Tuesday, 30 October 2012

Penyakit Ummat

بسم الله الرحمن الرحيم




Alhamdulillah...masih diberi kesempatan, untuk menambah bekalan. Beberapa hari yang lepas ketika fajar menyingsing, aku sempat tersenyum sebelum mendirikan solat Subuh. Bukan tak siuman ke apa, tapi gembira dan bangga melihat ikhwah Malaysia penuh di masjid. Tak de penuh mana tapi ramai la. Ada la dalam 11 orang. Sementara makmum arab hanya ada 2 orang. Cuma yang aku membuatkan malu, mereka kebanyakannya adalah pelajar tahun 1. adeh! mana tahun2 lain ni? Hebat benar mereka...



Dulu selalu kawan-kawan kata, 'alah, musim sejuk kot, susah sikit la nak bangun. Mesti ada je miss solat. Tak tau nak buat macam mane'.  Musim pun berlalu dan aku melihat situasi yang sama berlaku. Tidak juga bisa bangun. Walhal musim sejuk sudah pun berlalu. Kini, musim sejuk sudah menunjukkan tanda-tanda ingin menguasai keadaan semula. Eh da? Mudahnya kita menyalahkan cuaca yang memang fitrah ini padahal yang salahnya diri kita. Egonya kita. Sangat susah untuk berdepan dengan kesalahan sendiri dengan menutupnya dengan alasan-alasan yang difikirkan logik. Penyakit yang amat sukar ditangkis. Hanya mereka yang takut kepadaNya yang sanggup melawannya.

[nyenyaknya] link


Di mana kita sangat Allah memanggil kita? Di mana kita saat Allah menunggu pengabdian kita? Kalau akhawat panggil cepat je datang. Kalau si dia minta tolong jadi musyrif, cepat je bersiap. Tidakkah kamu melihat ini satu penyakit? penyakit kronik. Sangat kronik. Seolah-olah menjadi hamba manusia lebih disukai daripada menjadi kepada Pencipta.


Kita harus menganggap tidak berjemaah subuh di masjid apatah tidak sembahyang subuh ini adalah satu penyakit. Kerana ia melambangkan betapa lenanya ummat Islam tidur. Kelemahan ummat terserlah hanya dengan melihat keadaan kita sewaktu fajar menyingsing. Mana mungkin kita gelar diri kita sebaik-baik jundullah seperti tentera zaman Muhammad al Fateh! Dan kita mengharapkan Allah ingin menolong setiap gerak geri kita? Jangan lah kamu bermimpi di siang hari. 


Usah bermimpi membina bi'ah solehah di kampus. Tak perlu berangan menegakkan daulah islamiyyah di negara ini andai solat berjemaah masih lagi lemah, tidak terjaga. Solat subuh berjemaah kita tidaklah se-gah apa yang kita ikrarkan. Andaikata kita ini begitu hebat dalam berorganisasi dan pelajaran, malangnya kita tidak melazimi solat jemaah, sebenarnya kita masih lagi tidak hebat. 


Kerana itu juga, musuh Allah tidak pernah takut untuk meletakkan Islam di bawah tapak kaki mereka walaupun jumlah ummat Islam sebanyak buih di lautan. Walaupun sebanyak pasir di pantai. Mereka (Yahudi) sendiri berkata"Selagi mana solat Subuh ummat Islam di dunia ini tidak seramai solat Jumaat, maka Masjid al-Aqsa ini akan kekal dalam tangan Yahudi dan dunia ini akan kami kuasai"


Hatta pejuang Palestin Sheikh Ahmad Yassin yang lumpuh itu pun sanggup berkorban bersusah payah ke masjid, inikan pula kita yang cukup kudrat ini? Tidakkah kita terfikir apakah rahsia kekuatan yang beliau miliki ini?



Wah! andai Subuh seramai ini...


Kita tahu setiap penyakit ada ubatnya kecuali penyakit tua dan mati.  Jadi, kita  (lagi-lagi jika dia seorang doktor) harus mencari ubat-ubatnya. Ubat vitamin, antibiotik penahan sakit dan segala macam harus di-discover untuk merawat penyakit ini. Tak berjaya ubat ini, cari ubat lain yang lebih berkesan. Tak cukup satu dos, tambah lagi dos sebab lain orang lain rawatannya. Jangan berhenti menyerah membiarkan penyakit merebak dalam darah kita. Dan virus gembira keriangan melihat kita sudah berjaya ditundukkan.


Berangkatlah (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui. 
(At Taubah 9:41)


Teruskan usaha pencarian anda. Minta petunjuk dari Allah jika pencarian menemui jalan buntu. Cari, cari sehingga ketemu.
Bitaufiq wan Najah! (=


~Ninja Osem~





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...