بسم الله الرحمن الرحيم
Emosi bercelaru. Gembira. Terharu. Sedih. Kagum. Hairan. Terkejut. Jeles.
Ini sungguh ajaib!
Semakin lama
Virus itu semakin menular
ke seluruh tubuh badan tanpa dapat disekat lagi
Gelombang itu semakin mencapah
me'nyah'kan segala rintangan
Itulah dia kepedulian ummat.
Itulah dia kuasa dakwah
Apabila Dia ingin memberi hidayah
Tiada siapa dapat menghalang
Semakin hari semakin ramai yang peduli akan qodhoya ummah
Kerana apa itu semua boleh berlaku?
Kerana di situ mereka merasai manisnya iman
Di situ mereka sudah nampak apa sebenarnya matlamat mereka
Hebat sungguh aura artis
Tak sampai setahun malah sebulan apatah lagi seminggu
nama mereka hangat di pasaran
dakwah mereka bersepah di merata
selaju kereta api buatan Jepun yang kelajuan 300 km/h
tinggi benar ke'thiqah'an peminat padanya
Siapakah murobbi mereka?
Sudah tentu lebih hebat daripada mereka
mentarbiyah jiwa tanpa lelah... artis kot!
Mesti banyakkan pahala yang mereka dapat?
Semua kenal ulama2 terkemuka
Semua kenal tokoh2 dunia
Tapi tak ramai kenal siapa dibelakang mereka
Tak ramai kenal siapa yang mendidik jiwa mereka
Tak ramai kenal siapa murobbi mereka.
Kita di mana sekarang?
Adakah murobbi tersebut?
Atau mutarobbi (artis) itu?
Atau mutarobbi-mutarobbi (artis) itu? ok, dah berbelit2 ayat
Atau penonton dari luar padang?
Ah! kagum aku dengan mereka
Jeles aku dengan murobbi mereka
Terharu dalam gembira.
Semakin ramai pemegang panji2 Islam
Bergeraklah tanpa lelah!
Islam akan tersebar seantero dunia tak lama lagi.
Dengan jiwa jiwa pemuda yang berkobar kobar
Tanpa lelah dan penat
"Manusia seperti logam. Terpilihnya mereka semasa jahiliyyah, terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka FAHAM"
(HR Bukhari)
Wallahu A'lam
Ninja Osem
Beit Fateh

No comments:
Post a Comment