Wednesday, 10 October 2012

Rahsia. Nak Tau Tak?

بسم الله الرحمن الرحيم




Semalam ada perkongsian dari seorang sahabat tentang rahsia bagaimana ingin jadikan belajar sebagai pelajar medik menjadi satu keseronokan. First of all, dia kata kita kena koreksi diri kita semula. Apa sebenarnya niat utama kita duduk ambil bidang medik ni suatu ketika dahulu. 

Adakah kerana mahu mendapat duit yang banyak supaya cepat kaya. Kalau ini sebabnya, anda harus ingat bahawa musuh anda tidak akan takut lagi kepada anda kerana anda lebih cintakan dunia singgahsana daripada akhirat yang abadi.

Adakah pula kerana terpaksa menunaikan kemahuan ibubapa yang menyuruh anda mengambil bidang ini? Jika ini jawapannya, anda pasti akan mengalami kesukaran untuk melaksanakan segala tindak tanduk anda dengan sepenuh hati anda walaupun anda mungkin hebat dalam bidang ini. Kesannya mungkin akan menyebabkan kualiti setiap perbuatan anda rendah daripada orang yang benar-benar inginkannya.

Atau adakah sebab anda mahu glamour seperti glamournya artis-artis korea atau pelakon drama bersiri medik? Sudah tentu segala perbuatan anda menjadi sia-sia bak mencurah air ke daun keladi. Segala amal anda terbakar begitu sahaja seperti terbakarnya sampah-sampah yang berlonggok di belakang halaman kampung anda. 

kalu lagu tu, gapo dio niat betulnyo?

Sudah pasti niatnya semata-mata mahu mencapai redaNya, mahu kembalikan semula Islam di alam ini, mahu menjadi qudwah kepada doktor-doktor lain, menolong menjadi asbab non Muslim mendapat hidayah, mungkin?

Jadi, tajdid niat balik kerana belum terlambat lagi anda berbuat demikian. Once anda alpa suatu hari nanti tajdid niat balik. over and over again. Kerana niat tu penting ntuk mengekalkan kelangsungan semangat anda dalam apa-apa amal yang anda buat.



[kenapa semua orang murung ni? tak best ke belaja tadi]



Secondly and lastly, kena timbulkan minat untuk belajar medik ini. Perlu keluarkan minat anda ketika membaca buku-buku medik sepertimana anda minat membaca novel-novel walaupun tebalnya melebihi 300 muka surat. Bila minat anda, stres yang seringkali dialami tidak akan begitu terasa. Begitu juga yang berlaku jika anda minat bermain bola, melukis or even memasak. Apa yang anda rasa ketika melakukan aktiviti kesukaan anda, begitu juga yang akan akan anda rasa jika anda minat terhadap bidang ini.


Setelah aku mendengar perkongsian tersebut, terdetik dalam hatiku

jauh lagi untuk aku cemerlang persis kau sahabat..
tapi aku nekad, biar bertatih, asal tak henti berlatih..
seperti anak kecil berusaha untuk berdiri teguh
biar susah, asal tak menyerah..
biar senyuman ada, bila buku dibuka..
walaupun ku tahu itu payah




Anyway, kalau ajak orang buat baik dan cegah mungkar  atau bahasa bombastiknya 'dakwah' macam mana pula? Mesti lah sama, bukan? NIAT IKHLAS + MINAT = BEST. Hatta kepayahan dan kepenatan yang sepatutnya dirasai tidak terasa sama sekali. Bukankah itu sesuatu yang hebat?

Apapun yang anda lakukan, berikan 100% usaha anda............ tapi jangan la pula anda menderma 100% darah anda. =)




Wallahu a'lam...

peace ^_^

~Ninja Osem~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...