Saturday, 22 December 2012

AKU NAK BUNUH DIRI. KAU NAK JOIN ?


بسم الله الرحمن الرحيم




Sudah lama rasanya tidak menulis hinggakan berhabuk blog ini. Bukan apa, mungkin kerana saya merasakan diri ini belum lagi terisi, dan mana mungkin benda yang kosong mampu mengisi ruang kosong yang lain. Mungkin juga kerana ketidakdapatan saya mengaitkan segala apa yang berlaku di sekeliling saya dengan kemas dan rapi di dalam sanubari dan korteks cerebrum ku ini untuk diterjemahkan dalam bentuk kata-kata tak bernyawa ini. Maklumlah, saya ini berdarah matematik. (tarik nafas, lap peluh dingin).

Ninja nak bunuh diri? Kau biaq betul? Mengucap akhi
Senyum sampai ke belakang telinga.(:

Sudah kita semua maklum bahawa kehidupan seharian kita banyak diselitkan dengan ujian yang diberi dengan penuh kasih sayang oleh Yang Memberi Ujian sama ada kita sedar mahupun tidak. Ujian itu pastilah berbagai-bagai. Ada yang berupa kesusahan. Ada yang berupa kesenangan. Ada yang berupa amanah. Ada yang berupa masalah. Ada yang berupa kehilangan orang yang tersayang. Ada yang berupa cinta. Ada yang tak de rupa apa-apa. Eh?

Mungkin anda ada tertanya-tanya, kenapa la hidup aku ni banyak sangat masalah (baca: ujian)?

Ujian memang perlu dalam hidup kita, bro. Tanpanya cuba lah anda bayangkan bagaimana ‘hidup’nya seseorang manusia itu. Macam medik lah juga. Cuba anda bayangkan jika exam dimansuhkan. Bagaimana kita mahu evaluate pemahaman ilmu kita dan usaha kita? Dari sini kita akan tahu bahawa ujian ini bukan diberi saja-saja tapi adalah untuk mengetahui sebenar dan sekuat mana iman kita selama ini. Untuk menguji bahawa iman kita bukan iman senipis kulit bawang. Bukan juga iman plastik murah yang mudah dirobek begitu sahaja.


Bagaimana kita menghadapi tekanan daripada ujian yang bertubi-tubi datang tanpa diundang ini?
Adakah kita cukup sabar?
Bagaimana kebergantungan kita dengan Yang Meleraikan Kekusutan?


Bagi mereka yang benar-benar beriman, mereka akan menganggap segala masalah itu sebagai satu ujian bagi mereka. Di saat mereka merasakan diri mereka lemah dan tidak berdaya menghadapinya, mereka akan mencari dan meminta pertolongan hakiki dari Allah Yang Maha Menyelesaikan. Hasil daripadanya, mereka akan kelihatan tenang dan selamba sahaja. Tiada tanda2 kerisauan dan kegundahan terpancar dari wajah mereka walaupun dugaan dan masalah bertimbun-timbun dan sebesar gunung sekalipun. Mereka yakin selepas setiap kesusahan pasti ada kesenangan. Anda tidak percaya wujudnya manusia-manusia seperti ini? Mungkin anda boleh selak semula sirah perjuangan Rasulullah dulu. Anda tahu bukan bagaimana peritnya ketika dakwah baginda ditentang dan dihalang? Dipulau selama 3 tahun. Tidak dibenarkan berurus niaga dengan baginda dan pengikutnya. Dan macam-macam lagi kisah sahabat-sahabat lain.


[Kredit]


Namun ramai juga yang bertindak sebaliknya. Mereka tidak menganggap masalah itu sebagai satu ujian sebaliknya mempersoalkan segala masalah itu. Mereka akan mencari jalan untuk menenangkan diri dari keserabutan tadi dengan melakukan perbuatan yang melanggar syariat. Yang sia-sia. Perbuatan yang mereka anggap dapat memberi ketenangan tapi hakikatnya adalah ketenangan palsu. Sampaikan ada yang sanggup ‘membunuh diri’ kerana terlalu stress. Apakah?

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama-suka di antara kamu. Dan janganlah kamu membunuh dirimu; sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu.
(an Nisa': 29)


Kalau saya cakap bunuh diri mesti anda terfikirkan orang terjun bangunan, telan pil tidur overdos, gantung diri kat kipas, kerat leher, bukan?

(peluh kecil membasahi badan)

Iya, semuanya benar-benar belaka.

Namun, tahukah anda perbuatan membunuh diri yang disukai ramai?
Ce teka..ce teka



____Krik Krik Krik____



Itulah rokok...

(Dush..Habis lah saya lepas ni. Kena pulau, kritik habis-habisan)

Fakta keburukan merokok sudah anda ketahui. Jadi tidak perlu lah saya ceritakan di sini.


Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) untuk (menegakkan) agama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan, dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.
(al Baqarah: 195)

(jantung bagai luluh menerima kata-kata pedas ini, cili nya terlebih, seperti masakan orang nogori)

Jadi, fikir-fikirkan lah.

Anda dan saya boleh berubah.

Andai azam kita itu kuat seteguh gunung sehingga boleh menundukkan nafsu dan syaitan, musuh utama kita.


Kerana Allah itu menguji kita untuk melihat siapa yang TERbaik amalan. Bukan hanya yang baik amalannya sahaja.

Sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang ada di bumi sebagai perhiasan baginya, agar Kami menguji mereka siapakah di antara mereka yang terbaik perbuatannya.
(al Kahf: 7)




salam ukhuwah  ^_^

~NinOs~

p/s: aku bukan lah yang terbaik namun aku bertanggungjawab menegur dirimu dan diriku. Janganlah kamu memandang siapa yang berkata, tetapi lihatlah apa prinsip hidupnya. 

Tuesday, 27 November 2012

SIHAT - Nikmat Yang Tersadai

بسم الله الرحمن الرحيم





Tetiba, teringat ke kampung halaman. Abah kata, ramai adik-beradik abah yang sakit. Sorang menghidap kencing manis. Sorang tu darah tinggi. Sorang lagi dengarnya lagak seperti kena buatan orang. Maklumlah baru lepas naik pangkat. Allah, rasa macam nak balik je. Kalau la sekarang ni dah expert segala ilmu medik bagai, hari ni jugak beli tiket balik Malaysia dan rawat mereka. Allahu Akbar...... moga mereka dilindungi dan dirahmati olehNya selalu.T_T


Pada masa yang sama, sorang sahabat satu sekolah mengalami 'kidney failure' (suspek GN) dan dijangka hari ini akan menjalani pembedahan untuk menerima buah ginjal baru dari kakaknya sendiri. Besarnya pengorbanan seorang kakak kepada adiknya. Moga Allah juga memberkati dan membalas pengorbanan kamu itu dengan syurgaNya. Doaku sentiasa bersamamu. insyaAllah.


Tatkala mendengar dan menganalisis segala berita musibah berupa sakit di sekeliling, aku tiba-tiba tersentak. Tersentak melihat diri sendiri yang sakit dalam sihat ini. Walaupun sakit, Dia masih lagi memberikan peluang kepadaku nikmat untuk bergerak lincah.  Ya! semestinya bukan saja-saja. Dia mahukan ku terus bergerak dan bergerak menyiram hati dan dunia dengan siraman Islam. Fulsetop.



نعمتان مغبون فيهما كثير من الناس الصحة والفراغ 

Dua nikmat yang sering dilupakan oleh kebanyakan manusia iaitu sihat dan waktu lapang


Sudah dua kali hadis ini disampaikan oleh kawan-kawan ku semasa sesi tazkirah di dalam kelas. Mungkin ada orang yang sampai terpaksa menutup telinga kerananya. Tapi kan. Benarkah kita yang mendengar ini sudah memahami makna hadis ini? Adakah kita mengetahui hakikat di sebalik nikmat ini? Sudahkah kita menterjemahkan ilmu yang disumbat dalam telinga saban hari ke dalam bentuk amal? Sungguh  malang sekali bagi orang-orang yang mengetahui ilmu tetapi tidak mengamalkannya.

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakan untuk memahami [ayat-ayat Allah] dan mereka mempunyai mata [tetapi] tidak dipergunakan untuk melihat [tanda-tanda kekuasaan Allah] dan mereka mempunyai telinga [tetapi] tidak dipergunakan untuk mendengar [ayat-ayat Allah]. Mereka itu seperti binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai." ~ 
Al-A'raaf : 179.

T_T.(nak nangis jap boleh)

Ya! sungguh malang sekali. Nikmat yang diberi percuma ini bukan hanya dibalas dengan ucapan "alhamdulillah" sahaja, tetapi sebenarnya ianya lebih lagi daripada itu.

Lebih dari itu.

Nikmat sihat yang diberi adalah untuk kita melaksanakan perintahNya tepat pada waktunya. Juga adalah supaya kita bisa turun berjemaah di masjid.

Nikmat waktu lapang bukan dihabiskan dengan bermain 'Devil of The Animal' atau 'Feet I Feet All' atau marathon di atas kerusi.

Hakikatnya adalah untuk kita bergerak memenuhkan masa yang kosong itu dengan ibadah.

Bergerak beramal mengejutkan 'orang yang tidur'. (sampai terlupa tentang diri sendiri)

Bergerak mencari medan amal.

Bergerak memenatkan diri sendiri sehingga tersilap masuk rumah orang. Eh.







Tentunya, kita akan berasa berat untuk melakukan semua itu.
Seperti piramid dihempap ke atas kepala kita.

Kerana itu, di sini lah fungsinya MUJAHADAH wahai ikhwah wa akhawat.

"Pahala amalan itu dinilai berdasarkan sejauh mana 
kita mampu bersabar apabila diuji (Mujahadah)"


Mujahadah sangat pahit.
Namun, itulah yang harus ditelan
untuk mendapat kemanisan sorga nanti.


Moga terus istiqomah dan tsabat dalam beramal.


~NinOs~

p/s: jangan heranlah kenapa saya berjalan macam angin. Apa yang penting, itu bukanlah tandanya aku sombong. Justeru, itu adalah kerana aku tak tau bila saatnya aku akan mati. Dan setiap detik itu amatlah berharga.^_^

Friday, 16 November 2012

INFINITI->HIJRAH

بسم الله الرحمن الرحيم





Alhamdulillah..lafaz syukur yang amat mudah dilontarkan tapi jarang dihayati. Jarang Kalau nak diikutkan nikmat Allah sangat lah banyak....seluas langit dan bumi...malah sebesar galaksi barangkali. 



Dia yang mendegupkan jantung agar dapat berfungsi dengan baik tanpa henti

darah yang mengalir secukupnya

urat sarat yang masih dapat menghantar maklumat sepantas kilat

otak yang dapat menginterpretasi maklumat dengan baik

elemen sodium, potassium, kalsium, hormon dalam tubuh badan yang seimbang

mata yang dapat melihat membezakan warna sehingga membetuk warna warni kehidupan

mulut yang dapat mengeluarkan kata-kata untuk berkomunikasi

telinga yang dapat mendengar alunan muzik alam semulajadi

upper limb dan lower limb yang masih dapat bergerak dengan sempurna

oksigen yang tidak pernah berkurangan 

suhu bumi yang masih dapat disesuaikan oleh sistem tubuh badan

dan jutaan lagi malah infiniti nikmat nya yang kita sedar mahupun tidak..sekali lagi...yang kita SEDAR ataupun TIDAK



"Maka nikmat Tuhan yang manakah yang kamu dustakan?"




Allah tidak pernah pun berehat memberikan nikmatNya kepada kita
Dia sentiasa menghulurkan kasih Nya kepada kita


Namun, 
kita masih lagi berkira-kira ingin melaksanakan perintahNya 
dan menyahkan maksiat dan jahiliyah dalam diri kita. 
malah kita asyik menangguh-nangguhkan amal kita.



Mengapa Wahai Diri?


Tidak malu kah kita dengan Tuhan?
Apa yang kita mahu jawab bila masanya sudah tiba?

Sungguh, ketika itu tiada alasan yang akan di terima



____________________________________




Tahun baru telah pun tiba
ramai yang memasang azam baru



'Tahun ni aku target nak mumtaz..tunggu je la..nantikan kemunculan aku'

'Tahun ni aku nak kurangkan tengok movie. Kalau tahun lepas 5 movie satu hari, tahun ni kurangkan jadi 2 movie je'

'Aku rasa tahun ni nak start solat Subuh kat surau la. Asyik solat kat rumah je. Banyak sikit pahala kan'

'Saya target nak mula hafal al Quran lah tahun ni. Paling sikit satu juzuk. Hmm'

'Aku nak naik 'tangga kedua' tahun ni. Sape nak ikut? Err'





Alhamdulillah
moga penghijrahan anda itu kerana Allah
dan bukan hanya niat dan kata-kata kosong


kerana hijrah itu perbuatan
kerana hijrah itu amalan

bukan kata-kata
bukan omongan kosong

 Hijrah Nabi dulu pun dengan bergerak dari Mekah ke Madinah.
Bukan hanya mundar mandir di dalam kota Mekah. [kredit]



~NinOs~

*p/s: tahun baru yang menyayat hati. Gaza diserang lagi dengan membuta tuli. Seorang pemimpin Hamas telah syahid. Ayuh bangkit! Teruskan berdoa. Perbanyakkan tahajud. Boikot barangan Israel semampunya. Itu perjuangan kita. 



Tuesday, 30 October 2012

Bangunlah Sekalipun Payah

بسم الله الرحمن الرحيم





Allahu Akbar...walaupun tugas memikul beban dakwah semakin bertimbun, pelajaran jangan terciciran.. Itulah pesan naqib ana suatu ketika dahulu. Because get top in study is the most important so that the others will not see dakwah with negative outlook. Sekali lagi, pengorbanan itu sangat perlu untuk menyeimbangkan antara keduanya dan ia sangatlah payah. Namun pengalaman mengajar kita kan..^_^ 


Baru-baru ini, ana bertemu dengan seseorang ni. Sungguh ana kagum dengan beliau. Yang memiliki 'super saiya 6' ini (hengat Goku je ke yang ada..heh). Kehebatannya terlihat walaupun baru dua kali bertemu. Kagum dengan pengorbanan yang dilakukan beliau.


Dua hari sebelum hari raya Aidiladha beliau diminta ke Mesir.. Sedangkan pada waktu itu beliau sudahpun merancang aktiviti bersama keluarga. Malah sudah dilantik sebagai tukang sembelih haiwan korban pada Aidiladha tersebut. Namun, beliau tanpa banyak soal menerima t
aklifan yang telah dipertanggungjawab ke atasnya. Meninggalkan isteri, anak-anak dan segala perancangan asal, menuju ke Mesir demi sebuah arahan dari qiadah.

Sampai ke Mesir, keesokannya beliau terus memberikan daurah dengan penuh bertenaga. Beliau tak menunjukkan pada kami riak-riak keletihan.. dari pagi sampai ke malam, dan bukan sehari.

Akan datang beliau akan mengisi lagi ruh-ruh yang mula jatuh cinta pada jalan ini. Hari-harinya di sini penuh dengan memberi pengisian ilmu. Tanpa penat. Tanpa lelah.



Ana terfikir...Dari mana datangnya tadhhiyah sehebat itu,
andai bukan dari sebuah proses tarbiyah?

Sungguh beliau amat memaknai erti pengorbanan.
Pengorbanan sebenar untuk agama ini.


Allahuakbar! T_T




 Teringat lagu Izzatul Islam tempoh hari di Konser Amal Palestin
"JEJAK"

Terasa seperti ada sesuatu masuk ke dalam kalbu tatkala mendengar lagu ini.
Sesuatu yang melemahkan sendi-sendi
Sesuatu yang memaksa diri untuk bangkit semula...





Hayatilah~





menapaki langkah-langkah berduri

menyusuri rawa, lembah dan hutan

berjalan diantara tebing jurang
semua dilalui demi perjuangan

letih tubuh di dalam perjalanan
saat hujan dan badai merasuki badan
namun jiwa harus terus bertahan
kerna perjalanan masih panjang

kami adalah tentera Allah, 
siap melangkah menuju ke medan juang
walau tertatih kaki ini berjalan
jiwa perindu syahid tak akan tergoyahkan


wahai tentara Allah bertahanlah,,

jangan menangis walau jasadmu terluka

sebelum engkau bergelar syuhada
tetaplah bertahan dan bersiap siagalah!


[kredit]




~Muhasabah buat Diri yang Masih Beralasan~



Penyakit Ummat

بسم الله الرحمن الرحيم




Alhamdulillah...masih diberi kesempatan, untuk menambah bekalan. Beberapa hari yang lepas ketika fajar menyingsing, aku sempat tersenyum sebelum mendirikan solat Subuh. Bukan tak siuman ke apa, tapi gembira dan bangga melihat ikhwah Malaysia penuh di masjid. Tak de penuh mana tapi ramai la. Ada la dalam 11 orang. Sementara makmum arab hanya ada 2 orang. Cuma yang aku membuatkan malu, mereka kebanyakannya adalah pelajar tahun 1. adeh! mana tahun2 lain ni? Hebat benar mereka...



Dulu selalu kawan-kawan kata, 'alah, musim sejuk kot, susah sikit la nak bangun. Mesti ada je miss solat. Tak tau nak buat macam mane'.  Musim pun berlalu dan aku melihat situasi yang sama berlaku. Tidak juga bisa bangun. Walhal musim sejuk sudah pun berlalu. Kini, musim sejuk sudah menunjukkan tanda-tanda ingin menguasai keadaan semula. Eh da? Mudahnya kita menyalahkan cuaca yang memang fitrah ini padahal yang salahnya diri kita. Egonya kita. Sangat susah untuk berdepan dengan kesalahan sendiri dengan menutupnya dengan alasan-alasan yang difikirkan logik. Penyakit yang amat sukar ditangkis. Hanya mereka yang takut kepadaNya yang sanggup melawannya.

[nyenyaknya] link


Di mana kita sangat Allah memanggil kita? Di mana kita saat Allah menunggu pengabdian kita? Kalau akhawat panggil cepat je datang. Kalau si dia minta tolong jadi musyrif, cepat je bersiap. Tidakkah kamu melihat ini satu penyakit? penyakit kronik. Sangat kronik. Seolah-olah menjadi hamba manusia lebih disukai daripada menjadi kepada Pencipta.


Kita harus menganggap tidak berjemaah subuh di masjid apatah tidak sembahyang subuh ini adalah satu penyakit. Kerana ia melambangkan betapa lenanya ummat Islam tidur. Kelemahan ummat terserlah hanya dengan melihat keadaan kita sewaktu fajar menyingsing. Mana mungkin kita gelar diri kita sebaik-baik jundullah seperti tentera zaman Muhammad al Fateh! Dan kita mengharapkan Allah ingin menolong setiap gerak geri kita? Jangan lah kamu bermimpi di siang hari. 


Usah bermimpi membina bi'ah solehah di kampus. Tak perlu berangan menegakkan daulah islamiyyah di negara ini andai solat berjemaah masih lagi lemah, tidak terjaga. Solat subuh berjemaah kita tidaklah se-gah apa yang kita ikrarkan. Andaikata kita ini begitu hebat dalam berorganisasi dan pelajaran, malangnya kita tidak melazimi solat jemaah, sebenarnya kita masih lagi tidak hebat. 


Kerana itu juga, musuh Allah tidak pernah takut untuk meletakkan Islam di bawah tapak kaki mereka walaupun jumlah ummat Islam sebanyak buih di lautan. Walaupun sebanyak pasir di pantai. Mereka (Yahudi) sendiri berkata"Selagi mana solat Subuh ummat Islam di dunia ini tidak seramai solat Jumaat, maka Masjid al-Aqsa ini akan kekal dalam tangan Yahudi dan dunia ini akan kami kuasai"


Hatta pejuang Palestin Sheikh Ahmad Yassin yang lumpuh itu pun sanggup berkorban bersusah payah ke masjid, inikan pula kita yang cukup kudrat ini? Tidakkah kita terfikir apakah rahsia kekuatan yang beliau miliki ini?



Wah! andai Subuh seramai ini...


Kita tahu setiap penyakit ada ubatnya kecuali penyakit tua dan mati.  Jadi, kita  (lagi-lagi jika dia seorang doktor) harus mencari ubat-ubatnya. Ubat vitamin, antibiotik penahan sakit dan segala macam harus di-discover untuk merawat penyakit ini. Tak berjaya ubat ini, cari ubat lain yang lebih berkesan. Tak cukup satu dos, tambah lagi dos sebab lain orang lain rawatannya. Jangan berhenti menyerah membiarkan penyakit merebak dalam darah kita. Dan virus gembira keriangan melihat kita sudah berjaya ditundukkan.


Berangkatlah (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui. 
(At Taubah 9:41)


Teruskan usaha pencarian anda. Minta petunjuk dari Allah jika pencarian menemui jalan buntu. Cari, cari sehingga ketemu.
Bitaufiq wan Najah! (=


~Ninja Osem~





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...