaikan mesej Islam kepada kawan-kawan kita, kepada orang sekeliling.. semangat belajar, semangat itu ini. Semangat oh semangat!
Moga dapat kubina semula seteguh gunung, mem-pasak jauh ke dalam bumi, agar bisa terus istiqomah.
InsyaAllah, mereka (Izzatul Islam dan kroni nya) akan meneruskan langkah terakhir mereka untuk misi kali ini ke Gaza membawa sumbangan yang terkumpul sebanyak 25 000 USD kurang lebih. Moga mereka kembali dengan keadaan sihat wal 'afiat, jika tidak insyaAllah sebagai syuhada.
~Ninja Osem~

No comments:
Post a Comment