Saturday, 4 May 2013

Tersingkap Kembali

بسم الله الرحمن الرحيم


Kehangatan PRU ke-13 semakin terasa
Bahang panasnya sudah sampai kemuncak
Pilihanraya penentu masa depan negara
Keinginan untuk perubahan semakin membuak-buak.


Berbulan-bulan kempen diadakan
Hujah kerajaan dibalas hujah pembangkang
ada yang konkrit ada pula seperti menara condong
gelak ketawa serius tangisan hiba dendam takut makian
beribu ekspresi dimimikkan oleh muka yang comel :p
menarik undi menuju masa depan yang lebih baik.


Esok penentu segala
Esok bakal berlaku sesuatu
Esok penamat segala-galanya
Esok mengundi la oi!!
sama ada kebenaran atau kezaliman.


Di masa yang sekelumit cuma ini
Teruskan usaha kita
Perkuatkan langkah kita
Teguhkan pendirian kita
Perhebatkan segalanya
Perbanyakkan doa kepadaNya
Kurangkan maksiat dan dosa
Jangan kerana kemungkaran yang kita lakukan
Menjadi penyebab kekalahan umat.
don't be the inhibitory neurons (in this case)


Orang yang dizalimi pasti akan menang
Mereka yang menegakkan kalimahNya
takkan pernah kalah
Tiada siapa dapat menghalang lagi
Kebenaran akan tersingkap kembali

Victory is in our hand.

Takbir!!!
Allahu Akbar!!!


Allahu A'lam.

Beit Fateh
Cairo U


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...