Monday, 20 May 2013

The Evil Side

بسم الله الرحمن الرحيم




Ketepuan minda membuatkan aku pening seketika. Terlalu banyak untuk disusun di dalam kotak memori. Sesekali tergerak untuk membuat sesuatu yg gila. Tapi iman menghalang serangan2 itu. Kadang kala terjadi juga. kerana terlalu mengikut emosi, the bad side in us will appears.

IMAN. the strongest defend that we have.

Aku termenung lama. Memikirkan sesuatu sedalam-dalamnya. Sukar ingin menjumpai penghujungnya.
Tenggelam dalam lamunan.

MANUSIA. makhluk istimewa ciptaanNya.
Mereka mempunyai akal.
Mereka boleh saja melakukan sesuatu tanpa ada sesiapa yang menghalangnya.
Tidak seperti haiwan
Tidak seperti gunung, lautan, matahari, sungai, angin. Burung pun bukan.
Apatah lagi ikan yu.(?)


Mereka sebagaimana kita tahu, lebih kuat dari kita. Lebih gagah.
Gunung terpasak teguh tanpa berayun apatah lagi terbang.
Lautan luasnya di luar dari penglihatan manusia.
Matahari teriknya dapat mengeringkan bumi.
Sungai tabahnya boleh membelah bumi.
Angin halusnya mendamaikan. Kerasnya menghancurkan.
Burung mampu terbang bebas di awanan.
Ikan yu boleh berenang laju tanpa sut oksigen.




Tapi, Allah pilih kita sebagai khalifah di muka bumi.
Meskipun malaikat tidak mengerti, Allah mahu melantik kita juga.
Sangkaan Dia kepada kita sangat tinggi.
Kerana Dia yang menciptakan kita.

Dan itu membuatkan kita sebaik-baik makhluk ciptaan.
Dan kerana Islam, kita diiktiraf Allah sebagai sebaik-baik ummat.


Namun, kerana musuh yang tidak kelihatan.
Kita bisa terpedaya. Kita kadang tersungkur.
Licik sungguh syaitan menghasut.
Amarah nafsu senang-senang je menjatuhkan kita.


Lalu, di mana kekuatan hakiki itu datang?

Nah!
Kekuatan itu bukan terletak pada kepaduan matlamat kita
Bukan pada semangat kita yang menyala
kerana ia bisa hilang dengan cara yang kita tak ketahui
Bukan pada itu seratus peratus.

Tapi, datang pada kebergantungan kita padaNya
Keyakinan kita pada ketetapan Allah
Kekuatan yang kita pinta dari Tuhan
Kesungguhan kita beramal sepenuh hati

Semakin tinggi iman kita, semakin kecil kamu melihat dunia.
Tanda kita telah merasai kemanisan iman, kita akan selalu merasai kepahitan dosa selepas kita melakukannya.

Amanah agung ini berat, hanya dia mampu meringankannya.



~Teguhkan hatiku dalam agamaMu, Wahai Pemilik Hati~


Ninja Osem
Beit Fateh

p/s: uncontrollable emotion's burst. Beberapa hari lagi exam physio.




2 comments:

  1. klu dah tepu belaja jemput la ke beit balqis :)

    ReplyDelete
  2. haha...jemputan tak baik ditolak..>_<

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...