Tuesday, 17 July 2012

Akatsuki : Beginning

بسم الله الرحمن الرحيم


Tinggal lebih 3 minggu lagi sebelum saya akan berangkat pulang ke tanah air. Serius, banyak masa terluang yang saya ada selepas exam baru-baru ini. Memang banyak lah jahiliyyah yang boleh bertandang saat-saat ini. Namun dengan kesedaran yang ada, ku kuatkan semangat ku untuk mencampak jauh-jauh jahiliyyah tersebut sebelum terus menyerang antibodi jiwa saya. 

     Ok, kembali kepada tajuk sebenar. Anda tau ke ape itu Akatsuki?. Nah! Sekali lagi, hanya peminat cerita anime Naruto saje yang tahu.  Sebenarnya saya masih lagi ikut perkembangan kisah Naruto ni dan mungkin akan hanya akan berhenti apabila siri Naruto ini habis. Mungkin. Kerana banyak analogi-analogi yang boleh dikaitkan dengan kerja-kerja dalam dakwah dan tarbiyah ini. Hoyeah!



     Akatsuki adalah satu organisasi yang terdiri daripada golongan ninja yang luar biasa kekuatannya dan sangat istimewa. Namun, malangnya mereka yang menyertai golongan ini mempunyai matlamat-matlamat jahat yang tersendiri. Tapi apa yang  pasti, mereka tidak dilahirkan semulajadi jahat. Setiap ninja-ninja jahat ini mesti ada sesuatu atau titik tolak yang menjadikan mereka jahat.  Detik-detik kejahatan mereka pasti ada permulaan yang lahir daripada kisah silam. Kisah silam mereka diketahui melalui interaksi antara watak.



     Kebiasaannya, apabila Naruto hero Kampung Daun berlawan dengan orang-orang jahat ini, dia akan banyak berinteraksi dengan mereka dan pada masa yang sama cuba mengajak mereka untuk kembali menjadi baik. Ajakan dia tidaklah dilakukan secara terus-terang kadang-kadangnya, kerana sikapnya lah yang biasanya membuatkan lawannya hormat kepadanya. Kata-kata keramat dia yang biasanya mencairkan hati-hati penjahat ini. Paling penting, semangat yang tinggi dan sikap tidak pernah putus asa Naruto lah yang menggerunkan lawannya dan membuatkan lawannya terpaku tidak percaya.

     Apa yang saya cuba nak sampaikan adalah cara Naruto mengajak (dakwah) penjahat-penjahat ini ke arah kebaikan. Banyak antara kelakuan dan kata-kata Naruto telah mengubah pendirian penjahat-penjahat ini. Sekaligus percaya sepenuhnya kepada Naruto dalam mencari jalan keamanan dalam dunia ninja.

____________________________________________


Kembali kepada dunia realiti. Setiap orang daripada kita mempunyai latar belakang yang berbeza-beza. Golongan kaya, miskin, sederhana, sekolah agama, sekolah harian, tiggal di kampung, bandar dan macam-macam lagi. Bagaimana kita melihat seseorang menentukan cara kita berfikir. Begitulah juga dengan dakwah. Kebanyakan manusia hanya dapat melihat atas pagar saja. Akhirnya, kita hanya pandai menilai seseorang sahaja tanpa ingin mengetahui apa yang memulakannya. Kita hanya nampak kejahatan seseorang  tanpa ingin mengetahui cerita disebaliknya. Kita lupa untuk bermonolog dengan diri, "kenapa dia jadi macam itu?" kenapa, kenapa dan kenapa. Setiap perbuatan jahat yang seseorang itu lakukan, pastinya ada sebabnya dia buat begitu, jika kita selami kisah silamnya. 

     Seharusnya bagi seorang pendakwah, yang ingin mengajak orang ke arah kebaikan, kita perlu mencari sesuatu yang boleh men'insaf'kan seseorang dengan izin Allah tentunya. Ibarat ibu kunci dan anak kunci. Kalau dalam istilah Biochemistry nya, "Lock and Key Hypothesis". Setiap orang berlainan latar belakangnya (ibu kunci). Maka, ia memerlukan cara (anak kunci) yang berbeza untuk menyentuh hati seseorang. Nah! Inilah tugas kita. Mencari cara yang tepat untuk membuka hati seseorang agar mereka seronok untuk bersama dengan Islam dan sama-sama mendakwah orang lain. Jika tak sepadan dengan cara itu, maka cubalah dengan cara yang lain sehinggalah berjaya. Ianya kadang-kadang perlu try and error.

Dan jangan lah kamu merasa lemah dan janganlah kamu berdukacita, padahal kamulah orang-orang yang tertinggi jika kamu orang-orang yang beriman
[Ali-Imran 3:139]



"Setiap hati memiliki mangga-mangga pengunci tersendiri. Tugas seorang da'i ialah berusaha memiliki kunci dari mangga-mangga tersebut dan mengetahui dari mana ia harus memasukinya, sampai hati tersebut menyambutnya.
[Munir Muhammad al-Ghadban]

Carilah kunci hati dia


Jadi, sahabatku. Ketahuilah yang sejahat mana pun seseorang itu, dia pernah menjadi bayi yang suci seperti kita. Itulah fitrah semua manusia. Suasana lah yang mencemarkannya. Maka, marilah kita sama-sama mencari jalan untuk menyucikan semula hati tersebut. Janganlah kamu sesekali berputus asa dalam mengajak orang untuk taat kepada Allah meskipun kamu merasa lemah dan tidak kuat. Dalam masa yang sama turut memperbaiki diri.


اصلاح نفسك وادع غيرك
"Perbaikilah diri kamu dan serulah orang lain"



-Ninja Mesir-


Saturday, 14 July 2012

Memori Terindah GenIIus

بسم الله الرحمن الرحيم


Alhamdulillah...syukur tak terhingga kerana Engkau telah menghantar aku ke sini
bumi baru Mesir
mendalami rahsia kejadian manusia
yang tersembunyi di dalam kitabMu
bersama sahabat-sahabat ku
yang sungguh menyentap diri ini


Manusia  tidak akan mampu duduk sendirian tanpa seseorang di sisi
Nabi s.a.w. memerlukan Khadijah dan sahabat untuk membantu usaha-usaha dakwah baginda
Seorang ketua memerlukan anak buah untuk melancarkan segala urusan organisasi
Seorang pemain hebat memerlukan ahli sepasukan untuk tampil garang dalam perlawanan
begitu juga aku
yang memerlukan sahabat untuk menyusuri liku kehidupan di sini



Terasa terlalu cepat masa berputar
meninggalkan kenangan indah 
manis pahit ukhuwah yang terjalin antara kita
segalanya adalah kerana Allah
segalanya disatukan pada satu malam yang gemilang
yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata

Night Of Cultural Assimilation
GenIIus Members


Sahabat-sahabatku,
kamu tahu?  aku sangat menyayangimu 
mencintaimu atas nama ukhuwah kerana Allah
mungkin kamu tidak tahu
bahawa aku sangat mengagumi anda semua
terlalu banyak yang ingin aku contohi daripada kalian
cuma aku tidak tahu bagaimana ingin meluahkan kepada sahabatku
kerana itu, cukuplah dengan kamu mengetahui 
kamu lah yang membuatkan diriku ini mampu tersenyum bahagia
meskipun tidak secomel Kimi Dzulkifli...=)

Aku sangat mengharap bahawa suatu hari nanti...
anda lah yang akan menemaniku di syurga yang kekal abadi
memimpin tangan, mengejar redha Ilahi
menegurku, membimbingku tika aku jauh dariNya
menghulurkan tanganmu saat ku jatuh tersembam...
mengenggam erat tanganku dikala aku hampir terjerumus ke lubang jahiliyah...
mendakapku, menghapuskan air mataku saat aku keseorangan...

Semoga bertemu dan berpisahnya kita adalah keranaNya kerana salah
satu golongan yang dilindungi di bawah Arasy Allah di akhirat kelak adalah
pemuda yang bertemu dan berpisah kerana Allah... Ketahuilah bahawa 
persahabatan itu adalah anugerah Allah yang terindah andai ia disimpulkan di atas
dasar taqwa... 

Sabda Rasulullah S.A.W. : "teman yang paling baik adalah
apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar 
kata-katanya menambahkan ilmu agama dan melihat gerak-gerinya 
teringat mati"... 


Sahabatku! 
Andai suatu masa nanti aku lena tanpa jaga, kau iringilah lenaku
dengan kalungan doamu... doakanlah agar aku dapat bertemu semula
denganmu di pintu syurga Firdausi nanti... bersama memimpin tangan
sambil mengukir senyuman manismu itu...



Terima kasih kerana sudi menjadi sahabatku walaupun engkau tahu
betapa kurangnya diriku ini... 
maafkan aku andai diri ini pernah menyakitimu tanpa aku sadari
sesungguhnya aku benar-benar 
mengasihimu dan menyayangimu dengan sepenuh hatiku kerana
Allah... 

Doakan aku dalam doamu
moga kita ditemukan kembali


~Uhibbukum fillah abadan abada~




Wednesday, 11 July 2012

Janganlah Lari!

بسم الله الرحمن الرحيم



Rasanya baru semalam saya menduduki exam Anatomy..Terasa baru semalam mengulangkaji subjek Histology...cepat nya masa berlalu...dan kini perjuangan sudah hampir ke penghujungnya... tidak sabar mahu pulang ke rumah yang tercinta...merasai hangat kasih sayang sebuah keluarga, seorang ibubapa. Benar kata orang, nikmat masa itu tidak boleh dibeli dengan emas permata. Masa yang berlalu akan terus berlalu tanpa menunggu kita. Kini, sudah hampir menamatkan pengajian tahun 1..fuhh rase macam saturated dah ruang dalam otak ni.belum tahun 6 lagi
  

sikit lagi nak habis


     Dalam menyusuri jalan di dunia yang kiranya agak baru ini, pasti sesetengahnya tiba-tiba bersikap dan berperilakuan pelik?. Pelik yang menggembirakan dan menggundah-gulanakan hidup anda. Kalau diikutkan, sistem pembelajaran dan pendidikan di Mesir amat jauh bezanya dengan sekolah menengah dulu. Kalau dahulu, kelasnya menyejukkan mana memandang dihiasi dengan kekreatifan budak-budak sekolah, ada guru yang meng'update'kan prestasi kita, tak siap assignment sikit je..kene berlari satu padang, ada kawan yang sudah kacip molek; sume bnda boleh dikongsi dari sekecil-kecil tarbiyah hingga sebesar-besar gosip tanpa rasa segan, cutinya yang panjang hanya dapat berehat dua tiga hari sahaja kerana ada konferens riang. Ketika mana ingin mencari peluang untuk berjahiliyah sedikit, pasti ada member serbu ingin membunuh (melampau sangat bahasa). 






     Setelah memasuki alam baru ini, semuanya hilang. Yang ada hanya lah professor. tiada lagi dendaan yang menggembirakan. Tiada lagi pem'bunuh'an bersiri jika kita bersekongkol dengan Datuk Lagha. tiada lagi konferens gembira di waktu cuti dan tiada juga kawan yang mengupdate data-data seharian kita. Oleh sebab tidak pernah melalui semua ini, kita seperti berada di hujung tanduk Encik Setan. mencari pintu keluar dari bilik yang gelap. Dalam masa yang sama merasa seronok berbual-bual dengan Datuk Lagha, seperti sudah lama tidak berjumpa kerana sekian lama belajar dengan Abang Tarbiyah. Tidak mampu bangkit walaupun sudah  bertahun berguru dengan Abang Tarbiyah. Ilmu yang Abang Tarbiyah beri, tidak kuat lagi diamalkan dengan hati yang gembira. 




mana satu nak lalu ni?



     Adakah anda pernah mengalaminya? Tidakkah anda berasa kecewa dengan diri anda? Anda seperti nyawa-nyawa ikan ingin mempertahankan ilmu yang diperturunkan itu. Tetapi tiada sesiapa di sisi yang mampu menaikkan semula semangat anda. Anda memerlukan seseorang untuk berkongsi duka tetapi tidak tahu bagaimana ingin menterjemahkannya dalam bentuk yang difahami oleh sahabat anda..


     Nah! Di sini lah peranan anda yang bergelar SAHABAT. Anda harus sedar akan realiti yang terjadi dalam diri sahabat anda ini. Seorang sahabat bukan sahaja bersama ketika gembira malah harus bersama ketika duka dan lara..




Daripada Nu'man bin Basyir r.a, Nabi s.a.w. bersabda :
"Kemesraan, kasih sayang, dan saling berbelas kasihan antara Mukmin diibaratkan seperti satu jasad ; apabila satu anggota mengadu kesakitan seluruh jasad akan turut serta berjaga malam dan merasa panas dan gusar."


(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)




     Selalu saya dengar tentang anda yang bergelar 'sahabat', bahawa...


betapa petahnya anda berbicara,
koolnya ayat-ayat jiwang anda,
ayat berbunga anda mencairkan hati mereka yang keras,
betapa geliga sungguh fikiran anda,

Apa kata, kalau kehebatan anda itu dimanfaatkan untuk membantu semangat sahabat-sahabat anda yang jatuh ini? meskipun mereka tidak berkongsi dengan andamungkin segan, tidak salah kan jika anda yang memulakan bicara?


       "Sesungguhnya mukmin itu bersaudara.."
(al-Hujurat : 10)
     
 A FRIEND is a tissue when you can't stop crying ←
 A FRIEND is a shoulder when you feel like dying ←
 A FRIEND always listens when you have something to say ←
 A FRIEND is a week when you just need a day ←
 A FRIEND is a crutch when you have a broken heart ←
 A FRIEND is some glue when everything falls apart ←
 A FRIEND is a sun when the rain just won't stop ←
 A FRIEND is your mom when you run into a cop ←
 A FRIEND is a phone call when you can't leave your home ←
 A FRIEND is a hand when you feel all alone ←
 A FRIEND is a wing if you want to fly ←
 A FRIEND understands without knowing why ←
 A FRIEND is an ear for a secret to tell ←
 A FRIEND is an aspirin when your head hurts like hell ←
 A FRIEND is a love that can never let go ←








Daripada Abu Musa al-Asy'ari r.a. 

Rasulullah bersabda: Sesungguhnya seorang Mukmin kepada Mukmin yang lain seperti satu binaan, sebahagiannya menyokong sebahagian yang lain. 
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).





Wahai sahabat kepada sahabat yang lain di luar sana,

Jadilah sahabat yang bukan hanya bersama ketika gembira kerana pasukan bola pilihan hati menang, ketika mendapat cemerlang dalam exam, 
malah anda harus juga bersama saat sahabatmu dilanda musibah, sedih, tidak keruan, murung, ketika mereka rasa 'down'...and anything else bad...


bukan lah buat tak tau je..okey?..=)
'Janganlah lari, fulan... ana tengah stres ni, anta tak nampak ke?'

Kadang-kadang, kita boleh tahu seorang sahabat itu ada masalah dengan mengetahui cara dia berkomunikasi dengan kita dan tingkah laku mereka...walaupun tanpa mereka meluahkan dengan kata-kata. Mungkin itu cara mereka...(",)


Wallahu A'lam



-Ninja Mesir-


p/s:hanya orang yang tertentu sahaja yang akan faham entri ini...
       



Wednesday, 27 June 2012

What's Next?

                                                                     بسم الله الرحمن الرحيم



Alhamdulillah..bersyukur yang amat sangat atas kemenangan Dr Mursi yang telah memenangi jawatan Presiden selepas berpuluh-puluh tahun berada di bawah cengkaman dan kezaliman Husni Mubarak. Kemenangan yang diharap-harapkan kini menjadi realiti. Tidakkah berbaloi mereka sabar selama ini? Sabar memantapkan iman dan mengumpul kekuatan bersama ikhwah-ikhwah dalam Ikhwanul Muslimin. Bersama dalam jemaah yang dahulunya diautoritatifkan sebagai penjatuh kerajaan. Kini bebas melayarkan sayapnya  dengan bergaya seluruh dunia setelah ditubuhkan tidak kurang 80 tahun dahulu. Sungguh, janji Allah itu sangatlah  benar. Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar. Allah pasti akan memenangkan agamaNya. dan mereka telah membuktikannya.

"Sesungguhnya Allah itu bersama orang-orang yang sabar"
(Al Anfal : 46)

     Kemenangan ini barangkali mungkin akan membawa perubahan yang lebih besar dalam dunia Islam. Pembebasan Syria dan seterusnya Palestin. Malaysia mungkin? 0_o... Jalan kemenangan Islam kini semakin kelihatan. Tidak sabar rasanya ingin melihat Islam menjadi Ustaziatul Alam, rujukan dunia seluruhnya.

     Persoalannya, siapakah yang akan membawa kemenangan seterusnya? Adakah kita menyerahkan seratus peratus pada  pemerintah Mesir tika ini? dan kita hanya menyokong dari luar pentas? Dan bila Islam menang kelak, kita dengan selambanya men'declare'kan diri kita adalah salah seorang dari mereka yang memperjuangkan agama? TIDAK! kita juga seharusnya menjadi salah seorang yang menjadi titik tolak kemenangan Islam. Kita juga harus menjadi pemain. Bukan sekadar penyokong sampingan.



Ya!
Kita wajib menumbang..kerana kelak kita akan ditanya Pencipta...disoal apakah sumbangan kita kepada agama...apakah yang kita lakukan untuk menegakkan agama Allah ini? Maka, terkapai-kapailah kita menjawabnya...mencari jawapan untuk melepaskan diri yang tidak akan tiba.

Jom!
Kita mulakan langkah.
bermula dengan diri sendiri; buang karat-karat jahiliyah, mujahadah melawan diri sendiri
tegakkan 10 ciri-ciri seorang kader Islam...

Harus diingat juga,
kunci segalanya adalah ikhlas,
rela melakukan semuanya hanya kerana menurut perintah Allah,
kerana pasti kelak kita bahagia, sanggup bermandikan keringat dan darah
kerananya...



-playerinsyaAllah-


Friday, 22 June 2012

Monolog

بسم الله الرحمن الرحيم



Sedang sibuk membuat persiapan terakhir untuk peperiksaan Physiology esok,
ku terkenang kisah-kisah lalu, bagaimana diri ku sewaku di sekolah dahulu, 


dahulunya,
 aku seorang yang agak tidak dikenali
mungkin kerana jarang menonjolkan diri
kerana itu
ramai sahabat sekolah, cuba mencari sesuatu tentang diri ku (ku kira)
kerana banyak antara amanah yang pernah diberikan
rasanya dipilih bukan dengan kerana kehebatan ku
tapi ingin mencari sesuatu
dan kini baru aku sedar mengapa..
untuk diriku jua

jika dahulu,
 berbual dengan rakan perempuan
tidak pernah sama sekali
berkata hanya apabila diberi tugasan
sesudah itu, berselisih seperti tidak pernah mengenali
*wah! hebat sungguh penangan tarbiyah berupa disiplin sekolah kepadaku

jika dahulu tarbiyahnya.. 
dapat dilaksanakan dengan tenang dan aman
suka duka riang ketawa jerih bersama
makan tidur lepak bersama
berbalah? jarang sekali kudengari..


----------------
Namun, setelah memasuki dunia realiti...

duniaku sihat bagai diracun dengan radiasi
memberi kesan sampingan tanpa ku sedari
perempuannya berbaju 'warna warni'
kusudah mengerti makna ikhtilat atas nama diskusi 
bergelak ketawa, bergurau senda sesama ajnabi
sudah menjadi amalan sehari-hari
yang akhirnya menimbulkan penyakit hati

tetapi dakwahya, membuatkan aku semakin ingin tahu
melihat skop dakwah dengan lebih luas...
caranya membuatku terpaku
lebih osem dari dahulunya


*dan kini,
aku sedang cuba mengadaptasi dengan suasana
tanpa menggugat segalanya
yang pernah kuterima
sewaktu di sekolah dahulu

-----------------

dan di sini,
bumi kemenangan Dr Mursi,

satu lagi keajaiban dunia berlaku
tarbiyah bukanlah perkara asing
bertaburan di sana sini
memberi 'bunga' dengan senang hati

dan mereka kita,
mula berhijrah
semakin memahami islam
baju yang dahulunya 'warna warni'
menjadi jubah dihiasi purdah
semakin cakna isu ummat mereka kita




namun di sebalik itu,
ku melihat ada yang tidak kena
para pemberi bunga bertikam lidah
mengumpat, menyindir sana sini
mengaibkan orang lain
kerana ingin mempertahankan diri
pasukan sang pemberi


Adakah ini memang fitrah jalan dakwah,
atau ditabur
oleh mereka yang tidak mengerti
tanpa mereka sedari?


Bukankah lebih molek?
jika kita bersatu
tolong-menolong
berlumba-lumba
walaupun berlainan 'bunga'


Jawapan yang diimpikan, 
tidak kunjung tiba
Mungkin, aku masih mentah di jalan ini..
Aku harus terus mencarinya
dengan rela dan sabar.


-aman tiada perang-



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...