Sunday, 27 May 2012

Sebarkan Bahagia

                                                                بسم الله الرحمن الرحيم


Tatkala penat mengulangkaji subjek anatomy di pagi yang hening, memori ku mengimbau kembali kenangan sewaktu di bangku sekolah, ustaz ustazah selalu pesan selepas tamat sesi pembelajaran, "buat baik jangan sorang-sorang sebab nanti tak kan kita nak masuk syurga sorang-sorang kan? kalau dapat masuk syurga dengan kawan-kawan kan lagi seronok". Begitulah antara kata-kata yang agak keramat dari seorang guru yang masih segar dalam ingatan saya. Dengan kata-kata inilah, saya mula cuba mengajak kawan-kawan untuk sama-sama melakukan kebaikan. Kebaikan yang dilakukan kerana Allah yang akan membuatkan kita bahagia suatu hari kelak.



       Masa pun berlalu dengan pantasnya. Sepanjang perjalanan hidup, saya merasakan ada satu perasaan yang sukar digambarkan bila mengajak orang buat benda baik (baca: dakwah). Lebih-lebih lagi apabila saya memasuki Bulatan Gembira (baca: usrah). Sebenarnya dalam keseronokan itu, terselit rapi tanggungjawab yang wajib digalas. Tanggungjawab menyebarkan dakwah. Sebab apa? Sebab dunia pada hari ini kian parah. Mahu tak mahu dakwah menjadi tanggungjawab untuk semua orang Muslim. Untuk memahami dengan lebih mendalam mengenainya, saya mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran di Mesir (dengan matlamat sebenar ingin mengambil jurusan kedoktoran), pusat dakwah yang terkenal dengan salah seorang pendakwah yang sangat bergaya, Pak Hasan.


       Setibanya saya di Mesir, saya kagum..kagum melihat ramai rupanya orang-orang yang sedar akan kepentingan berdakwah. Ada diantaranya adalah dalam kalangan sahabat saya sendiri yang sama-sama melanjutkan pelajaran ke Mesir. Program-program dakwah di sini sangatlah banyak hinggakan boleh melelahkan tubuh kecil ini. Cukup banyak...


       Namun, di sebalik kemeriahan dakwah ini, saya berasa cukup hairan. Kata-kata guru saya suatu ketika dahulu tentang sebarkanlah dakwah, tidak dapat dipraktikkan sepenuhnya. Dakwah di sini pada pendapat saya yang sudah penat mendengar ucapan-ucapan dari senior saya pada saya sangat mengongkong. Menyekat kebebasan mendakwah dengan nama 'persatuan'(baca: jemaah) lain ke saya yang ekstrem..huhu..entahlah Ada di antara senior berkata:


"Anta nak berdakwah dengan nama persatuan anta buatlah, ana tak kesah pun, tapi kalau boleh  usah lah 'menarik' orang lain untuk join sekali.."


Apakah? Inikah yang dinamakan dakwah kerana Allah? ataupun kita berdakwah kerana nama 'persatuan'?
Jikalau begitu, adakah usaha-usaha amar ma'ruf nahi munkar ini diterima oleh Allah?...tepuk dada tanya diri, mungkin saya juga terkena..

Walaubagaimanapun, bukankah kita bermatlamat yang sama-sama iaitu ingin menjadikan agama Islam adalah agama yang tertinggi dan menjadi rujukan seluruh dunia? Maka, tidaklah menjadi suatu kesalahan jika bergerak dibawah 'persatuan' lain, bukan? Dan Allah tidak menjadikan sesuatu melainkan ada hikmahnya..

Ustaziatul Alam


Tuntasnya, bukankah lebih baik kita tolong-menolong antara satu sama lain?



"وَتَعَاوَنُواْ عَلَى الْبرِّ وَالتَّقْوَى وَلاَ تَعَاوَنُواْ عَلَى الإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ وَاتَّقُواْ اللّهَ إِنَّ اللّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ...."


Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).
                                                                                                                                   (Al-Maidah: 2)

[kredit]


       Ingatlah, nama persatuan tidak menjamin kita memasuki pintu syurganya, tetapi adalah dengan sebanyak mana kita melakukan amar ma'ruf nahi munkar dengan ikhlas hanya keranaNya semata-mata.. fuhh, terkena..


Apapun, gembira sangat bercampur segan melihat sahabat-sahabatku begitu semangat menyebarkan bahagia setelah sedar akan pentingnya menumpaskan kegelapan untuk menegakkan kebenaran di bumi ini...Semoga usaha kita selama ini untuk menegakkan agama Allah dikira olehNya. Amin..=)

Wallahu A'lam

~peace no war~

::okeyy, teruskan perjuangan menelaah buku anatomy yang setebal 4 inci ini..tinggal 3 hari lagi sebelum perjuangan ku::

'Ya Allah, kuatkanlah hambuMu yang semakin penat ini. Kau kirakanlah usahaku ini sebagai kebaikan yang akan memberatkan timbangan amalku di akhirat kelak'



Tuesday, 1 May 2012

Kuasa dan Masa



بسم الله الرحمن الرحيم




Akhirnya, saya menulis kembali setelah lama gila tawaquf dek kesibukan alam peperiksaan dan DnT. Saat yang ditunggu-tunggu oleh saya untuk melepaskan penat study yang tak banyak mana pon.. walaupun saya tak ada idea sebenarnya nak tulis pasal apa.. huh?..


Biarlah saya ceritakan sedikit mengenai diri saya. Sejak akhir-akhir ini, saya amat gelisah memikirkan amanah yang mungkin bakal kupikul tak lama lagi. Bimbang diri ini tak mampu menjalankan tugas yang diamanahkan dengan baik. Risau takut-takut  akan terbeban yang mana bebanannya akan membantutkan dakwah dan tarbiyah saya di sini. paling penting, takut pelajaran juga terabai. Takut-takut dakwah gemilang tapi amanah dan pelajaran dibiar tersadai di tepi tebing menanti jatuh ke gaung.. Dakwah dan usrah bersama ikhwah2 osem dan bergaya dam memiliki super saiya ini sungguh best..8) tak kan saya nak lepaskan diri dari mereka (huhu, faham ke orang  yg bace ni? pelik betul bahasa..hihi). Kalau diikutkan naqib saya, ‘lebih baik tak terima amanah tu, takut anta lagi jauh dari KITA’.. Tapi, setelah difikir kembali dengan akal yang tak berapa nak cerdik ini, saya harus terima walau perit dan sesukar mana pun ia.  Sebab kalau orang dah beri kepercayaan kat kita, takkan nak musnahkan harapan mereka, bukan?.. Bukan senang nak dapat kepercayaan orang kan? Bila dah dapat kita tolak pulak.. haaih.. Jadi, nak tak nak aku harus membuat pengorbanan  yang besar. Mungkin Allah dah susun semuanya untuk aku supaya aku lebih dekat dengannya. Dengan kata lain, agar aku menjadi lebih osem dan haybat..=D




"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."
                                                                                                (al Baqarah:216)



"....Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu..."                                                                     
                                                                                                 (ar Ra'd:11)




Melihat taklifan yang semakin bertambah, ku rasa ada baiknya aku tidak mengambil enteng masa 24 jamku yang diberi Allah ini. Masa yang cukup berharga ibarat pepatah Melayu “Masa lebih berharga dari emas’. Masa yang sebelum ini saya gunakan untuk melihat movie hingga pagi buta, bermain game Red Alert 3, menziarahi mukabuku, tidur memanjang,  gossip, sembang kosong..dan baaaaanyak lagi kantoi laa..huhu.. perlu dilempar jauh ke dasar laut (mengharapkan ia tak timbul kembali).. Habis cerita yang membosankan dari saya..-_-



Bagaimana dengan anda..? Adakah anda sesibuk saya? amboi, perasan nye.. Atau masa anda super kosong? Apa anda buat masa lapang anda..? adakah sama seperti saya? Apa pon jawapan nye, janganlah tiru macam saya. Anda akan rugi seperti yang dijanjikan Allah dalam surah Al-Asr..


Ingatlah ikhwah akhawat!


Bila mana anda terasa kosong, banyak masa lapang,  anda akan cenderung melakukan sesuatu mengikut nafsu anda… contoh mudah yang boleh saya bawa.. Bila anda cuti atau ada masa free:

Anda banyak baca mukabuku, tengok cerita Korea ka banyak baca Qur’an, hadis, telaah buku kuliah?
Anda banyak tidoq ka banyak terjaga memberi makanan kat hati anda?
Anda banyak sembang, mengumpat, mengutuk kawan ka banyak istighfar dan berzikir..?
Anda banyak main PES, FIFA, PSP?
Anda tangguhkan kerja sekolah, assingment untuk main bola ngan kawan?
Anda tangguhkan giliran anda memasak sebab nak habiskan cerita Dr House?
Anda tangguhkan waktu study anda sebab nak main FIFA ngan kawan?
Anda tangguhkan solat Subuh sbb nak layan kesejukan malam.?









Opps, terkena tak? Astaghfirullah al Azim.. 
Maka, sayugia itu anda perlu berubah… Berubah dan latih diri anda menjadi manusia yang bernilai dan berharga di sisiNya..=D



Ingatlah ikhwah akhawat!


Islam tu tak kan tertegak jika anda lakukan semua aktiviti2 jahiliyyah  di atas. Masa yang ada ini patut kita guna sebaiknya. Persiapkan diri menjadi TENTERA sekuat para sahabat seperti Umar Al-Khattab, Salehuddin Al Ayubi, Sultan Muhammad Al-Fateh, NINJA seperti Uzumaki Naruto, Kakashi. Ditambah dengan se’PROFESSIONAL’ seperti Dr Harlina Siraj, Dr Zainal Abidin, Dr. Muhaya dll. Ingat balik matlamat hidup kita  bro n sis.. Islam mustahil akan menang jika wujud orang yang suka berhibernasi, solat Subuh pukul 9 pagi, mengutuk, mencaci dan perkara yang sewaktu dengannya.  



One more things, when u do all that nonsense things, u will feel empty even u already have fill it with ‘somethings’.. jiwa anda akan rasa kosong walaupun anda isi dengan perkara2 tadi.. sebab anda bukan isi dengan makanan jiwa, tapi anda telah isi makanan nafsu dalam diri anda. Dan sampai satu tahap, anda akan rasa bosan dengan hidup anda.  Dan bermulalah adegan  maksiat yang levelnya lebih power daripada sebelumnya.


Sentiasa ingat tujuan anda dicipta oleh Pencipta. dan segalanya bermula dengan menyusun masa anda. Plan your time well...










Then, MAKE A MOVE!

Sayonara Jahiliyyah!!

Jom Tingkatkan Amalan!!

Sibukkan Diri anda dengan TARBIYAH!!
Agar anda jadi lebih osem, kacak, bergaya, comel…;)






~Rise4islam~

Thursday, 22 March 2012

Raujau Berduri...

بسم الله الرحمن الرحيم

Sebagai seorang yang sedar anda perlu melakukan sesuatu selepas naik Sinai, anda sedar anda perlu berdakwah. Namun, banyak perkara yang sentiasa bermain di pikiran anda. Anda tidak tahu anda perlu mula dari mana, bukan?..Atau mungkin:

  1. Anda merasakan anda tak punya kuasa seperti Uzumaki Naruto untuk mengalahkan Uchiha Madara?
  2. Anda tidak sekuat Goku yang memiliki Super Saiya 5?
  3. 'Aku bukannya seberani Umar al-Khattab berdakwah terang-terangan.. Apa yang aku boleh buat?'
  4. 'Aku bukan sepandai bekas-bekas sekolah erm..Kisas, Sambes, Smap,  Hidayah ..entah apa la lagi.. Mesti orang pandang sebelah mata je kat aku..'
  5. Aku bukannya pandai bercakap pon depan orang ramai.... mesti orang tak nak dengar apa aku cakap...
  6. Anda seorang yang pemalu...bila disuruh bagi tazkirah kat depan, anda lupa segala persediaan yang anda buat sebelum ini...tahap keterlupaan anda bertambah bila bercakap depan akhawat..
  7. Asal anda buat baik je, anda disindir oleh rakan-rakan anda. kononnya hipokrit la..bla bla bla
  8. dan baaanyak lagi...
Fuhh.. Banyak betul kelemahan anda.saya lagi banyak.. Itulah antara cabaran awal yang mungkin anda akan hadapi tika mana anda baru menaiki kereta dakwah. Bilamana anda ingin melangkah ke depan, mengajak rakan-rakan menaiki kereta bersama anda, akan sentiasa ada musuh-musuh yang menghalang ajakan anda. Mereka akan sentiasa berusaha mengotori hati anda agar anda tersungkur di tengah jalan... Syaitan akan berusaha menyelinap ke dalam hati anda untuk memasukkan virus riak, virus dengki, virus takut, virus merasakan diri lemah agar anda berhenti dari sampai ke destinasi. Manusia pula mungkin banyak yang akan mempermainkan anda kerana ke'lurus'an atau menyindir apa yang anda sedang lakukan...

apa hang buat ni..? tak relevan la dengan situasi sekarang 

eleh, ni mesti sebab nak tunjuk kat buah hati dia, 

ishh, apa yang dia cakap ni..merapu je

ala, dok reti dakwoh, baekk tok sah dakwoh, 

muka cam tak de perasan je.. 

muka selenge je, meluat tengok..

malah mungkin yang mengatakan perlian-perlian tadi datang dari kalangan kawan anda sendiri...dan kata-kata ini membuatkan anda rasa rendah diri, semangat anda kian lemah malah mungkin yang lebih parah terjatuh pengsan.  




Usah lah anda lemah..usahlah anda takut dengan cacian rakan-rakan anda. Usah lah anda berasa rendah diri dengan kekurangan anda..Janganlah anda menganggap diri anda lemah dan janganlah kamu memandang remeh terhadap diri kamu, kerana anda sebenarnya kuat dan berpotensi jika kamu yakin pada diri kamu ... kerana anda sedang melakukan perintah Allah, anda mengajak benda baik bukan ajak buat maksiat. wuuu
Ingatlah kata-kata Allah:

"Allah tidak akan membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya..."
                                                     (Surah Al-Baqarah: 286)


"Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
                                                                (Surah Ali Imran: 200)



One thing that you should remember, anda bukan mengejar pujian dari rakan-rakan, pujian dari manusia, tapi anda mengejar pujian makhluk langit, anda sedang mengejar reda Allah. Bukankah itu lebih baik? Ingatlah, Allah tak pernah bagi ujian kepada hambaNya melebihi tahap kemampuannya. Allah knows your limit. Then, it's up to you. Either make a move or lose. Sama ada ingin berusaha melawan ujian itu atau terkulai layu dikalahkan ujian itu. Sama ada terus melangkah, persetankan kata-kata mereka dan menjadi Super Saiya atau berputus asa, terus mengalah. 




".... dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
                                                             (Surah Yusuf: 12)


Janganlah kamu memandang remeh terhadap diri kamu, usaha kamu dan tenaga kamu. Sikap itu tidak boleh dikira sebagai warak langsung. Sesungguhnya. sungai-sungai di dalam dunia ini terbentuk daripada titisan air hujan jika air hujan itu dikumpulkan pada satu aliran dan pada waktu yang sama. Namun AWAS! Jangan pula kamu sombong dan terpedaya kerana sifat sombong walaupun sebesar zarah membuatkan kita haram masuk syurga. Maka hendaklah kamu yakin pada diri kamu, potensi kamu dan keupayaan kamu. Hendaklah kamu belajar dari mereka yang terdahulu daripada kamu. Sesungguhnya, hikmah itu pencarian mukmin. Di mana saja dia menemuinya, dialah yang paling berhak mengambilnya.
                                                                                                             -Sheikh Badi'-


Never go back on your word, and Never give up no matter what.      -Naruto-

Setiap masalah pasti ada jalan keluarnya..                                   -Anonymous-

NEVER GO BACK ON YOUR WORD and
NEVER GIVE UP NO MATTER WHAT                                       -Naruto-


(peringatan untuk diri dan teman yang terkena jangkitan virus semasa berdakwah)


Wallahu A'lam

-Don't Give Up-

Friday, 9 March 2012

Bestnye naik Sinai!!...

Bismillah.....

Sebelum saya jelaskan tujuan post kali ini ditulis, izinkan saya menceritakan pengalaman saya sewaktu cuti yang lepas...

Cuti saya yang lepas telah diisi dengan pengembaraan ke Gunung Sinai, gunung tempat Nabi Musa bermunajat dan bersama kaumnya. Banyak peristiwa yang berlaku di zaman Nabi Musa berlaku di situ. Banyak jugak ilmu2 yang baru saya dapat sepanjang percutian saya di sana. Saya kira pendakiannya semudah mendaki Gunung Arong yang terletak di Johor. Namun, sangkaan saya meleset sama sekali. Pendakiannya sungguh mencabar sehingga membuatkan lutut ini mahu terkeluar daripada tempatnya. Perjalanan ini mengambil masa lebih kurang 4 jam, ditambah dengan kesejukan di musim sejuk seperti terkurung di dalam peti ais dan permukaan yang berbatu-bata menyukarkan lagi perjalanan. Dengan kudrat yang ada, kuteruskan juga langkah ku. Akhirnya, berjaya juga saya tiba di puncak gunung. Perasaan gembira yang x dapat digambarkan. Tanpa saya duga, cabaran di puncak jauh lebih mencabar. Angin sejuk yang datang entah dari mana seakan-akan ingin menerbangkan tubuh kecilku yang hanya 52 kg ini. -->fast forward--> Tibalah masa untuk turun dari puncak. Pagi tu, kami turun sekali bersama datuk nenek cina yang datang entah dari mana dan bila mereka sampai kuatnya mereka.. dek kerana seronok ingin turun, ku pintas datuk nenek itu bersama kawan-kawan saya yang lain. Penurunan saya dan beberapa kawan saya dari atas gunung seperti berlari kerana dalam masa satu 1 jam saje, kami dah sampai di kaki bukit. -the end-




     Okeyy...itu bukan mata (bace:point) sebenar saya menulis artikel kali ini. Saya cuba membuat analogi untuk dikaitkan dengan kehidupan kita sebagai manusia yang osem dan bergaya. Kehidupan kita tak lari dari semua itu. Semakin osem, kool dan haibat kita, semakin besar ujian dan cabaran yang akan kita hadapi. Memamg itulah realiti kehidupan...bertepatan dengan kata Allah:

 Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. ”                                                                                     (Surah Al-Ankabut : 2-3)                                                                                               


"PMR lagi susah dari UPSR, SPM lagi sukar dari PMR, Ijazah lagi jenuh dan perit dari SPM".. Begitulah kehidupan kita. Saya khususkan untuk para mahasiswa/wi kerana saya juga sama.=) hidup sebagai student IPT lebih mencabar dari zaman kanak-kanak sekolah. haha.. tak kira lah dalam negara atau luar negara. Lagi-lagi bagi sesiapa yang ambil bidang perubatan (bace: medik). Satu tahun belajar 6 subjek (Mesir). Satu semester ada lah dalam 8 buku. Memang banyak lah dalam negara lagi banyak kot.. Kalau tak susun masa dengan baik, memang terjunam dalam air lah mereka semasa peperiksaan (bace: exam).. Jadi, ramai lah yang sedar akan situasi ini bertungkus-lumus study dan menghafal setiap bait-bait medik itu. Siang malam, di rumah, perpustakaan, taman, kedai makan, tangan bakal-bakal doktor ini sentiasa lekat dengan buku (senang kata macam couple la..). Bagi mereka mumtaz dalam exam tu la matlamat utama mereka. Benarkah sedemikian begitu? sila lah terasa ye.. Adakah itu matlamat utama anda? Apo yang Abe Naruto cubo nok kabo nih?



     Bagi mereka yang meng'iya'kan, anda telah terkena panahan mata Sharingan. Anda telah dipermainkan oleh musuh utama kita a.k.a syaitan. Pasai apa pulak begitu? Suka hati dia je kabo gitu.. Kerana, anda telah lupa misi anda diciptakan di dunia oleh Pencipta Yang Esa. Yakni menjadi khalifah dan beribadat kepada Allah.

“Tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan hanya untuk beribadah kepada-Ku.” 
                                                                                                                    (Adz –Dzariyat: 56)

Dan (ingatlah) tatkala Tuhan engkau berkata kepada Malaikat : Sesungguhnya Aku hendak menjadikan di bumi seorang khalifah. Berkata mereka : Apakah Engkau hendak menjadikan padanya orang yang merusak di dalam nya dan menumpahkan darah, padahal kami bertasbih dengan memuji Engkau dan memuliakan Engkau ? Dia berkata : Sesungguhnya Aku lebih mengetahui apa yang tidak kamu ketahui. (al-Baqarah:30)

     Lupakah anda, matlamat utama kita adalah untuk kembalikan khalifah di dunia ini? Tak sedarkah anda? Saudara kita di Palestin, Libya dan baru-baru ni di Syria telah dibunuh, diseksa hanya kerana mereka mempertahankan Islam. dan anda boleh sibuk dengan urusan anda, tanpa pedulikan mereka sedikit pun? ingatlah, di akhirat nanti anda akan ditanya oleh mereka, ''di manakah anda ketika kami ditindas? apa yang anda buat untuk menolong kami?" dan apa yang anda akan jawab? err...untuk si penulis juga.. Terdengar bunyi kipas. Suasana sunyi sepi tanpa suara. Badan terasa lemah seperti baru terjaga dari mimpi yang ngeri. Akhirnya, anda sedar. Anda perlu melakukan sesuatu untuk umat. Anda telah merasakan bahawa umat memerlukan anda. Aiwa!!..Itu satu petanda yang baik...=)



-rise4islam-
    

Wednesday, 15 February 2012

Belajarlah untuk menerima

Bismillah...


sudah lama rasenya x menulis hinggakan otak ni menjadi kaku sebentar...
hari ini, ku kembali semula dengan gaya y agak berbeza...

Satu perbuatan yg sudah sebati dalam diri manusia seperti tepung dan telur adalah bersangka buruk. sedar x sedar, setiap hari kita mesti ada terlintas perkara yg x baik tentang orang sekeliling kita. Pada masa yg sama, kita juga sering disangka buruk oleh orang lain. 

kita sering menganggap...

orang yang sikat rapi rambutnya, dianggap tunjuk macho/berlagak hensem,
orang yang diam, dianggap x ramai kawan/sombong,
orang yang jalan pantas, dianggap menunjuk,
orang yang x ikut program/kuliah, dianggap malas,
orang nak bagi nasihat, dianggap berlagak pandai,
orang yang x makan, dianggap diet,
orang yang tertidur dalam kelas, dianggap main game malam tadi or whatever...


Comelnya! tp disisihkan :(


Kenapa ini terjadi??? 

mana tau 
mungkin dia nak ikut sunnah,
mungkin dia nak jaga petah bicaranya agar terhindar dari dosa,
mungkin yang jalan lalju tu nak ikut sunnah juga atau ada perkara yang perlu diselesaikan segera,
orang yang bagi nasihat itu sememangnya sedang berdakwah,
orang yg dianggap diet tu mungkin sebab x de duit,
orang yang tertidur tu sebab balik lambat dari program...






Bukan kah berbaik sangka itu  selemah-lemah ukhuwah? So, kalau kita berprasangka, maknanye kita telah memutuskan ikatan ukhuwah kita la kan?.....ke camne? 

Sangla buruk ini sering berkait rapat dengan rasa hasad, dengki atau cemburu. Ia amat-amat sukar dibuang namun wajiblah ia dimasukkan dalam senarai utama yang perlu kita usaha untuk hindarinya sedaya upaya. 
     
      Janganlah kita menganggap diri kita yang terbaik, yang paling hensem dan kool, yang paling banyak ilmunya, yang paling petah bicaranya...bkoz, kita hanyalah seorang hambaNya yang hina. Semua yang kita miliki, semua kehebatan kita tu x dipandang Allah sedikit pon. Jangan perasan sangatlah... Yang Allah pandang hanyalah taqwa... sebanyak mana kita melakukan amar maaruf nahi munkar...dengan kata lain mengajak manusia kembali pada islam...
Janganlah kita rasa kita tau semua perkara, akal kita hanya cetek secetek kolam ikan... Kita xkan tau ikan apa yang ada di laut jika kita adalah seekor ikan yang hidup di sungai..melainkan petunjuk dari Allah. 
sama-samalah kita muhasabah diri kita semula, jernihkan semula ukhuwah antara kita dengan bersangka baik sesama kita...
"setinggi-tinggi ukhuwah adalah melebihkan orang lain dari diri sendiri(ithar),
serendah-rendah ukhuwah adalah bersangka baik(berlapang dada)"

Walllahu A'lam...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...