Friday, 31 May 2013

Cemburu?

بسم الله الرحمن الرحيم



Duhulu kau yang tidak mahu
Dahulu kau yang tidak sudi
Dahulu kau yang mencari alasan
Dahulu kau yang mengadu
Tapi di sudut lain kau tak sanggup menolak
Kerana itu prinsip hidup kau


Kini kau yang iri hati
Kini kau yang cemburu
Kini kau yang panas telinga
Melihat kepopularan mereka
Mendengar khabaran mengenainya


Come on!
Kau tak dapat mengawal hati manusia
Kau perlu tahu
Kau tidak boleh menghalang pemikiran orang lain
Kerana Dia yang menggerakkan segalanya


Kau juga harus sedar bahawa
itu sedikit sebanyak untuk kebaikan kau
Kau perlu sedar setiap perkara ada hikmahnya
meskipun kau tidak mengetahuinya.


Kau harus melangkah ke hadapan
Kau harus FOKUS kepada misi hidup kau yang utama
Jangan biarkan situasi di luar kawalan kau mengganggu rutin hidup kau
Pandang ke hadapan.


Bertindak seperti nama yang telah diberi pada kau
FAITH!!
Sentiasa ingat Allah melihat kau setiap waktu
Balasan setimpal hanya dariNya yang Maha Adil



#Kompleks nyer manusia. Tidakkah kamu bersyukur?

Ninja Osem
Beit Fateh




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...