بسم الله الرحمن الرحيم
Antara satu 'kelebihan' kita adalah kita tidak dapat lari daripada membuat persepsi (tanggapan) terhadap orang disekeliling kita. Betapa uniknya Allah menjadikan kita ini. Dia yang menciptakan manusia pelbagai rupa. Dia juga berkebolehan mempelbagaikan bentuk pemikiran manusiawi. Allahu Akbar.
Dalam banyak-banyak bentuk pemikiran manusia itu tadi, boleh diklasifikasikan kepada dua kategori utama; positif dan negatif atau bahasa melayu tingginya, tanggapan baik dan buruk. Sesetengah dari kita lebih cenderung untuk membuat tanggapan baik terhadap suatu perlakuan manusia manakala sesetengah yang lain sebaliknya.
Pak Man memarahi anaknya kerana dia amat susah untuk menunaikan solat di surau...
Kanak-kanak sibuk meminta-minta belas ihsan daripada pelalu lintas untuk menyara hidup mereka di tepi jalan...
Seorang ketua mengarahkan anak buahnya melakukan kerja-kerja yang sepatutnya
Seorang pelajar perempuan kecoh bersembang dengan rakan mereka menunggu pensyarah masuk (pelajar lelaki ada di depan mereka)...
Seorang pelajar sangat pendiam. Diam seribu bahasa. Sangat sukar melihat dia berkata-kata di mana jua dia berada...
Anda mempunyai seorang kawan (lelaki) yang susah sangat untuk solat berjemaah di masjid.
Kawan anda yang belajar
Apa tanggapan anda terhadap situasi-situasi yang mungkin anda hadapi di atas? ok, tidak perlu anda ceritakan di sini. Cukuplah untuk anda simpan untuk diri anda seorang. Nwy, ada orang akan memandang situasi di atas dengan pandangan yang baik. Mereka seboleh-bolehnya cuba untuk mencari kebaikan di celah-celah retakan dinding rumah walaupun mereka tahu ia amat sukar. Sesetengah yang lain dengan mudahnya bersangka buruk terhadap manusia dalam situasi di atas. Menganggap mereka semua perosak agama dan mengganggu hidup dan fikiran anda. Menganggap Seolah-olah anda mengetahui perkara sebenar. Menyangka seolah-olah anda memahami hati-hati mereka.
Kisah seorang ahli ibadah pada zaman Bani Israel yang tidak pernah melakukan maksiat selama hampir 500 tahun . Hebatnya beliau sehingga bilamana berjalan di bawah terik matahari maka beliau akan dilindungi awan. Namun disebabkan ada rasa takabbur di dalam diri bilamana bertemu dengan seorang ahli maksiat. Maka nikmat tersebut terus berpindah kepada si lelaki ahli maksiat tersebut. Mengapa boleh terjadi sedemikian? Ya, hanya kerana si lelaki ahli maksiat tersebut punya rasa rendah diri bilamana bertembung dengan ahli ibadah tersebut. Ahli maksiat berasa tidak layak bilamana dirinya yang hina bertembung dengan seorang abid yang mulia. Manakala si abid, merasa jijik bilamana bertembung dengan ahli maksiat tersebut. Disebabkan sisi pandangan yang berbeza antara satu sama lain, maka ini menyebabkan nikmat yang Allah Taala berikan kepada si abid iaitu dilindungi awan setiap kali berjalan terus berpindah kepada si lelaki ahli maksiat tersebut.
Berusahalah kita menilai seseorang dengan seadilnya atau ada baiknya jika kita cuba tidak menilai mereka dengan pandangan kasar kita. Moga Allah jauhkan kita dari sangkaan-sangkaan tersebut.
Allahu A'lam
-Ninja Mesir-

إن الرجل ليعمل بعمل أهل النار وإنه من أهل الجنة , ويعمل الرجل بعمل أهل الجنة وإنه من أهل
النار , وإنما الأعمال بالخواتم
النار , وإنما الأعمال بالخواتم
"Sesungguhnya seseorang itu akan mengerjakan sesuatu dari amalan penghuni neraka pada hal dia
tergolong sebagai penghuni syurga. Dan seseorang yang lain akan mengerjakan sesuatu dari amalan ahli syurga, padahal dia tergolong sebagai penghuni neraka. Dan sesungguhnya amalan itu dikira yang terakhir daripadanya."

(Riwayat Bukhari)
Cukuplah dengan kisah dan hadis di atas menceritakan segala-galanya. Dengan pandangan sahaja boleh mengubah benda yang cukup besar. Pandangan rahmat (baik) dan pandangan hina (buruk). Maka, seharusnya kita berhati-hati dalam menilai seseorang. Kerana sebahagian sangkaan itu adalah dosa.
“Wahai orang-orang Yang beriman! jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan Yang dilarang) kerana Sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa.”
(al-Hujurat: 12)
Berusahalah kita menilai seseorang dengan seadilnya atau ada baiknya jika kita cuba tidak menilai mereka dengan pandangan kasar kita. Moga Allah jauhkan kita dari sangkaan-sangkaan tersebut.
يا مقلب القلوب ثبت قلوبنا على دينك
~Ya Allah, Tuhan yang membalik-balikkan hati, tetapkanlah hati kami pada agamamu~
Allahu A'lam
-Ninja Mesir-

No comments:
Post a Comment