Tuesday, 7 May 2013

Apit Sudah. Lepas Ni Siapa?

بسم الله الرحمن الرحيم


#DiJalanDakwahApitMenikah


Perasaan apakah yang harus ana nyatakan?

oh, sudah tentu sungguh gembira :D

Haffiz Hashim, pengantin lelaki..
antara ikhwah yang menyambut ana semasa program AHLAN bersama ikhwah2 lain.
Saat pertama kali berjumpa, jelas ada sesuatu yang aneh dari raut wajah beliau yg suci ^_^
Adakah memang seperti ini raut wajah hasil sentuhan TnD? fuhh.. bahagianya.

dan
Nadhirah Razak, pengantin perempuan
bekas pelajar Sek. Men Islam Hidayah, senior ana..
akak Anas Razak..( ye ke?)
namun tak kenal mana la... (didikan sekolah sungguh hebat)



Alahai! Bahagianya..err


Namun, ana tidak diberi rezeki untuk hadir ke majlis akad mereka... Rugi sungguh..
Dan kat bawah ni, antara senior dan ex-classmate ana dulu yang bertuah bergambar bersama pengantin..
(air mata mengalir laju) sob2.. -_-


Bergaya sungguh semuanya.


Late evening after asr, kami dijemput untuk menghadiri  kenduri walimah di DI.
Terubat rindu bila bertemu mereka. Terasa hilang seketika kepenatan study ini.
Petang tu, dapat juga merasai nasi minyak hasil titik peluh ikhwah yg sudah lama tidak bersua dengannya.



Petang tu juga mungkin kali terakhir ana berpijak di DI sebelum berpindah di lokasi lain.
Di dinding-dinding DI, ternampak ada several notes nukilan akhawats dalam satu program yang tidak ana ketahui.. 
Kuamati satu persatu hasil lukisan dan nota-nota tersebut.
Kalam-kalam taujihat yg bisu mengenai taqwa, malu, jahiliyyah, tips belajar seorang da'ie dll. Tersentuh.





and this, antara ucapan ikhwah2 kepada pengantin khususnya kepada akhi Apit.
Tergelak juga membacanya.
At this time, kami dah balik ke Sayeda kerana ada Malam Munajat PRU13. huh.


____________________________


Sepanjang kenduri walimah, aku tidak banyak bercakap (btw, memang selalu tak bercakap pun). 
Banyak mengenang momen-momen lalu yang indah bersama Apit.
Bertuahnya akhi Apit. Bahagianya kak Nad.

Ucapan untuk antum,
Moga bahagia hingga ke syurga. Moga dengan ikatan ini, langkah2 antum bertambah laju dan deras. 
Moga dengan hubungan ini, TnD di Mesir makin mantap. 
Ku harap dengan termeterainya janji antara kamu, hubungan antum dengan kami tidak dijauhi malah makin mesra. 

Aku memandang langit sambil memasang tekad
I hope one day I can be like him or better. 


"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu istri-istri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir."
(Ar Rumm: 21) 




Beit Fateh
Cairo U.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...